Bayi yang berumur di bawah enam bulan adalah tidak sesuai diberikan makanan atau minuman selain dari susu ibu. Ini kerana organ dalaman mereka yang masih baru dan dalam keadaan penyesuaian. Seeloknya hanya diberikan susu ibu. Jangan bimbang kerana dalam susu ibu memang dipenuhi dengan zat dan khasiat yang lengkap untuk anak. Zat dan Nutrisi di dalam susu ibu akan sejajar dengan kadar pertumbuhan anak. Ajaib kan susu ibu...ciptaan Allah.
Untuk anak yang sudah berumur 6bulan, tentunya parent sudah tak sabar nak berikan makanan untuk mereka. Rasa seronok sangat bila dapat melihat anak makan dengan gembiranya. Namun, adakah kita ketahui apakah makanan yang sesuai mengikut usia anak kita? Cuba teliti Jadual Makanan ini.
Jadual Makanan Anak Usia 6 bulan hingga 3 tahun |
Minuman berkafein adalah tidak berapa sesuai dengan mereka ini. Minuman berkarbonat juga harus dielakkan untuk mereka. Hadkan juga pengambilan jus buah-buahan kerana ia akan memberikan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan. Tentang supplement makanan pula boleh dapatkan nasihat dari doktor/pegawai perubatan.
Bagaimana Cara Untuk Memberikan Makanan Kepada Baby?
** Berikan makanan kepada baby anda selepas anda menyusukannya.
** Pastikan jumlah mengikut sukatan iaitu dalam jumlah yang kecil. Ini untuk memastikan anak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tersebut.
** Kuantiti makanan tu boleh ditambah mengikut umur baby.
** Beri dia masa yang cukup untuk makan. Maknanya ibu dah setting masa yang betul supaya tidak mengganggu masa kerja ibu dan anak dapat masa makan yang berkualiti.
** Semasa beri baby makan tu, parent digalakkan berinteraksi dengan anak. Jadi, moment makan tu akan jadi seronok untuk baby dan bila dia rasa seronok next time kita pun tidak susah nak beri dia makanan dan kenalkan makanan baru untuk baby.
** Bila anak dah pandai duduk, seeloknya kita dah boleh ajar mereka untuk pegang sudu dan cuba makan sendiri. Tapi dalam perhatian kita lah tau... Selain untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, kita boleh pantau kuantiti makanan yang masuk ke mulut. Jadi, kuranglah yang bersepah di lantai.
** Elakkan menggunakan botol susu ye untuk berikan makanan ke anak.
** Anak yang kurang menyusus atau kurang makan, perlu diberikan makanan dengan lebih kerap.
6-8 Bulan
@_@ Bubur nasi yang ditambah minyak, lobak merah rebus (dilenyek) dan isi ikan (dilecek).
@_@ Bubur nasi ditambah marjerin, bayam (dilecek) dan isi ayam/daging (kisar).
@_@ Kentang lenyek/putar atau labu lenyek, nak sedap tambah susu.
@_@ Selain dari isi ayam atau daging, ikan dan ikan bilis juga boleh.
@_@ Sayur tu yang berdaun hijau atau tomato, brokoli.
9-11 Bulan
@_@ Bubur nasi tu boleh dipekatkan sikit, tambah telur rebus lenyek, bayam dan minyak masak.
@_@ Bubur nasi pekat boleh tambah marjerin, isi ikan atau ayam.
@_@ Mi/bihun pun dah boleh dikenalkan kepada mereka. campurkan sayuran.
@_@ Roti rendam dengan susu.
@_@ Kentang putar+susu+ikan bilis.
1-3 Tahun
@_@ Nasi dengan ayam/daging/ikan. Sayur pula boleh tumis dengan minyak zaitun.
@_@ Nasi dengan ikan masak masam manis, tauhu dan sup sayur.
@_@ Mi goreng campur dengan sayuran dan telur. Boleh juga tambah daging/ayam.
@_@ Sandwich, bubur kacang hijau, jagung rebus, cekodok dan puding.
Pandai-pandailah ibu pelbagaikan makanan untuk mereka okey.... Asalkan bersesuaian ikut usia mereka.
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia...
Wana Othman
Fb Page : Wonderful ibu
Insta : wonderfulibu_boutique
No comments:
Post a Comment