Thursday, 5 November 2015

Ketahui Proses Yang Berlaku Sepanjang Kehamilan Supaya Dapat Membantu Dalam Proses Melahirkan Nanti

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selama 40minggu 10hari anda hamil, atau akan anda lalui adalah waktu yang sangat lain dari yang lain. Anda dan baby akan melalui satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan. Satu permulaan perubahan yang akan ibu lalui sepanjang hayat. Bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa hinggalah menikah dengan seorang lelaki. Adalah fasa kedua dalam hidup kita sebagai seorang wanita. Dan title kekal hingga bila-bila.

Ketahui proses yang berlaku sepanjang kehamilan supaya dapat membantu anda dalam proses melahirkan. Untuk merasai flow dan lebih tenang mengahadapi saat kritikal dalam hidup anda samada hidup atau mati. Macam suspend je ek.... Jangan risau..anda akan rindu bilik dan katil labour room tu nanti.

Trimester 1

Minggu 0-4 : Waktu ini placenta mula membentuk bersama janin. Semasa minggu ketiga, organ dan jantung mula membentuk. Pada hujung minggu ke-4 baby akan nampak mula nampak bentuk. Ada kemungkinan anda tidak sedar yang anda sedang hamil tapi anda pasti mula merasa simptom ini.

Minggu 5-8 : Bahagian muka mula nampak lebih jelas. Mata, hidung, bibir dan telinga. Tangan dan kaki mula membentuk. Seawal minggu ke-6, jantung mula berdegup. Payudara anda akanmula terasa berat, kulit terasa kering dan akan mudah penat, pening lalat dan muntah.

Minggu 9-12 : Waktu ini tulang mula membentuk. Pada hujung minggu 12 organ dalaman sudah fully terbentuk dan mula berfungsi. Jantina baby juga sudah boleh dilihat waktu ini. Pigmentasi kulit pada ibu juga mula berlaku. A brown line di tengah-tengah perut mula kelihatan (ok..baru realised..patutla after bersalin anak sulong, line ni ada). Jaga-jaga mood anda waktu ini okey.

ibu hamil morning sickness



Trimester 2

set hamil shaklee
Minggu 13-18 : Jari kaki dan tangan mula terbentuk. Organ lain juga mula terbentuk dan berfungsi. Perut anda mula nampak membuncit (yeaayyyyyyy). Katanya waktu ini, anda akan mula dah merasa bertenaga dari sebelumnya. Minggu ini juga anda akan merasa sedikit pergerakan.

Minggu 19-24 : Waktu ini baby akan mula pandai mendengar bunyi jantung anda, suara anda dan perut anda yang kadang lapar kadang kenyang. Baby mula menunjukkan reaksi kepada bunyi bising dan alunan suara. Baby mula belajar meregang (mungkin macam menggeliat) otot dan tulang. Sekiranya ia lahir pada waktu ini, kebarangkalian untuk dia survive adalah kurang. Stretch mark pada perut anda akan mula kelihatan. Perut semakin membesar. Pergerakan baby semakin aktif. Feel it okay.

Minggu 25-28 : Baby semakin membesar dan pada waktu ini akan mula hadir cecair yang akan cover kulitnya. Saat ini berjaga-jaga dengan simpul biawak. Orang putih kata leg cramp. Braxton Hicks pun mula dah wujud. Memandangkan perut semakin membesar, anda akan mula terasa sakit di bahagian belakang, pinggul dan sukar untuk dapat posisi tidur yang selesa.

" Pada usia kandungan 26 minggu, anda sudah mula memperdengarkan ayat-ayat suci alquran, bercerita, bernyanyi dengan baby. He/She is listening and learning now."

Trimester 3

Minggu 29-32 : Tahukah anda waktu ini kepala baby sudah begerak ke bawah?  Ready to deliver. Lemat juga mula mengambil tempat di bahagian bawah kulitnya. Rambut juga mula banyak. Comel tak? ada baby yang dahmula pandai menghisap jari diorang okey. Pergerakan baby semakin terasa as he/she is become bigger. Anda kekadang akan merasa sukar untuk bernafas especially kalau makan overdose. Jalan pun semakin sukar dan tidak larat sebab perut semakin membesar dan anda pun semakin bertambah berat badan.
tips bersalin

Minggu 33-36 : Baby sudah bersedia dan bila-bila masa akan minta untuk dikeluarkan. Sistem imunisasi dia belum fully terbentuk. Dia masih bergantung kepada sistem imun tubuh anda yang disalurkan memalui placenta. Selepas dilahirkan baby perlu disusukan dengan susu ibu untuk meneruskan mendapat lindungan sistem imun dari tubuh anda. Waktu ini anda akan mula merasa sedikit selesa sebab kepala baby dah ke bahagian bawah cuma anda akan mula kerap membuang air kecil. 

Minggu 37-40 : Perkembangan baby mula perlahan. Baby sudah mula kurang bergerak sangat kerana ruang sudah mula terasa sempit. Tidur anda semakin tidak punya posisi yang sesuai dan kurang selesa. Rehatlah secukupnya sebagai simpanan tenaga untuk proses melahirkan nanti. Semoga Allah permudahkan urusan ibu dalam labour room nanti.

Alhamdulillah.


Sweetie Pie,
Wana Othman
0173567078
ID 889837

insta : @wonderfulibu_boutique

No comments:

Post a Comment