Tuesday, 3 November 2015

Ketahui Tanda-Tanda Awal Kehamilan Supaya Dapat Buat Persediaan Awal Menghadapi Trimester Pertama

Assalamualaikum....

Sudah baca belom entry wana tentang cara-cara mudah untuk hamil tu... Jangan lupa click tentang posisi ketika bersama suami tu juga tau...moga-moga dapat membantu... Hari ni wana nak kongsi pulak ciri-ciri yang menandakan anda telah berjaya hamil.


Sebenarnya bila mengandung ini, orang yang akan paling happy adalah suami dan yang paling nervous adalah isteri..atau sebaliknya? Terpulang...tapi bagi k,wana..walaupun mengandung kali ke-empat tetap nervous...risau..takut... Tapi percayalah...once je baby keluar nanti...semuanya hilang tanpa meninggalkan kesan.

Untuk anda yang tiada masalah period (period teratur and setiap bulan memang datang), tiada masalah untuk mengetahui anda sudah pregnant atau belum. Tetapi yang bermasalah adalah anda yang period tidak tetap. yes anda memerlukan kit ujian kehamilan. Okay, wana nak share antara tanda-tanda anda hamil.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI YANG ANDA MUNGKIN HAMIL?

1* Tidak Datang Haid

Biasanya bila tidak datang haid, adalah tanda awal yang ketara yang boleh mebuatkan jantung macam gugur gitu. Surprise!!! Ini Kebiasaannya terjadi kepada ibu-ibu yang haidnya memang datang setiap bulan.

Kepada ibu yang haid tidak teratur mesti macam relax aje...paling tidak pergi farmasi dan dapatkan kit ujian kehamilan. Paling murah wana pernah beli dalam rm6-12 dekat 7eleven. Sekarang akibat gst mungkin harga dah berubah.

2* Light Bleeding

Okay light bleeding wana alami semasa mengandung anak ke-empat. Masa tu dah lewat period dalam seminggu. Suddenly ada spotted macam darah tapi very light and warna agak coklat. Hari kedua keluar lagi dan very light warna merah sikit. Hari ketiga..tiada. Okay..Confius!!! Maka, pergi 7eleven dan beli kit ujian kehamilan tu.

3* Pening Lalat & Muntah Orang Putih Kata Morning Sickness

Ini memang tragik. Ada orang sampai usia kandungan 9 bulan masih hadapi morning sickness ni. Wana hadapi morning sickness ni..ye..dari awal sampai usia 9 bulan masa anak sulong. Bayangkan...lapar tapi tidak boleh telan makanan. Asal telan..muntah..asal muntah..menelan la tu....memang tidak larat buat kerja rumah langsung..masak pun taidak boleh...

Jadinya, wana cadangkan anda dapatkanlah makanan tambahan atau vitamin yang dapat menampung keprluan ibu dan anak. Sebabnya, bila ibu tidak makan sampailah saat nak bersalin nanti..parah tau...nak meneran tu you need energy. Bukan setakat energy untuk meneran tapi energy untuk mengawal nafas, menahan sakit. ok ni next entry.

4* Breast Tenderness

Ini berlaku kerana peningkatan hormon semasa hamil. Sebab tu ada orang (hakakk ler tu) akan jadi sensitif lebih (especially to husband laaa). So, breast pun akan jadi lebih sikit sensitif dari biasa. Jangan terkejut pulak tau...sebab tu bila kita bersalin tetiba kita rasa lain macam. Gejala meroyan tu kalau di layan akan jadi teruk. Sebab tu ibu berpantang jangan dibiarkan sendirian. Makku la yang pesan.

Jadi, bila sudah ada tanda-tanda ketara begini, Silalah berjumpa doktor segera... Terus buat Buku Pink kat Klinik Kesihatan berdekatan.



Kenapa dan Mengapa Mesti Berjumpa Doktor Segera?? 

~ Untuk memastikan baby dan ibu sihat. Tiada masalah. At least, jika ada masalah pun ia dapat diketahui awal dan dapat treatment awal. So, dapatlah mengurangkan risiko yang tidak diingini.

~ Doktor akan buat bebrapa ujian la macam blood test, diebetic test, ultrasound..jadi, relakan aje lah ye..untuk kebaikan kamu dan baby juga.

~ Paling penting adalah nasihat pengambilan makanan seimbang untuk ibu supaya dapat membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu dan baby.

~ Jangan tidak tahu ada klinik yang menyediakan kelas antenatal. Pergi tau...pergi dengan suami lagi bagus. Ia sangat membantu anda dan suami mengahdapi detik cemas untuk bersalin.

Jadi... Tahniah kepada bakal ibu dan JANGAN PUTUS ASA  buat yang masih belum berjaya. Sabar... ALLAH tu lebih tahu dari kita. Kadang DIA nak bagi tapi kita belum bersedia. Walau kita rasa kita dah sedia. ALLAH sebaik-baik perancang. KIPIDAP!!!!

--------------------------
Sweetie Pie,
Wana Othman
Insta @wonderfulibu_boutique
0127056850 whatsapp
0173567078 sms

No comments:

Post a Comment