Tuesday, 9 February 2016

Seronoknya Tengok Testimoni Dari Berjerawat Berjeragat Jadi Cantik Mulus Hasil Amalkan Minuman Botanik Itu

Alhamdulillah...

Kali ni saya dapat compile beberapa testimoni mereka yang sudah mengamalkan vivix dan mendapat kesan yang mengujakan.









Gabungan Resveratol Dan Polifenol adalah lebih baik dari mereka bertindak sendirian. Gabungan ini menghasilkan kesan yang lebih baik. Selain itu anda boleh amalkan beberapa petua penting bagi membantu sel-sel bertindak dengan lebih baik.

                               


AMALKAN INI ;
Elakkan kafein seperti teh, kopi, nescafe.
Kurangkan pengambilan gula.
Minumlah air secukupnya. (1liter / 25kg berat tubuh).
Minum air detox untuk membantu nyahtoksin.
Elakkan makanan terlalu berminyak.
Ambil bersama vitamin C.
Dapatkan Facial dari produk bebas bahan kimia terlarang, antaranya Produk Nutriwhite
Bersenam.
Kurangkan garam dalam masakan.

Jom tengok ni lagik....chinese memang ramai yang mengamalkan vivix...hasil translate pun dari member chinese juga... Seronok betul diorang ni...weehuuuuuu... Syukur ya Allah.. Semua atas keizinannya jua kerana semua kebaikan/khasiat tumbuhan adalah dari Allah jua. Kita sebagai manusia kena terus usaha dan usaha dan usaha... JANGAN PUTUS ASA.























Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh direct hubungi saya di talian ini, update terkini juga boleh didapati di fb dan insta. Urusan pembelian juga boleh direct ke whatsapp saya di nombor tertera. Sekiranya mahu terus membuat belian di branch dan mendapat harga ahli, boleh gunakan id saya itu. Selepas pembelian, pastikan anda menghubungi saya untuk mendapat khidmat konsultasi berkaitan cara pengambilan dan healing crisis anda (jika ada).




Sunday, 7 February 2016

Minum Vivix Membantu Meningkatkan Tenaga Sel Untuk Berkerja Dengan Lebih Baik

Alhamdulillah dapat menulis lagi..kali ini saya nak share pengalaman sendiri dengan vivix ni. Saya ingat lagi kali pertama saya mula minum vivix pada tahun lepas. Tiga hari je saya minum. Masa itu kebetulan my emak ada datang stay rumah saya so sayapun ajak la dia minum sekali. Nak tahu apa terjadi pada hari ketiga kami minum? haaaaa...


cara pengambilan vivix

Pada hari ketiga kami makan, malamnya kami mengalami lenguh-lenguh yang tidak terkata...kaki hampir tidak dapat berjalan. iye...Healing Crisis. kemudian kami stop selama seminggu. Biarkan demam kami pulih dahulu. Selepas itu, akibat kekangan masa, saya semakin terlupakan vivix (ohhhhhh...sangat ruginya saya). Jujurnya saya tidak teruskan pengambilan vivix.

ubat awet muda

Setelah setahun berlalu, bulan lepas (promosi vivix buy 6 free 1) saya beli sebotol vivix (share beli dengan 6 lagi orang kawan, so dapatla harga lebih murah). Dengan penuh rasa debar sebab takut demam seminggu. Sebenanrnya healing crisis yang kita alami adalah bergantung kepada tahap ketoksikan tubuh kita. Jadi, minum sehingga hari ketiga, alhamdulillah tiada healing crisis. Yang saya perasan sakit tumit kaki ni hilang. Seriously saya terkejut. Niat saya beli vivix adalah untuk jeragat saya ni haaa yang dah macam ape jek di muka ni. Syukur alhamdulillah. 




KENAPA SAYA AMALKAN VIVIX SEMULA?

1. Saya excited nak hilangkan jeragat.
2. Of course mahukan kulit yang lebih cantik.
3. Sebab faktor usia tapi terasa wajah dan badan lebih tua dari usia.
4. Bacaan gula dalam darah saya tinggi. Last 1month adalah 19 beb.

APA KEISTIMEWAAN VIVIX SEBENARNYA?

Ada dua keistimewaan vivix yang anda perlu ketahui.

* Memperbaiki DNA ~ Kerosakan DNA adalah salah satunya disebabkan faktor radikal bebas menyebabkan proses penuaan berlaku sangat pantas/laju. Jadi, kandungan vivix ini membantu melambatkan  dan melindungi sel DNA tubuh. Kepada pesakit cancer yang telah selesai menjalani rawatan kimoterapi boleh mengamalkan vivix. Bagi mengembalikan sel tubuh kepada yang asal.

* Memperbaiki TENAGA SEL ~ Apabila sel mula hilang tenaga, fungsi sel juga akan jadi menurun. jadi memperbaiki dan mengekalkan tenaga pada sel akan dapat membantu  meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Sebab itu mungkin saya mebgalami healing crisi teruk ketika pertama kali mengambil vivix.

Sebab itu ia sesuai untuk anda yang mengalami ciri-ciri penyakit seperti gambar di atas tadi. 

vivix minuman botanik




OKAY...APA KATA MEREKA YANG LAIN YANG TELAH MENGAMALKAN VIVIX?











Alhamdulillah...setakat ini dulu sharing dari saya, insyaAllah ada latest perubahan nanti saya menulis lagi. Jadi kekalkan momentum anda bersama kami yea...

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh direct hubungi saya di talian ini, update terkini juga boleh didapati di fb dan insta. Urusan pembelian juga boleh direct ke whatsapp saya di nombor tertera. Sekiranya mahu terus membuat belian di branch dan mendapat harga ahli, boleh gunakan id saya itu. Selepas pembelian, pastikan anda menghubungi saya untuk mendapat khidmat konsultasi berkaitan cara pengambilan dan healing crisis anda (jika ada).

vivix shaklee








Sunday, 24 January 2016

Hindari Beberapa Jenis Makanan Agar Ibu Dan Bayi Kekal Sihat Tiada Masalah


Kebiasaannya kita selalu mencari apakah makanan yang baik untuk ibu hamil. Tahukah kita makanan yang harus dihindari oleh ibu hamil? Adakah benar nenas yang dikatakan tajam dan tidak elok untuk di makan kerana boleg menyebabkan keguguran? wana pun tidak sure tentang itu cuma apa yang dari segi sains nya nenas mengandungi zat yang baik dan bagus untuk badan kita. Wallahualam kerana petua tu di ketahui dari orang-orang tua. Nanti sampai masa wana ceritakan di sini.

Hari ini wana nak share serba sedikit beberapa jenis makanan yang harus dihindari oleh ibu hamil. Mungkin ada yang anda pernah dengar dan mungkin juga ada yang kita tidak sangka ia tidak baik untuk ibu hamil.


Makanan Yang Mungkin Memudaratkan Anda

1. Elakkan keju yang dibuat daripada susu yang tidak dipasteurkan. Kerana terdapat bakteria yang boleh masuk ke placenta dan membahayakan janin.

2. Makanan yang mengandungi bahan awet seperti jeruk, asam, mi segera dan sardin. Malah tapai juga seeloknya dihindari dulu sepanjang kehamilan. Hasil fermentasi ubi dan ragi, adalah bahaya untuk ibu dan bayi. Ditakuti mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan mebahayakan janin.

3. Makanan/Minuman yang mengandungi pemanis buatan. Kuih muih yang terlalu manis atau air minuman yang terlalu manis, seeloknya dihindari. Dikhuatiri bayi yang dilahirkan bersar akibat glukosa yang diserap oleh janin menyebabkan baby obesiti. Malah kadar gula yang tinggi juga boleh menyebabkan ibu mengalami komplikasi.

4. Makanan mentah/separuh masak. Ini kerana dikhuatiri mengandungi bakteria salmonella yang boleh mengganggu kandungan. Terutamanya seafood,daging dan susu.

5. Makanan yang mengandungi kafein juga akan mengganggu pertumbuhan janin. Makanan yang dipanaskan semula dan juga yang terlalu tinggi kandungan vitamin A nya. Makanan yang tinggi kafein akan menyebabkan kadar denyutan jantung baby menjadi laju dan ini akan membahayakan fungsi jantung.

6. Makanan ala jepang seperti sushi dikatakan tidak steril dan masih mengandungi bakteria yang bahaya kepada janin. Bakteria seperti salmonella, coliform dan yoksoplasmosis akan mengganggu bahagian kepala janin.

7. Daging yang banyak lemak akan meningkatkan kadar kolestrol dan menyebabkan gangguan kesihatan yang lain. Juga boleh menyebabkan komlikasi ketika melahirkan.

8. Sayur nangka muda yang tidak dicuci sehingga bersih (hilang getahnya) juga tidak baik untuk kandungan. Dikhuatiri akan mengganggu placenta.

9. Makanan yang masin boleh menyebabkan darah tinggi dan sangat berisiko untuk proses melahirkan.

10. Pewarna buatan. Mesti elakkan. Ditakuti akan menjadi penyebab kanser usus kepada bayi.


Watch This !!!

Jom tengok video ni...moga-moga dpat beri ilham dan ketenangan buat anda yang sedang hamil. Wana yang dah dua tahun lebih melahirkan anak ke-4 pun..tersenyum melihat video ni rasa tenang..terimbas semula saat melahirkan mereka.





Saturday, 23 January 2016

TUJUH TIPS PENJAGAAN KANDUNGAN SEAWAL TRIMESTER PERTAMA BAGI MEMBANTU MENGELAKKAN KEGUGURAN

Ingat tak kenangan kali pertama anda hamil? Kenangan buat buku pink tu..kenangan tiap bulan kene jenguk klinik....hahahahaha memang tidak boleh dilupakan. Adakah anda baru pertama kali hamil? TAHNIAH!!!!! Galas tanggungjawab ini dengan baik dan penuh rasa kesyukuran. Anda bertuah.



Ketahui beberapa Tips Menjaga Kehamilan Usia Muda. Oppssss bukan usia awak yang muda taw..usia kandungan awak yang masih awal tu. Kenapa nak kene jaga? Sebab ia akan lahir ke dunia menyerikan hidup kamu sekeluarga dan ia adalah amanah dari Allah yang perlu dijaga dan dirawat. Okay...take note okeh...

1. HINDARI AKTIVITI BERAT
Di awal kehamilan, ibu hamil akan mudah rasa penat, lelah, letih dan ada juga yang pengsan. Ini kerana tekanan darah yang rendah. Oleh itu hindari mengangkat objek/barang berat, duduk terlalu lama dan duduk terlalu lama.

2. KENDALIKAN EMOSI ANDA
Wanita hamil memang sensitif. Emosi anda mudah rapuh dan kadang bolak-balik. Pendek kata tidak stabil. Yang paling bahaya jika tidak dapat kendalikan emosi marah sehingga menyebabkan anda stress. INGAT! ia membahayakan janin anda.

3. JAGA PENGAMBILAN NUTRISI
Risiko keguguran akan meningkat jika janin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Seawal kehamilan di trimester pertama ini seharusnya anda mengambil bcomplex dan asid folic yang mencukupi sejajar dengan keperluan anda dan janin. Jangan lupa pengambilan kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang janin dan tubuh ibu.

4. HINDARI KEBIASAAN BURUK
Yang ini anda sendiri tahu apa tabiat buruk anda. Pastikan anda berhenti merokok, pengambilan makanan berkafein dan pengambilan alkohol. ANDA TENTU SAYANGKAN BAYI ANDA KAN? Pengambilan bahan terlarang ini akan mengganggu kesihatan dan pertumbuhan janin anda.

5. DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR
Buat buku pink (ishhh buku pin? apa tu?). hahahaha..pergi klinik kesihatan berdekatan untuk membuka buku pink. Buku pin ini akan dicatat maklumat kesihatan anda dan kandungan setiap bulan. akan jadi lebih kerap apabila usi kandungan mencecah ke trimester ketiga.

6. KURANGKAN HUBUNGAN BERSAMA SUAMI
Anda nak bermanja boleh tidak salah, malah lebih baik untuk emosi anda dan suami. Cuma jarakkan hubungan intim bersama suami. Jika hari sebelum hamil tu, almost everyday bersamakan, so untuk trimester pertama ni...harap dapat kurangkan taw. Menurut ramai doktor, terlalu kerap bersama adalah salah satu punca risiko keguguran.

7. HINDARI MINUMAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA/ALKOHOL
Sangat berisiko untuk anda dan baby. Hindari kompolikasi sepanjang kehamilan dan bersalin dengan menghindari minuman ini.

Jadi, mudah aje kan... Boleh follow kan... Kami doakan anda dapat melalui saat manis kehamilan dengan penuh rasa bahagia dan semoga proses kelahiran juga akan berjalan lancar dan mudah. Aamiinn....

Friday, 22 January 2016

Ketahui Perkara Paling Asas Yang Mungkin Sebagai IbuBapa Kita Terlepas Pandang

Alhamdulillah semalam khamis (hari ke -15) menjadi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Pra-Sekolah. Baru 15 hari tetapi rasa macam banyak sungguh kisah yang nak diceritakan. Ku berterima kasih sangat pada Allah...ku bersyukur. Ku belajar banyak perkara yang tidak mungkin ku dapat di mana-mana. Kini baru ku sedar bahawa tidak mudah untuk melentur buluh dari rebung. Bunyi macam enteng sebab masih rebung tapi tahukah ia suatu tanggungjawab yang besar yang berhadapan dengan pelbagai risiko.

Anak kecil tidak boleh terlalu kasar juga tidak boleh terlalu lembut. Ada masa perlu tegas dan ada masa perlu di manja. Sebenar-benarnya melentur buluh bukan sekadar di sekolah, peranan kita sebagai ibubapa sangat-sangat diperlukan..sangat-sangat perlu dititikberatkan oleh ibubapa. Seeloknya, diusia 3-4 tahun kita sudah ajar anak berdikari. oppppssss bukan berdikari tu suruh mereka cari duit sendiri masak sendiri, tapi kita ajar apa yang asas seperti ;

1: Buang air kecil di tandas, jangan berdiri, mesti duduk/mencangkung. Selepas membuang ajar cara cuci yang betul dan mesti berdehem (3x) sebelum dicuci bagi anak lelaki.

2: Ajar mereka cara memakai seluar dan stoking.

3: Biasakan anak membaca doa sebelum dan selepas makan. Adab berdoa, mesti menadah tangan. Duduk diam.

doa selepas makan


4: Membawa pinggan yang kotor ke tempat sepatutnya. Bukannya tinggal dan biarkan selepas makan.

5: Cara menyimpan dan menjaga barang sendiri. Contohnya pensil warna, pemadam, pembaris dan lain-lain.

Ok...selain perkara asas tadi...ada lagi beberapa perkara hazard yang perlu kita jangan terlepas pandang....antaranya ;

1. Ingatkan anak jangan bermain dengan pintu. Takut tersepit tangan. Katakan pada mereka jika hilang jari ia tiada ganti dan tidak boleh dibeli dari mana-mana jua tempat.

2. Beritahu mereka bahaya memanjat grill, kerusi atau meja. Jika jatuh akan luka dan berdarah.

3. Jangan berlari-lari di tempat yang sempit. Takut-takut terlanggar buju meja atau kerusi.

4. Perhatikan mereka agar jangan main terlalu ganas dengan adik beradik. Seperti adegan dalam cerita naruto ke..atau aksi-aksi cerita lain.

Ini adalah antara beberapa babak dalam kehidupan kanak-kanak yang perlu di pantau dan diberi tunjuk ajar dari kita sebagai ibubapa.

Alhamdulillah soon ku tambah lagi apa yang aku lihat yang perlu kita sebagai ibubapa perlu titikberat dan ambil tahu untuk keselamatan dan kebaikan anak-anak kita. Semoga anak-anak kita dapat membesar dengan baik seperti zaman-zaman kita kanak-kanak dulu. ImsyaAllah...

Sunday, 3 January 2016

Melayan Anak Syurga Yang Banyak Keletah Tapi Cerdik

Assalamualaikum.... Lama betul ku menyepi. Maaf lah atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Waktu yang sangatlah terhad untuk duduk di depan komputer untuk update blog ni.

Hari ini adalah hari pertama ku menjadi pengganti pembantu pra-sekolah. Dua bulan sahaja, tapi aku yakin akan rindu detik-detik dua bulan ini. Mana tidaknya, baru hari pertama, tapi dah berbakul kisah hari ini berada dalam ingatan.

Ada satu anak kecil yang benar-benar buatkan aku mengimbas kembali sewaktu aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Cara dia nangis, cara dia meronta dan cara dia memanjat gril....seriously....like me..muahaahhahaha.

Tapi hari ini kan, anak lelaki pulak yang ramai menangis. Ada yang mahu buang air kecil, tapi tidak cakap, hanya menangis. Ada juga yang masih tidak tahu nak cuci kemaluan dan tidak tahu nak pakai seluar dan stoking semula. Hahahaha kelakuan diorang memang buatkan daku gelihati sesorang.
Ada yang nampak sangat seronok belajar. Ada yang mulut tidak benti ngomel dengan kawan-kawan. Ada juga yang bila masuk pukul 10.30am dah start letak kepala kat lengan...terlentok kat meja. Yang best tu ada yang cakap.....


"Ummi, taknak air ni...tak sedap...nak air masaklahh..." . Kan....nampak sangat hakak ni tidak superb bab buat air. Kihkihkihkih....sorryyy la bos kecik. Esok ummi buat lagi sedappp taaww....
Pukul 1130am time ibubapa dah ambil mereka, terasa sunyi...korang memang ohsem..meninggalkan memori best buat k.wana. Alhamdulillah...
Esoklah sambung lagi... Mesti ada lagi kisah lawak dari anak kecil yang handsome dan cantik tu.


----------------
Dapatkan vitamin c chew, mealshake dan omega untuk kesihatan, dayatumpuan dan otak yang cerdik/bijak.

K.wana tawarkan free consultancy dan harga istimewa. Hubungi k.wana di 0173567078 atau 0192337465.

Monday, 30 November 2015

Petua Dan Rawatan Secara Alami Bagi Masalah Kecantikan Dan Kesihatan Diri Agar Sentiasa Kekal Menawan

Assalamualaikum... ;)

Hari ini nak cerita tentang kisah mengamalkan pengambilan dari sumber alam sebagai bahan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit. Tidak dinafikan bahawa sekarang ini terdapat pelbagai produk yang dikatakan 100% bahan asli semulajadi. Sejauh mana kebenarannya kita tidak pasti. Melainkan kita mengikuti pembuatannya sendiri.

Ada yang mahal ada yang murah namum bergantung kepada isikandungan bahan didalamnya. Sebagai pengguna harus bijak memilih yang harga berpatutan. Oraits hari ni taknak cerita tentang produk dipasaran yang boleh dikatakan banyak amat. Hari ini kita back to the nature...

Walaupun ada antara kita yang suka nampak perubahan cepat. Guna hari ini, esok nak hasilkan debaboom....jangan macam itu adik kakak. Gunakan bahan natural, hasil memang agak lambat sikit..at least seminggu dua. Lambat sikit tidak mengapa asalkan selamat dan tidak berbahaya jangka panjang.

Tengok petua di bawah ni, jika ada yang bermasalah berkaitan boleh lah mencuba....








Nanti if ada lagi ku jumpa petua, ku share lagi ek.... Selamat Mencuba!!!!

www.facebook.com/wonderfulibu
www.facebook.com/kedaivitaminpontianjohor
Imstagram : @wonderfulibu_boutique
whatsapp 0173567078