Pad yang kita gunakan haruslah selesa dan berfungsi dengan baik (sistem pengudaraan). Pad yang sesuai adalah yang tidak mengganggu pergerakan. mampu menyerap dengan baik dan yang paling penting tidak menyebabkan alergi. Penggunaan pad yang berjam-jam ketika heavy flow juga tidak disarankan. Ketika haid penjagaan vagina mesti 200%.
Jangkitan kebiasaannya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berikut ;
- Tempoh penggunaan pad yang lama.
- Amalan kebersihan.
- Lemah sistem imun.
- Alergi.
- Obesiti
- Luka di bahagian faraj.
Tahukah Anda?
* Gel Selulosa yang banyak didapati didalam pad dan pampers didapati selamat untuk kegunaan selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.
* Virus Papiloma adalah datang dari aktiviti seksual. Tiada kaitan dengan tuala wanita.
* Tempoh penggunaan pad seharusnya maksimum hingga 4 jam sahaja.
* Pad yang telah berbau setelah beberapa jam digunakan, jika mengeluarkan bau itu tandanya sudah ada kuman membiak di dalam darah kita pada pad tersebut.
* Dalam islam adalah dituntut untuk membersihkan darah pada pad kita dengan terhormat. Cuci dengan air sehingga bersih kemudian barulah dibuang ke dalam tong sampah.
* Pad yang mengandungi herba dan pewangi juga sebenarnya kebanyakan kajian yang mereka lakukan hanyalah self claim testimoni yang bertujuan untuk meningkatkan penjualan mereka (Prof Dr.Latiffa, dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM).
Menurut beliau lagi... Mungkin ia boleh mendatangkan reaksi kepada kulit dan kesan sampingan kerana kita tidak pasti kebersihan mahupun kandungan atau bahan kimia yang digunakan.
* Kesedaran kita tentang kandungan bahan yang terkandung dalam pad itu yang perlu diambilkira. Pilihlah yang berkualaiti, kos minima dan selamat.
* Menurut Dr. Chamim Sp.OG dari hospital wanita dan kanak-kanak Brawijaya, penggunaan pad biasa adalah lebih disyorkan berbanding tampon.
* Pastikan pad yang hendak digunakan adalah bersih dan belum dibuka.
Masalah Keputihan Yang Selalunya Menjadi Igauan Ngeri Buat Wanita
Keputihan ada dua jenis iaitu keputihan Fisiologis dan Patologis.
Sifat
|
Keputihan Fisiologis
|
Keputihan Patologis
|
---|---|---|
Bentuk | Lendir yang cair dan tidak melekat | Lendir yang kental dan melekat |
Warna | Berwarna putih atau krim | Berwarna kuning atau kelabu atau hijau |
Bau | Tiada bau | Berbau busuk |
Jumlah yang dikeluarkan | Sedikit | Banyak |
Kekerapan | Semasa subur dan sebelum haid | Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj |
Petanda lain | Tidak gatal | Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang |
Rawatan | Tidak perlu | Perlu rawatan yang segera |
Ada 4 faktor utama yang menyumbang kepada masalah keputihan ini.
- Amalan kebersihan ~ Wanita digalakkan untuk sentiasa mencuci vagina dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan aktiviti seksual. Faraj yang lembap akan mengundang jangkitan kulat dan bakteria.
- Ketidakseimbangan hormon ~ Rembesan hormon estrogen boleh memudahkan kulat melekat. Antibiotik yang berlebihan pada jangkamasa panjang. Gangguan emosi juga salah satu punca dan pengambilan pil perancang turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.
- Gaya hidup ~ Elakkan hubungan seks rambang.
- Faktor kesihatan ~ Pesakit Kencing manis, kanser, leukimia dan AIDS lebih terdedah kepada masalah ini.
Alhamdulillah semoga sedikit info ini dapat memberi panduan dan manfaat untuk adik-adik dalam menghadapi masalah keputihan dan penjagaan vagina. Penjagaan vagina yang baik akan dapat mengelakkan permasalahan berkaitan vagina.
No comments:
Post a Comment