Membuat keputusan untuk fully breastfeed baby kita memang satu keputusan yang sangat mengujakan dan sangat excited untuk dilaksanakan. Ada 5 benda utama yang kita perlu tahu untuk menjayakan proses ini.
Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu mantap. Mindset juga satu perkara yang harus kita ambil berat dan berhati-hati. Mindset fail, boleh menjejaskan produktiviti pengeluaran susu. Okeh ni kita cerita next entry.
Hari ini nak kongsikan 5 benda asas yang ibu-ibu perlu ada untuk menjayakan proses penyusuan ini.
1. Breastpump.
Pilihlah breastpump yang mudah diselenggara. Tak perlu tanggal banyak parts akan jimatkan masa. Breastpump single atau double itu terpulang kepada gaya hidup dan workload ibu-ibu. Harga pula ikutlah kemampuan, jika perlu boleh menabung dari awal preggy.
2. Bekas simpan susu.
Ada dua jenis pilihan. Iaitu botol plastik with bpa free dan plastik bpa free. Bagi k.wana dedua easy handling cuma jika dikira dari segi ruang simpan susu, penggunaan plastik lebih jimat ruang.
3. Beg simpan susu dan cooler bag.
Jika ibu-ibu tak punya breastpump spare di rumah, lebih baik beli beg yang boleh simpan pam dan susu perahan. Jika ibu-ibu punya dua pam, then lebih jimat beli cooler sahaja.
4. Ice pack/Ice brick.
Mana-mana satu pun boleh. Biasanya jika guna botol simpan susu lebih sesuai guna ice brick cuma ruang agak terhad sikit tapi lebih tahan lama dan tidak mudah pecah. Jika guna plastik simpan susu k.wana suka gunakan icepack. Icepack ni jimat ruang cuma jangka hayat dia berbanding ice brick kurang.
5. Warmer and Steamer (Pilihan)
Warmer adalah pemanas susu. Steamer ini salah satu cara hygenic utk keringkan botol and breastpump. Yang k.wana kata adalah pilihan itu kerana ada sesetengah babysitter/ibu itu sendiri lebih selesa menggunakan air suam untuk menghangatkan susu. So...it is your choice.
Okay...k.wana harap dapat membantu adik-adik dalam persediaan untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu dengan adanya 5 benda untuk menjayakan proses penyusuan. Untuk doa-doa menambahkan susu boleh la klik link Doa Tambah Susu ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan adik semua sehingga usia anak sewajarnya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment