Assalamualaikum.... Lama betul ku menyepi. Maaf lah atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Waktu yang sangatlah terhad untuk duduk di depan komputer untuk update blog ni.
Hari ini adalah hari pertama ku menjadi pengganti pembantu pra-sekolah. Dua bulan sahaja, tapi aku yakin akan rindu detik-detik dua bulan ini. Mana tidaknya, baru hari pertama, tapi dah berbakul kisah hari ini berada dalam ingatan.
Ada satu anak kecil yang benar-benar buatkan aku mengimbas kembali sewaktu aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Cara dia nangis, cara dia meronta dan cara dia memanjat gril....seriously....like me..muahaahhahaha.
Tapi hari ini kan, anak lelaki pulak yang ramai menangis. Ada yang mahu buang air kecil, tapi tidak cakap, hanya menangis. Ada juga yang masih tidak tahu nak cuci kemaluan dan tidak tahu nak pakai seluar dan stoking semula. Hahahaha kelakuan diorang memang buatkan daku gelihati sesorang.
Ada yang nampak sangat seronok belajar. Ada yang mulut tidak benti ngomel dengan kawan-kawan. Ada juga yang bila masuk pukul 10.30am dah start letak kepala kat lengan...terlentok kat meja. Yang best tu ada yang cakap.....
"Ummi, taknak air ni...tak sedap...nak air masaklahh..." . Kan....nampak sangat hakak ni tidak superb bab buat air. Kihkihkihkih....sorryyy la bos kecik. Esok ummi buat lagi sedappp taaww....
Pukul 1130am time ibubapa dah ambil mereka, terasa sunyi...korang memang ohsem..meninggalkan memori best buat k.wana. Alhamdulillah...
Esoklah sambung lagi... Mesti ada lagi kisah lawak dari anak kecil yang handsome dan cantik tu.
----------------
Dapatkan vitamin c chew, mealshake dan omega untuk kesihatan, dayatumpuan dan otak yang cerdik/bijak.
Dapatkan vitamin c chew, mealshake dan omega untuk kesihatan, dayatumpuan dan otak yang cerdik/bijak.
K.wana tawarkan free consultancy dan harga istimewa. Hubungi k.wana di 0173567078 atau 0192337465.
Serunya :)
ReplyDeleteNonton film 720p