Friday, 18 September 2015

Cara Paling Enak Untuk Hilangkan Stress Dan Menaikkan Seri Kulit

Hidup sebagai anak, isteri dan ibu memang penuh dengan cabaran. Kadangkala mahu settle down waktu kerja dan waktu untuk family memang rasa susah. Penat, letih, rasa tidak cukup masa, sakit kepala...pendek kata exhausted. Di tambah pula bila kita adalah fully breastfeed mother.

Oleh itu ibu-ibu mesti memastikan mereka sentiasa fit dan sihat untuk menjalani kehidupan harian yang penuh cabaran. Jadi apa kata ibu-ibu cuba aktiviti membuat juice ini bagi memastikan ibu-ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan cerdas untuk melakukan aktiviti harian.

K.wana ada nak perkenalkan dua jenis juice, iaitu;

1) JUICE UNTUK MENAIKKAN SERI KULIT

2) JUICE UNTUK MENGURANGKAN STRESS

Okay jangan lupa salin resepi istimewa ini...

1) JUICE UNTUK MENAIKKAN SERI KULIT


Bahan-bahan ;
2 biji lobak merah
1 biji tomato
1/4 biji buah nenas

Caranya ;
Blend tomato kemudian masukkan nenas dan akhir sekali lobak. Kemudian tapis..kalau tidak mahu tapis pun boleh..tetap sedap.

Mengapa Tomato? 
Kerana khasiat tomato memberikan sensasi nyaman, memutih dan menganjalkan kulit.

Mengapa Nenas? 
Kerana khasiat nenas membantu menganjalkan dan menjadikan kulit flexible. Selain itu ia membantu menghalang garisan halus terjadi dengan lebih cepat.

Mengapa Lobak? 
Kerana khasiat lobak mampu memperbaiki tekstur kulit.

*Pengambilan yang berterusan dan konsisten akan memberikan hasil yang kita inginkan. Kekal muda dan sihat.

2) JUICE UNTUK MENGURANGKAN STRESS

Kita biasanya bila stress bermakna emosi dan fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang baik. Kita akan mudah marah. Selalu merasa tidak selesa. Malah bila kita penat, kita akan jadi cepat penat dan tertekan. Benda kecil pun akan jadi sebab suami isteri bergaduh. Marah anak tak tentu pasal.

Percaya atau tidak bahawa penurunan nutrisi dalam badan akan menyebabkan tekanan pada badan. Oleh itu, pemakanan seimbang membantu badan kita melawan stress dan tekanan. 


Bahan-bahan ;
3 batang saderi
2 biji apple
1/2 beetroot

Caranya ;
Potong bahan-bahan tadi kemudian blend. 



Khasiat Saderi : Kandungan potassium yang tinggi, Vitamin (C.B,E), fitonutrient aka fitalidos yang memberikan kesan nyaman/relax kepada nervous system.

Khasiat Apple : Mengandungi fosforus dan zat besi yang membantu mengurangkan stress. Selain itu, ia membantu penghasilan semula sel. Sel akan menjadi lebih sihat dan bertahan.

Khasiat Beetroot : Kenali Beetroot.

Alhamdulillah boleh cuba okey... Vitamin Bcomplex memang membantu mencegah stress, kelesuan dan kemurungan. Dan juga membantu kelancaran urat saraf membawa info.

SELAMAT MENCUBA ;) ;) ;)




No comments:

Post a Comment