Ingat tak kenangan kali pertama anda hamil? Kenangan buat buku pink tu..kenangan tiap bulan kene jenguk klinik....hahahahaha memang tidak boleh dilupakan. Adakah anda baru pertama kali hamil? TAHNIAH!!!!! Galas tanggungjawab ini dengan baik dan penuh rasa kesyukuran. Anda bertuah.
Ketahui beberapa Tips Menjaga Kehamilan Usia Muda. Oppssss bukan usia awak yang muda taw..usia kandungan awak yang masih awal tu. Kenapa nak kene jaga? Sebab ia akan lahir ke dunia menyerikan hidup kamu sekeluarga dan ia adalah amanah dari Allah yang perlu dijaga dan dirawat. Okay...take note okeh...
1. HINDARI AKTIVITI BERAT
Di awal kehamilan, ibu hamil akan mudah rasa penat, lelah, letih dan ada juga yang pengsan. Ini kerana tekanan darah yang rendah. Oleh itu hindari mengangkat objek/barang berat, duduk terlalu lama dan duduk terlalu lama.
2. KENDALIKAN EMOSI ANDA
Wanita hamil memang sensitif. Emosi anda mudah rapuh dan kadang bolak-balik. Pendek kata tidak stabil. Yang paling bahaya jika tidak dapat kendalikan emosi marah sehingga menyebabkan anda stress. INGAT! ia membahayakan janin anda.
3. JAGA PENGAMBILAN NUTRISI
Risiko keguguran akan meningkat jika janin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Seawal kehamilan di trimester pertama ini seharusnya anda mengambil bcomplex dan asid folic yang mencukupi sejajar dengan keperluan anda dan janin. Jangan lupa pengambilan kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang janin dan tubuh ibu.
4. HINDARI KEBIASAAN BURUK
Yang ini anda sendiri tahu apa tabiat buruk anda. Pastikan anda berhenti merokok, pengambilan makanan berkafein dan pengambilan alkohol. ANDA TENTU SAYANGKAN BAYI ANDA KAN? Pengambilan bahan terlarang ini akan mengganggu kesihatan dan pertumbuhan janin anda.
5. DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR
Buat buku pink (ishhh buku pin? apa tu?). hahahaha..pergi klinik kesihatan berdekatan untuk membuka buku pink. Buku pin ini akan dicatat maklumat kesihatan anda dan kandungan setiap bulan. akan jadi lebih kerap apabila usi kandungan mencecah ke trimester ketiga.
6. KURANGKAN HUBUNGAN BERSAMA SUAMI
Anda nak bermanja boleh tidak salah, malah lebih baik untuk emosi anda dan suami. Cuma jarakkan hubungan intim bersama suami. Jika hari sebelum hamil tu, almost everyday bersamakan, so untuk trimester pertama ni...harap dapat kurangkan taw. Menurut ramai doktor, terlalu kerap bersama adalah salah satu punca risiko keguguran.
7. HINDARI MINUMAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA/ALKOHOL
Sangat berisiko untuk anda dan baby. Hindari kompolikasi sepanjang kehamilan dan bersalin dengan menghindari minuman ini.
Jadi, mudah aje kan... Boleh follow kan... Kami doakan anda dapat melalui saat manis kehamilan dengan penuh rasa bahagia dan semoga proses kelahiran juga akan berjalan lancar dan mudah. Aamiinn....
Nak coba ni :)
ReplyDeleteThanks
Nonton film subtitle english