Friday, 22 January 2016

Ketahui Perkara Paling Asas Yang Mungkin Sebagai IbuBapa Kita Terlepas Pandang

Alhamdulillah semalam khamis (hari ke -15) menjadi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Pra-Sekolah. Baru 15 hari tetapi rasa macam banyak sungguh kisah yang nak diceritakan. Ku berterima kasih sangat pada Allah...ku bersyukur. Ku belajar banyak perkara yang tidak mungkin ku dapat di mana-mana. Kini baru ku sedar bahawa tidak mudah untuk melentur buluh dari rebung. Bunyi macam enteng sebab masih rebung tapi tahukah ia suatu tanggungjawab yang besar yang berhadapan dengan pelbagai risiko.

Anak kecil tidak boleh terlalu kasar juga tidak boleh terlalu lembut. Ada masa perlu tegas dan ada masa perlu di manja. Sebenar-benarnya melentur buluh bukan sekadar di sekolah, peranan kita sebagai ibubapa sangat-sangat diperlukan..sangat-sangat perlu dititikberatkan oleh ibubapa. Seeloknya, diusia 3-4 tahun kita sudah ajar anak berdikari. oppppssss bukan berdikari tu suruh mereka cari duit sendiri masak sendiri, tapi kita ajar apa yang asas seperti ;

1: Buang air kecil di tandas, jangan berdiri, mesti duduk/mencangkung. Selepas membuang ajar cara cuci yang betul dan mesti berdehem (3x) sebelum dicuci bagi anak lelaki.

2: Ajar mereka cara memakai seluar dan stoking.

3: Biasakan anak membaca doa sebelum dan selepas makan. Adab berdoa, mesti menadah tangan. Duduk diam.

doa selepas makan


4: Membawa pinggan yang kotor ke tempat sepatutnya. Bukannya tinggal dan biarkan selepas makan.

5: Cara menyimpan dan menjaga barang sendiri. Contohnya pensil warna, pemadam, pembaris dan lain-lain.

Ok...selain perkara asas tadi...ada lagi beberapa perkara hazard yang perlu kita jangan terlepas pandang....antaranya ;

1. Ingatkan anak jangan bermain dengan pintu. Takut tersepit tangan. Katakan pada mereka jika hilang jari ia tiada ganti dan tidak boleh dibeli dari mana-mana jua tempat.

2. Beritahu mereka bahaya memanjat grill, kerusi atau meja. Jika jatuh akan luka dan berdarah.

3. Jangan berlari-lari di tempat yang sempit. Takut-takut terlanggar buju meja atau kerusi.

4. Perhatikan mereka agar jangan main terlalu ganas dengan adik beradik. Seperti adegan dalam cerita naruto ke..atau aksi-aksi cerita lain.

Ini adalah antara beberapa babak dalam kehidupan kanak-kanak yang perlu di pantau dan diberi tunjuk ajar dari kita sebagai ibubapa.

Alhamdulillah soon ku tambah lagi apa yang aku lihat yang perlu kita sebagai ibubapa perlu titikberat dan ambil tahu untuk keselamatan dan kebaikan anak-anak kita. Semoga anak-anak kita dapat membesar dengan baik seperti zaman-zaman kita kanak-kanak dulu. ImsyaAllah...

1 comment: