Kebiasaannya kita selalu mencari apakah makanan yang baik untuk ibu hamil. Tahukah kita makanan yang harus dihindari oleh ibu hamil? Adakah benar nenas yang dikatakan tajam dan tidak elok untuk di makan kerana boleg menyebabkan keguguran? wana pun tidak sure tentang itu cuma apa yang dari segi sains nya nenas mengandungi zat yang baik dan bagus untuk badan kita. Wallahualam kerana petua tu di ketahui dari orang-orang tua. Nanti sampai masa wana ceritakan di sini.
Hari ini wana nak share serba sedikit beberapa jenis makanan yang harus dihindari oleh ibu hamil. Mungkin ada yang anda pernah dengar dan mungkin juga ada yang kita tidak sangka ia tidak baik untuk ibu hamil.
1. Elakkan keju yang dibuat daripada susu yang tidak dipasteurkan. Kerana terdapat bakteria yang boleh masuk ke placenta dan membahayakan janin.
2. Makanan yang mengandungi bahan awet seperti jeruk, asam, mi segera dan sardin. Malah tapai juga seeloknya dihindari dulu sepanjang kehamilan. Hasil fermentasi ubi dan ragi, adalah bahaya untuk ibu dan bayi. Ditakuti mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan mebahayakan janin.
3. Makanan/Minuman yang mengandungi pemanis buatan. Kuih muih yang terlalu manis atau air minuman yang terlalu manis, seeloknya dihindari. Dikhuatiri bayi yang dilahirkan bersar akibat glukosa yang diserap oleh janin menyebabkan baby obesiti. Malah kadar gula yang tinggi juga boleh menyebabkan ibu mengalami komplikasi.
4. Makanan mentah/separuh masak. Ini kerana dikhuatiri mengandungi bakteria salmonella yang boleh mengganggu kandungan. Terutamanya seafood,daging dan susu.
5. Makanan yang mengandungi kafein juga akan mengganggu pertumbuhan janin. Makanan yang dipanaskan semula dan juga yang terlalu tinggi kandungan vitamin A nya. Makanan yang tinggi kafein akan menyebabkan kadar denyutan jantung baby menjadi laju dan ini akan membahayakan fungsi jantung.
6. Makanan ala jepang seperti sushi dikatakan tidak steril dan masih mengandungi bakteria yang bahaya kepada janin. Bakteria seperti salmonella, coliform dan yoksoplasmosis akan mengganggu bahagian kepala janin.
7. Daging yang banyak lemak akan meningkatkan kadar kolestrol dan menyebabkan gangguan kesihatan yang lain. Juga boleh menyebabkan komlikasi ketika melahirkan.
8. Sayur nangka muda yang tidak dicuci sehingga bersih (hilang getahnya) juga tidak baik untuk kandungan. Dikhuatiri akan mengganggu placenta.
9. Makanan yang masin boleh menyebabkan darah tinggi dan sangat berisiko untuk proses melahirkan.
10. Pewarna buatan. Mesti elakkan. Ditakuti akan menjadi penyebab kanser usus kepada bayi.
Watch This !!!
Jom tengok video ni...moga-moga dpat beri ilham dan ketenangan buat anda yang sedang hamil. Wana yang dah dua tahun lebih melahirkan anak ke-4 pun..tersenyum melihat video ni rasa tenang..terimbas semula saat melahirkan mereka.
No comments:
Post a Comment