Friday, 30 October 2015

Mandikan Anak Dengan Air Paip Atau Air Suam Lebih Baik?

Assalamualaikum...

Untuk Ibu yang baru memang agak keliru sebenarnya. Nak mandikan anak dengan air suam atau air paip? Nurse klinik kata mandikan air paip bantu tulang menjadi kuat. Hmmm..my mil and sil pon pernah bagitahu begitu. Ooopss ini bukan untuk baby yang baru lahir tau. Untuk baby yang baru lahir sehingga usia 3bulan better mandikan dengan air suam. Pastikan tidak terlalu panas atau sejuk.

Hipotermia adalah suatu keadaan dimana teras suhu badan turun dai bawah yang diperlukan oleh metabolisme tubuh. Gejala atau simptom dia adalah shivering dan kebingungan mental. Cara mudah faham dia macam ni, hipotermia adalah lawan kepada hipetermia. Dan bahasa lagi mudah , suhu badan sedang panas dan tetiba terkena air sejuk dan badan terkejut lalu mengalami kejutan suhu badan yang mendadak. 

Pengalaman k.wana mandikan 4orang anak ni (boy semua), orang kata boy lagi jangan selalu sejuk jadi memang agak-agakla bila nak mandikan dia biasanya k.wana akan buat tips ni dulu. Tapi ini tips untuk anak yang berusia dari umur 3 bulan ke atas tau. Below 3bulan memang k.wana mandikan air suam.



Tips Mandikan Anak.
1) Pastikan keadaan cuaca dan badan anak.
Sekiranya hari hujan, dan cuaca sejuk dan anak pun nampak sejuk...maka air suamlah jawabnya. Cuma pastikan tidak terlalu panas. Jika hari itu cuaca terlalu panas dan baby pun berpeluh sahaja, maka air paiplah jawabnya.

2) Mandikan dari kaki.
Ini petua dari makcik kepada suami saya, mandikan anak dari bahagian kakinya. Mesej ni saya dapat semasa mengandungkan anak sulong. Maka dari anak sulong sampai ke hari ini memang mandikan dari kaki. yang k.wana faham, bila mandikan dari kaki, kita akan buat dia tidak terkejut. DO IT SLOWLY...and GENTLE. Slow dari kaki, ke betis, ke peha dan seterusnya hingga bahu. Di bahu..lama sikit dalam 30saat barulah naik ke muka dia.

3) Urut gently.
Masa mandikan tu untuk tambah lebih bonding kan, urut atau gosok manja di betis, lengan, bahu baby.

4) Jangan rendam anak lama sangat.
K.wana tidak suka rendam lama sangat, sebab takut dada dia rasa over sejuk. tidak elok untuk paru-paru dia. Jadi, agak-agak je la..dalam kiraan 5-10saat. buat dalam 2kali camtu. Tapi lain ibu mungkin lain ye..ini pengalaman k.wana la tau.

5) Celup siku sebelum mandikan.
Sebelum memasukkan anak ke dalam besen mandian yang dah berisi air, masukkan dulu siku anda untuk mengetahui suhu air itu samada panas sangat atau sejuk sangat. Pastikan tuang dulu air sejuk, kemudian barulah air panas.

6) Suhu bilik.
Jika mandikan anak anda dengan air suam, pastikan balut kepala hingga kaki dengan towel. patikan juga suhu bilik adalah so-so dengan air suam tadi. lap dari kepala hingga kaki.

7) Tinggi air.
Paras air dalam besen hendaklah tidak melebihi paras yang sesuai dengan baby. Sekadar muat rendam dia hingga ke bahu je sudah memadai.

8) Lap sahaja.
Sekiranya hari tersebut menyebabkan baby tidak boleh mandi, mungkin gas habis, mungkin elektrik tiada atau mungkin cuaca terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk mandikan baby, maka lap sahaja lah.. itu sudah memadai. baby dah cukup bersih dan wangi.

9) Sabun Mandi.
Gunakan sabun mandi yang ph Neutral. Percaya tidak..k.wana semasa baby umur bawah 3bulan, k.wana tidak pernah gunakan sabun untuk mandikan dia. Entahlah kolot atau apa tapi mungkin sebab k.wana takut licin dan baby terlepas atau sayangkan kulit dia yang super soft natural tu. Tapi and carilah mandian yang pH neutral okeh.

10) Tinggalkan baby.
This is a WARNING. Jangan sesekali tinggalkan baby dalam besen mandi sendirian.

Alhamdulillah semoga dengan sedikit perkongsian ni dapat guide adik-adik untuk mandikan anak cara yang terbaik mengikut fakta dan logik anda. yang penting kita buat yang terbaik untuk anak-anak membesar dengan sihat dan gembira.

InsyaAllah next entry akan bertambah lagi maklumat tentang cara pengendalian baby yang perlu anda ketahui. Alfatihah untuk arwah makcik suami k.wana yang telah memberikan petua berguna tentang cara memandikan anak. Jika tidak, tentu ku bantai mandikan dari kepala terus. Alhamdulillah.

Sunday, 25 October 2015

Kenangan Bersalin Di Hospital Kerajaan Dan Hospital Swasta Yang Tidak Mungkin Dilupakan - 1

Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi setiap anak, apatah lagi dari seorang ibu dengan ibu yang lain.Kenangan pertama kali melahirkan adalah pada tahun 2008. Anak lelaki berat 3.68kg. Hari Ahad jam 1pm. Merasai contraction sejak jam 8.30pm hari sabtu. Masuk hospital hari Jumaat petang sebab ada keluar lendir dan darah sikit. Malam tu memang tak boleh duduk, tak boleh tidur, tak boleh terlentang, tak boleh mengiring semua serba tak kena. Muka dah pucat. takde sorang nurse pun datang tanya. Dari 8.45pm sampai jam 7.30am, barulah ada seorang nurse bertanya. Itupun sebab lalu depan katil dan nampak muka k.wana yang dah pucat tahan sakit. Bersalin anak sulong dan tiada pengalaman. tidak pernah attend kelas antenatal. So, taknak cerita apa yang berlaku dalam labour room. i am alone tahan sakit on the bed.



Kenangan kali kedua di hospital yang sama. Pada tahun 2009. Anak lelaki seberat 3.6kg. Hari Rabu jam 1.10pm. Pagi rabu check in sebab air ketuban dah pecah. Panik sebab...eh air apa nih dah macam banjir. kalau ngompol takkan banyak cenggini sampi mengalir tanpa henti tak boleh control. Wife cousin bawa ke hospital sebab encik suami kerja in KL. Alhamdulillah kali ni saya tidak sendirian dalam labour room sebab ada nurse praktikal yang comel-comel belaka dan baik sementara suami sampai. Berbekalkan pengalaman bersalin setahun yang lalu dan sesi penenangan from practical nurse tu, rasa cool la sikit.

Pengalaman paling menyayat hati bila kene jahit hidup-hidup. Semasa bersalin tak nanges tapi masa kene jahit memang nanges. Semasa di jahit kali pertama adalah kenangan jiwa yang tak mungkin dilupakan kerana memang koyak teruk sampai nurse tu kata susah nak jahit sebab koyak here and there. Dua kali kene gunting lagi. Dengan keletihan meneran baby tak keluar..sampai nak kene forsep... Pengalaman kali kedua di tempat yang sama juga dijahit hidup-hidup tapi kurang sakit sebab nurse tu buat hati-hati dan mungkin sebab dah ada pengalaman kali pertama kan...

sekadar gambar hiasan :)


Yes...that is the reason why apabila mengandung anak no.3 memang k.wana decide nak bersalin di swasta. Asalnya kakak ipar yang bersalin di GH bagitahu dia bersalin di GH bila jahit kene bius dulu. Nak bersalin di GH is jauh memandangkan waktu tu tinggal di area Jusco Taman Equine. Jadi mulalah sesi survey dan finally sangkut dengan Hospital Pakar Annur. Doc perempuan dan bayaran affordable.

Jadi kenangan bersalin anak no.3 adalah di Hospital Annur. Yes, ku PUAS HATI. Semasa sakit kontraksi tu dalam labour room ada buka alunan ayat alquran, nurse memang terlatih, doktor yang sambut baby dan jahit kan. Emotionally tenang bila nurse dan doktor tenang. Nurse tidak kehulu kehilir depan kita, kebetulan ada serumpun pokok buluh di luar tingkap berayun lembut. Sensasi menenangkan la..hahaha..oh ya yang paling lega adalah dijahit sebelum dibius. Room wad dia selesa and makanan pun boleh tahan la... i love the hot choc..hahahaha..dan bersalin anak ke-4 juga di sini.

Pengalaman melahirkan anak ke-3 (3.95kg) dan ke-4 (3.90kg) ini memang berbeza dari abang-abang dia. Nanti k.wana share dalam entry seterusnya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat k.wana, ambillah kelas antenatal dan 

Saturday, 24 October 2015

Pengalaman Survey Hospital Untuk Bersalin Terus Melekat di Hati - Hospital Pakar Annur

Hari ini tergerak hati nak share dua kali pengalaman melahirkan di Pusat Perubatan Annur Bangi. Sebenarnya pernah menulis pengalaman ni di blog wonderful ibu last two years, tapi oleh kerana blog tersebut terdapat masalah (tak boleh buka)..jadi k.wana buat blog baru ni dan nak abadikan pengalaman ini di sini. Harap dapat membantu anda untuk memilih hospital swasta mana untuk bersalin.

Tahun 2012
Bermula dari January 2012, k.wana sudah mula buat survey untuk bersalin di hospital swasta terdekat. Ini kerana k.wana punya bad experience dengan hospital kerajaan di kampung k.wana semasa melahirkan anak pertama dan kedua.

Antara hospital yang k.wana survey masa tu yang terdekat adalah Hospital Putrajaya, Hospital Azzahrah, Annur dan Hospital Serdang. Memandangkan waktu tu kerja dan perlu berulang dari seri Kembangan-Klang-Seri Kembangan, so memang niat nak ambil cuti awal. Kebetulan seminggu sebelum due date untuk bercuti k.wana terpaksa menjalani small operation gigi. Jadi kebetulan doktor beri cuti seminggu. Dinasihatkan minumlah susu dan makanlah sumber kalsium semasa mengandung, kalau tidak nanti jadi macam k.wana terpaksa buang dua gigi sekaligus.

Balik pada survey hospital bersalin, mulakan dari Hospital Serdang. Adalah yang paling dekat dengan rumah. Lega. Cuma selang dua bulan sebelum due date kakak depan umah ni bersalin di hospital serdang. Pengalaman dia bersalin di sana buat rasa seriau pulak. Katanya pesakit ramai dan terpaksa menunggu katil kosong di atas kerusi roda. Mungkin 2015 ni mereka sudah buat pelbagai penambahbaikan.

Hospital Putrajaya, paling jauh. Sebab k.wana duduk di area taman equine. Berjalan dari blog ke blog mencari info tentang Hospital Putrajaya dan pengalaman mereka yang bersalin di sana. Ada juga yang terpaksa di transfer ke hospital lain sebab penuh...hmm risiko juga.

Hospital Azzahrah. Pengalaman melawat rakan bersalin secara pembedahan masa tahun sebelumnya buat rasa 50-50. Ruang katil yang sempit. Pergerakan terbatas. Wallahualam kalo wad lain sebab masa tu 2012 so Hospital Azzahrah ni belum buat renovation and besar macam sekarang.

Hospital Annur. Hasil berjalan di blog-blog kawan-kawan yang pernah bersalin di sana buat rasa teringin bersalin di sana. Dengan Dr.Khamsiah (memang nak doktor perempuan pun untuk sambut kelahiran). So, walk in buat temujanji. Risau juga tidak boleh sebab at least kene buat check up sebanyak 3 kali di sana baru boleh bersalin di sana.



Tentang kos untuk check up bulanan tu dalam rm120 to rm150.  Alhamdulillah, Mission accomplished for year 2012.

Tahun 2013
Unexpected, ter mengandung. Anak ke-4. So, memang tak buat survey dah sebab dah selesa dengan Dr.Khamsiah. Lembut, penerangan jelas, friendly dan pengalaman dia menyambut baby Muhammad Azfar Aufa tahun 2012 buat k.wana rasa yakin. Bills? Alhamdulillah, bersalin normal, dua hari satu malam, makanan sedap, nurse best, doc best dan harga dalam lingkungan rm14xx (2012) dan rm16xx (2013). Oh ya bills untuk check up bulanan reduce sebab masa ni k.wana mengambil Set Mengandung Shaklee so bills sekitar rm50-80 je masa tu.

Nasihat k.wana jika adik masih tercari-cari hospital mana mahu melahirkan maka ringan-ringankan mulut untuk bertanya dengan kawan-kawan semasa check up sama-sama tu kan. Siapa tahu mereka sudah ada pengalaman bersalin di situ. Atau blogwalking macam yang korang tengah buat ni. Sekiranya ada hospital kerajaan di sekitar anda yang memberikan layanan dan persekitaran yang baik....Tahniah!! Jimat bill tak sampai rm50 bersalin di hospital kerajaan.... untuk bersalin normal la.

Tapi jika kemampuan dan nak merasa bersalin dengan doktor swasta, carilah yang berbaloi dengan apa yang kamu bayar. Sakit bersalin tetap sama cuma keadaan persekitaran akan mempengaruhi cara kita menghadapi detik-detik bersalin tu akan mempengaruhi emosi kita dan jadi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Baby Muhammad Azfar Aufa (29.03.2012)

Baby Muhammad Syaheer Rafiuddin (03.09.2013) yang paling kecik tu...
Muhammad Azfar Aufa yang belakang skali tu baju biru gelap seluar krim.


*Minta maaf sebab takde gambar bersalin sebab semua dah transfer ke blog wonderfulibu, handphone pon dah rosak dan bertukar dua kali. nanti kalau jumpa k.wana tepek sini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang dah menetap di kampung halaman...
sekiranya termengandung anak ke-5 hmmmm...
kemungkinan akan bersalin di Hospital Pakar Annur juga... kihkihkih.... 
Orang Johor please suggest....HSI tu ok tak?


kalau taknak komen dalam blog ni...wassap k.wana ye..kita sesembang tentang HSI nih...
0127056850

Friday, 23 October 2015

Masalah Jerebu Yang Semakin Merunsingkan Dan Menyesakkan Dada

Semua orang sedang alert dengan masalah yang sedang melanda negara kita yang tercinta kan. Apa lagi jika bukan masalah jerebu. Definisi kasarnya, jerebu ni adalah kepulan asap yang membawa masalah kepada kesihatan. Secara lebih mendalam adalah peningkatan bahan terampai dalam atmosfera yang melebihi tahap dua kali ganda dari bacaan ipu sihat.

Kepada ibu-bapa yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat atau terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk memantau keadaan anak, harap dapat bersabar dan tabah. Allah memberi peringatan buat kita. Mudah-mudahan dengan kepayahan ini Allah melipatgandakan ganjaran buat kita sekeluarga.



Komponen JEREBU akibat kesan kebakaran hutan yang berpanjang.
Jerebu yang terhasil akibat kebakaran adalah dari partikulat yang terampai di atmosfera. Ia akan menyebabkan peningkatan masalah paru-paru dan jantung. Melemahkan sistem imun tubuh. Merosakkan lagi tisu paru-paru terutama kepada yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.

Kesan dan akibat JEREBU.
1) Menjejaskan penglihatan. Mengganggu perjalanan kapal-kapal laut, udara dan darat.
2) Menjejaskan kehidupan akuatik.
3) Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengganggu sektor pertanian.
4) Hujan asid.
5) Mengelakkan bahang matahari kembali ke atmosfera.
6) Menjadikan peningkatan suhu.

Apakah langkah terbaik yang boleh diambil?




Kebiasaannya individu yang paling kritikal adalah anak-anak kecil yang punya asthma atau semput. dan ini tidak bererti kanak-kanak yang sihat tidak akan sakit. Ibu-bapa perlu memainkan peranan utama. Pastikan anak-anak mengikut plan tindakan ketika jerebu.

Selain penjagaan dan pengawasan aktiviti, bukan sahaja kita tetapi anak-anak kita juga perlu mengamalkan pengambilan nutrisi yang dapat menambah baik sistem imunisasi tubuh kita dan anak-anak. Ini kita jelaskan di entry akan datang tentang set kesihatan yang baik untuk menghadapi jerebu yang entah bila akan berakhir ini.

Bumi kita yang sudah semakin tua tidak kemampuan lagi untuk menyedut pencemaran demi pencemaran saban tahun malah saban hari. Aduh..semasa menulis ni pun dada terasa sesak. Di Pontian petang ini jerebu boleh tahan juga. Jadi anda di luar sana terutama yang berada di Negeri Sembilan terus ke utara semoga anda sentiasa mengikut saranan yang diberikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jerebu Yang Membingungkan 
Semoga kamu cepat berlalu
Dan jangan kembali lagi
Semoga Udara kami kembali sihat
Dan kami kembali menjalani hidup dengan tenang dan aman
Aaamiinn.....



Sunday, 18 October 2015

Ketahui posisi tubuh ketika bersama bagi membantu pasangan hamil dengan cepat

Biasanya bila sudah lebih setahun berkahwin mesti mula timbul pelbagai perasaan. Resah, gelisah dan rasa rendah diri. Waktu-waktu begini, perasaan akan jadi lebih sensitif, moody dan mudah terasa. Ditambah pula dengan soalan dari makcik-makcik la..jiran la..lebih lagi waktu-waktu perdana macam Hari Raya kan. No worry...Allah is the best planner.

Punca lewat hamil ini mungkin juga disebabkan antarta beberapa faktor berikut ;
* Keadaan organ reproduksi.
* Pengaruh psikologi (stress, resah, moody dll).
* Pemakanan.
* Gaya hidup.
* Posisi tubuh ketika bersama.

K.wana malam ni mahu kupas berkaitan "Posisi Tubuh Ketika Bersama" yang boleh dipraktikkan sebagai usaha bersama antara suami dan isteri untuk hamil. 

Angkat bahagian pinggul isteri dan lebih elok jika isteri tidak bergerak dalam 15minit selepas ejakulasi.

Sandarkan kaki isteri di bahu suami. Keadaan vagina ketika ini berada dalam posisi tegak dan lurus. Sperma akan keluar tepat di hujung vagina.

Posisi ini akan menjadikan penis berada lebih dalam di dalam rahim isteri.

Pada posisi ini, keadaan leher rahim akan terbuka luas dan mampu menampung jumlah sperma yang banyak. Peluang untuk hamil lebih besar.

Untuk posisi normal ini, lebih baik sendalkan pinggul isteri dengan bantal.

Okey, so far ini yang k.wana dapatkan beritahu dan yang paling mudah. Untuk next entry k.wana akan berikan tips untuk bersama ketika hamil. Ketahui waktu yang terbaik samada trimester pertama atau kedua atau ketiga. 

Saturday, 17 October 2015

Kenali 5 Jenis Makanan Yang Membantu Melawan Kanser Sebelum Menjadi Lebih Serius

Menurut Majalah Wanita Mei yang lepas.....

WHO pada tahun 2011 telah mencatatkan kira-kira 508 000 wanita telah menjadi korban kanser payudara. Ianya seakan satu tamparan hebat..atau lebih tepat sebagai satu amaran kepada kita kaum wanita agar lebih mengambil berat soal penyakit ini.

Ramai yang masih mengambil ringan dan tidak mahu mengetahui info-info berkaitan. Mereka lebih menganggap penyakit ini lebih kepada faktor genetik. Sebenarnya punca sebenar adalah dari amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Ramai pakar pemakanan mengungkapkan bahawa apa yang anda makan adalah penentuan tahap kesihatan anda pada masa hadapan. Jadi mari kita ketahui lima jenis makanan yang benar membantu mengelak penyakit kanser terutamanya kanser payudara.





gaya hidup sihat



kanser kolon






cara cegah kanser

Jangan ambil ringan masalah kanser ini ye. Entry akan datang kita kupas lagi dengan lebih mendalam tentang keadaan penyakit kanser. Semoga pendedahan 5 jenis makanan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita mula menghindari penyakit ini.

Friday, 16 October 2015

Kenali Jenis Dan Simptom Cyst Sebelum Terlambat Mendapatkan Rawatan


Assalamualaikum...

Minggu lepas ada seorang dari kawan baik saya mengalami masalah tidak datang haid selama dua bulan, bila check UPT (ujian kehamilan) dia tidak hamil. Beliau mula rasa bimbang dan menjalani ujian PAP Smear. Dan alhamdulillah hari ini result keluar, syukur alhamdulillah dia bebas dari masalah cyst ini. Sesiapa pun jika berhadapan masalah cyst ke fibroid ke pcos ke mesti rasa cemas dan panik. Wanita anugerah Allah yang terindah.

Cyst?
Sebenarnya cyst boleh ada di mana-mana tetapi selalunya yang mencemaskan apabila cyst di bahagian peranakan kita. Cyst sebenarnya adalah gelembung berisi air/lendir di dalam ovari, ianya akan matang dan pecah. tetapi cyst yang memberikan masalah ialah apabila ia membesar dan tidak pecah. Sehingga ada lebih 5 jenis cyst yang telah di kenalpasti oleh dunia perubatan dewasa ini.




Adakah Ini Punca Ketidaksuburan?
Cyst bukan punca ketidaksuburan kerana ia tidak mengganggu proses ovulasi dan persenyawaan. Biasanya PCOS atau Endo yang berkemungkinan penyebab ketidaksuburan.



Ada Simptom Atau Tanda Pengenalan Lain Ke?
Simptom hampir tiada. Melainkan jika ia sudah membesar. Antara simptom yang biasa berlaku ialah seperti berikut :-
# Perut buncit dari biasa dan terdapat ketulan di bahagian bawah perut dan terasa sengal-sengal.
# Loya & Muntah.
# Sakit ketika 'Bersama' suami.
# Perut rasa penuh dan tidak selesa.
# Rasa berat pada ari-ari.
# Masalah buang air kecil yang tidak lawas.
# Sakit semasa haid.
# Pendarahan abnormal.
# Pertambahan berat mendadak.
# Sakit di payudara.
# Tidak selesa di bahagian belakang dan peha.

Apakah Pemeriksaan Yang Boleh Dijalankan?
1) Ultrabunyi/Ultrasonogram.
2) Ujian Kehamilan.
3) Ujian Tahap Hormon.
4) Ujian Darah.
5) Imbasan MRI,CT, POSITRON.

Punca atau Faktor
* Pemakanan tidak seimbang.
* Genetik.
* Ketidakstabilan Hormon.

Ketahui Jenis Cyst.
1)Dermoid
Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage,gigi/tulang. Perlu dibedah.

2) Follicle (Corpus/Luteal)
Mengandungi air sahaja dan kebiasaannya akan pecah sendiri.

3) Endometriosis
Mengandungi darah kotor, merosak ovari, tiub fallopio dan rahim. Perlu dibedah.

4) Ruptured
Sakit dan perlu dibedah segera.

5) Hemorrhagic
Mengandungi darah. Sekiranya berlaku pendarahan iaitu apabila cyst pecah, darah akan melimpah ke bahagian abdomen menyebabkan sakit yang kuat. Perlukan pembedahan cemas.


Mengerikan tetapi inilah hakikatnya.....

Rawatan Yang Boleh Dilakukan.
1) Laparoskopi



2) Pembedahan



3) Pengambilan supplement yang seperti GLA.




Oraits alhamdulillah moga-moga dapat membantu anda yang sedang tercari-cari permasalahan berkaitan cyst.




Monday, 12 October 2015

Memilih Meneruskan Hidup Di Kampung Adalah Musibah Atau Rahmat Allah

Assalamualaikum....

Pagi ni hari Selasa 13.10.2015. Kami masih mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang ke kampung. Pulang ke kampung halaman untuk satu jangkamasa yang tidak diketahui berapa lama.

Ada yang memandang kami dengan pandangan negatif ( orang yang hidup di bandar apabila pindah kampung disebabkan miskin). Kami senyum je lah... Kerana masih ramai yg memandang secara positif dan memberi kata semangat dan impian baru.

Terima kasih semua....

Pagi ni terbaca ini dari satu group wassap yg sentiasa positif....buatku merasa lebih yakin ini Rahmat Allah SWT.

SABAR ATAS MUSIBAH

Sabar atas Musibah; "Perlu untuk seseorang manusia itu berasa risau sekiranya diri mereka tidak sakit dalam jangka masa yang lama. Dalam hal ini digariskan bahwasanya sakit itu penghapus dosa dan hapusnya dosa seorang manusia itu adalah satu Rahmat kasih sayang daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Saidina Ali bin Abi Thalib رضيه الله عنه berkata; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah سبحانه وتعالى. Kerana aku takut Allah سبحانه وتعالى lupa dan murka ke atas aku. Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yang lama, maka dikhuatiri Allah سبحانه وتعالى murka ke atas mereka."

"Musibah adalah penghapus dosa. Ada satu kisah, satu hari sewaktu Rasulullah ﷺ di dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, Baginda ditemani oleh seorang lelaki. Di dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba lelaki itu berterusan menceritakan perihal anak perempuannya kepada Rasulullah ﷺ."

"Rasulullah ﷺ hanya mendengar sambil tersenyum. Kata lelaki tersebut; "Ya Rasulullah, tidak lama lagi anak perempuan ku ini akan aku kahwinkan dengan seorang pemuda. Anak perempuan ku ini hebat wahai Rasulullah. Amalannya semua hebat belaka. Dan yang paling hebat sekali adalah anak perempuanku ini sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sakit."

"Setelah mendengar cerita daripada lelaki tersebut bahwa anaknya tidak pernah sakit, Rasulullah ﷺ berhenti daripada berjalan dan berubah muka baginda. Lalu Rasulullah berkata; "Apa betul anak kamu tidak pernah sakit?"

"Lelaki itu menjawab; "Benar ya Rasulullah. Hebat sungguh." Lalu Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya, sekiranya seorang manusia itu tidak dikurniakan kesakitan ke atasnya, itu bukanlah satu kehebatan, bahkan ianya adalah satu perkara yg harus ditakuti."

"Perkara yang ditakuti kerana Takut takut ianya adalah musibah dan murka daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas anakmu. Maka tidak ada kebaikkan didalam nilai kehidupan anakmu itu. Dan apabila kita ditimpa musibah atau penyakit hendaklah kita bersabar menghadapinya."

"Ada satu kisah sahabat Rasulullah ﷺ yang bernama Saidina Amran Bin Hussein r.a yang mana mempunyai hubungan yang pelik dengan Al-Quran. Dimana beliau setiap kali membaca Al-Quran matanya akan dibuka hijab oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dapat melihat Malaikat."

"Dan ianya berlaku setiap kali membaca Al-Quran akan terzahirnya dihadapannya Malaikat tetapi bersama dengan kenikmatan yang dikurniakan sebenarnya Saidina Amran Bin Hussein mempunyai pelbagai penyakit pada dirinya."

"Antara penyakit yang dihidapi oleh Saidina Amran adalah penyakit buasir. Sehingga ianya memberikan kepayahan kepada Saidina Amran Bin Hussein sehingga beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ untuk mengadu akan penyakitnya."

"Maka Nabi ﷺ mengatakan; "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu maka ianya adalah lebih baik bagi kamu." Maka Saidina Amran mengatakan "Ya Rasulullah tolong doakan kepada Allah untuk ku supaya Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit ini daripada ku."

"Lantas sejurus Nabi Muhammad ﷺ berdoa kepada Allah serta merta Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit yang berada pada Saidina Amran Bin Hussein.Maka beliau pulang ke rumah dan seperti biasa melakukan aktiviti kebiasaannya membaca Al-Quran."

"Tetapi apabila beliau membaca Al-Quran tidak lagi dapat melihat Malaikat dihadapannya maka ketika itu juga Saidina Amran Bin Hussein menjerit dan pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ dan mewawarkan apa yang terjadi kepadanya maka Rasulullah ﷺ."

"Rasulullah ﷺ mengatakan; "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu itu sudah tentu Allah akan teruskan penglihatan kamu kepada Malaikat dihadapan kamu. Apabila kamu sedang menghidapi penyakit maka ketika itu kedudukan dan martabat kamu disisi Allah سبحانه وتعالى setiap saat dan detik meninggi dan meningkat disisi Allah."

"Apabila Allah سبحانه وتعالى ingin meninggikan darjat seseorang maka Allah akan memberikan ujian musibah dan penyakit kepadanya. Moga-moga kita dapat bersabar dan redha dengan ujian ataupon musibah yang Allah سبحانه وتعالى keatas kita."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
-----------------------------------------------------------
😇😇😇😇😇😇😇😇😇
I am blessed. So kawan-kawan, chill okey... Sakit tu tanda Allah sayang kita...

Thursday, 8 October 2015

Khasiat Air Masak Dan Air Detox Punca Kurus Dengan Pantas

Perasan atau tidak jika kita tidak minum selang beberapa jam pun kita dah rasa dahaga tidak terkira. Tapi jika kita tidak makan seharian pun tidak mengapa asalkan minum air. Ini disebabkan air merupakan komposisi terbesar dalam badan kita. Kejap lagi k.wana kongsikan cara pengambilan air bagi melancarkan lagi kecerdasan tubuh kita.
       

khasiat air detox

Sukar mahu tentukan antara air detox dengan air masak mana satu yang lebih baik. Kerana keduanya punyai kelebihan tersendiri. Secara mudahnya, air detox ada rasa sedap dan air masak rasa kosong je kan. Tapi disebalik semua itu mereka ini punyai kelebihan dan kebaikan tersendiri.

KELEBIHAN AIR DETOX

Air detox seperti yang kita tahu ia bertujuan untuk mengeluarkan kotoran dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Apabila badan sudah bersih, maka proses tubuh akan berjalan lebih baik. seperti baru dan mantap...ehh macam kereta pulak ye k,.wana gambarkan.

Selain mampu membersihkan kotoran dari dalam badan ia juga mampu membakar lemak dan melicinkan kulit. Yang paling best boleh kempiskan perut. Jika mahu lagi cepat boleh la buat sit up tiap pagi kan...5minit pun ok what...

Antara bahan-bahan untuk buat air detox ni ;
* Raspberry + Lemon
* Apple + Lemon
* Nenas + Mint Leave
* Strawberry + Limau Nipis
* Watermelon + Rosemarry
and banyak lagi lah...hehehe..

Caranya mudah sahaja : Hiris-hiris bahan tersebut, masukkan dalam bekas, lenyek sedikit dan masukkan air masak. Biarkan beberapa jam dan boleh minum. If nak sedap masukkanlah ais or letak dalam peti ais....nyumm...nyummm...nyummm...

tips buat air detox
SELAMAT MENCUBA !!!!!

KELEBIHAN AIR MASAK


1) Melancarkan sistem pencernaan.
Ini kerana air masak, mane ada lemak, gula bagai kan...so eloklah untuk anda yang sedang berdiet tu.

2) Tubuh lebih cerdas dan segar.
Ini kerana komposisi air dalam badan sangat besar. Sebab tu impak haus lebih cepat dari impak lapar. Tidak makan sehari boleh tahan lagi tapi jika tidak dapat minum sejam pun sudah tidak keruan kan.

3) Menguruskan badan kerana melancarkan metabolisma.
Bila badan dapat sumber air yang mencukupi (8gelas sehari), proses pencernaan akan berjalan lancar tanpa sembelit. Kalori pon ikut terbakar sama...hihibaibai..

4) Meningkatkan kesuburan.
Haaa yang ni mesti tidak pernah dengar kan? Air masak berupaya menghasilkan hormon estrogen untuk wanita dan testosteron untuk lelaki. Chaiyokk....

5) Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.
Selain itu memelihara hati dan ginjal seterusnya dapat menghindari dari penyakit hati dan ginjal.

6) Rawatan kecantikan.
Bila badan cukup air, kulit pun lembap dan awet muda je okeh...ni yang teruja nak pulun air masak nih..

7) Menyihatkan jantung.
Iyelah kan dah minum air masak, bendalir badan cukup jadi peredaran darah jadi lebih baik.

8) Ubat strok.
Air mampu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah n sistem pernafasan.

Cara Pengambilan Air Masak Dalam Sehari Yang Digalakkan.



Jom tengok ni berapa berat anda dengan keperluan gelas sehari.





Alhamdulillah....
Semoga perkongsian hari ini dapat membantu anda dalam mendapat kesihatan yang lebih baik. 
Jadi sudah jelas bahawa air detox dan air masak banyak kelebihannya yang tersendiri. Semoga selepas ini kita dapat pastikan pengambilan cecair yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan supayua sentiasa kekal stamina dan sihat.


Wednesday, 7 October 2015

Jenis Kulit Wajah Dan Petua Penjagaannya Semoga Kekal Berseri Suami Semakin Sayang

Jujurnya kan...hari ini baru k.wana tahu jenis kulit k.wana. Anda semua sudah tahu jenis kulit sendiri? Sebenarnya bila kita sudah faham jenis kulit, masalah yang dihadapi dan punca.. secara tidak langsung akan memudahkan kita untuk memilih jenis produk dan mengenalpasti cara penjagaan yang terbaik untuk wajah kita.

Macam entry k.wana sebelum ni tentang Set Asas Seri Wajah tidak sesuai untuk kulit yang sangat bermasalah ye. Contoh kulit bermasalah sangat adalah jenis yang terlalu berminya, terlalu banyak jerawat, jerawat batu, dll. Untuk kulit yang bermasalah begitu nanti k.wana bagitahu produk yang sesuai untuk anda okay...

Tengok gambar ini dan rasa-rasa kulit muka anda yang mana satu?

kulit bermasalah
So, kita ada 4 jenis kulit ;

1. Normal
2. Kering
3. Berminyak
4. Kombinasi
5. Sensitif (Dikatakan sebenarnya ini bukan jenis kulit tapi ia lebih kepada jenis masalah akibat reaksi alergi).

KULIT NORMAL

Kulit normal ni kebiasaannya tiada banyak masalah. Kulit mereka lembut, licin dan halus. Kering dan lembap yang biasa-biasa sahaja. Kebiasaannya kulit normal ini untuk putih adalah mudah.

Penjagaan kulit normal : Cucian seperti biasa dan masker semulajadi yang sesuai adalah dari timun dan kentang.

KULIT KERING

Kebiasaannya kulit ini kurang berminyak dan kurang lembap. Muka kering dan sedikit kusam tanpa penjagaan yang betul. Whitehead, blackhead dan jeragat sering memberikan masalah. Kedut dan garis halus juga senang nampak.

Penjagaan kulit kering : Elakkan duduk di bawah air-cond terlalu lama, elakkan pencuci muka beralkali tinggi dan lebihkan pengambilan air. Gunakan masker dari buahan avocado dan pisang. Penggunaan toner juga digalakkan.

KULIT BERMINYAK

Wajah berminyak ni selalunya akan kelihatan berkilat tapi kelebihannya proses penuaan jadi lambat. Kedut dan garis halus pun tidak mudah kelihatan. Ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang aktif dan berlebihan. Jadi bila pakai make-up tu mudah pudar/hilang. Masalah pori-pori terbuka memudahkan lagi jerawat tumbuh, whitehead dan parut akan mudah tinggal.

Penjagaan kulit berminyak : Kerapkan mencuci muka, gunakan facial foam cleanser dan masker dari limau nipis, nenas atau putih telur. Sekiranya anda bermake-up, gunakan make up remover sebelum mencuci muka.

KULIT KOMBINASI

Kulit jenis ini adalah kombinasi kulit kering dan berminyak. Kulit biasanya licin, lembap dan lembut. Tetapi bergantunglah kepada cara penjagaan, pemakanan, kualiti udara dan hormon. Masalah untuk kulit kombinasi ni lebih kurang macam kulit berminyak dan kering juga. Kelenjar minyak jadi tidak sekata.

Penjagaan kulit kombinasi adalah lebih kurang dengan kulit berminyak dan kering. Berhati-hati dalam pemilihan produk. Penjagaan perlu lebih kerap diamalkan.

KULIT SENSITIF

Kulit sensitif ni ia akan mudah memberikan reaksi pada penggunaan produk baru, salah mengambil pemakanan, air berklorin, sabun cuci baju, terdedah kepada bahan kimia dan stress. Biasanya kulit akan menjadi merah, mengelupas, pedih dan rasa seperti terbakar.

Elakkan pencuci muka yang mengandungi sodium lauryl sulfate dan formaldehyde based.

Oraitss...dah check and dah faham kehidupan kulit ni so semoga cantik semua kulit lepas ni. Memandangkan kulit adalah organ paling luas dan besar so take care.

menaikkan seri wajah

Amalan membaca ayat 35-38 Surah Al-Waqiah, Al-Fatihah dan Ayat Qursi kemudian tiupkan kedalam air dan minum. Niatkan kedalam hati untuk menaikkan seri diri, keyakinan dan menghindari dari sebarang perkara yang tidak diingini. Biasanya selesai solat isya. 

Selain itu membaca Surah Yusuf (ayat 4) dan Surah Thaaha (Ayat 39), amalkan setiap hari selesai solat. Baca sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke wajah anda. Yang dah bersuami niatkanlah juga untuk kebahagiaan rumahtangga.

Kepada Bakal Pengantin Atau yang dah terlebih bakal lah...boleh je cuba petua ini ye :-

1) Cuci muka dengan air rebusan daun sireh. Daun sireh memang banyak khasiat. Tengok Sini untuk ketahui kehebatan daun sireh. Ia merupakan antiseptik juga taw so elok utk jerawat.

2) Ambil kelapa tua, pecahkan dan ambil airnya untuk dibuat cuci muka. buat lah beberapa kali sampai abis air kelapa tu. Kemudian bilas dengan air sejuk yang gedik-gedik. Kompom terasa msegar wajah. Rasa lembap-lembap dan moist gitu.

3) Yang ni macam biasa yang kita dah tahu. Tidur 6jam adalah terbaik. Amalkan tidur awal dan bangun awal.

4) Amalkan minum air masak 8gelas sehari..atau 2liter atau 1liter/25kg berat badan anda.

Alhamdulillah..cukup dulu perkongsian hari ini....nanti kita sambung lagi ek...
Selamat mencuba dan selamat beramal... 
tata titi tutu....




Monday, 5 October 2015

Tips Penjagaan Wajah Ibu-Ibu Agar Awet Muda Walaupun Anak Ramai

Ada orang dia tidak ambil kisah pun penjagaan kulit muka ni. Asalkan tidak ada jerawat bekas jerawat sudah...katanya. Eh..ada juga yang tidak ambil pusing pun masalah jerawat di muka yang comel tu.. Jangan macam tu sayang.... Hargai diri anda dan orang disekeliling anda terutamanya suami, anak-anak, dan yang sayang kita lah.

rahsia awet muda


Dulu K.wana macam korang jugaklah. Ada aku kisah muka aku ada jerawat ke tidak. Sikit aje pun. Tapi bila anak-anak dah mula pandai mengomel, aduhaiiii telinga ni pedih sentiasa taw... Ada sekali tu diorang tegur... "ibu, kenapa muka ibu ada banyak bintik-bintik..tak cantik"... pehhhhhh tamparan hebat taw...

Sudahnya amik keputusan untuk mencuba Set Nutriwhite.  Tapi memandangkan untuk mencuba semuanya sebagai permulaan agak tidak berbaloi. Jadi k.wana mencuba tiga benda ni dulu. As told by the nutritionist Shaklee sendiri. Maka k.wana namakan dia Set Asas Seri Wajah.

harga pencuci muka shaklee


Kenapa Foaming Cleanser, Softener & Ultimate Protection sahaja? OK jika anda jenis yang berkerja perlukan make-up tebal jadi k.wana sarankan add on Make Up Remover. Make-up remover pun boleh juga as facial wash. Terpulanglah bajet korang.

Gentle Deep Foaming Cleanser

Foaming Cleanser ni dihasilkan dari rumpai laut, strawberi begonia dan alga hijau. Hasil campuran ini membuatkan kulit segar, bersih dari kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan. Selain menyahtoksin dan melembapkan ia mencerah dan mengimbangkan pigmen kulit juga. Memang alhamdulillah guna facial foam ni sesuai. Syukur sebab kulit muka k.wana ni memang susah nak sesuai dengan apa-apa pencuci muka pun. Pernah dulu akibat salah pakai jadi jerawat batu, pernah juga salah pakai jadi naik merah,gatal dan mengelupas. Tapi dengan Nutriwhite ni kulit mengelupas dan gatal ni makin hilang.

Soothing Radiance Whitening Softener

Softener ni dia lebih kurang macam moisturizer la...Jika kulit rasa kusam, pH tidak seimbang, kurang halus dan rasa nak cerah tu boleh cuba Soothing Radiance Whitening Softener ni. Bukan sekadar sensasi menenangkan malah mampu membaikpulih kulit ke pH yang seimbang. Kulit akan merasa  lebih segar dan tegang dari khasiat Rosemary, Kudzu dan Marshmallow ni. Marshmallow ni memberikan khasiat melembapkan kulit dan sangat berkesan.

Ultimate Protection Whitening SPF15

Ultimate ni dia adalah krim pelindung sinar matahari. Sinar yang tidak elok la senang cerita. Jika muka dah ada jeragat takkan mahu dibiarkan terus berjeragat kan...Sekurang-kurangnya, jeragat lain tidak tumbuh dan jeragat sedia ada mula berkurang dan pudar. Jadi gabungan Mulberi, Mountain Arnica ini mampu menjadikan kulit lebih sihat. Membantu daya tahan kulit terhadap kerosakan persekitaran. Sapu tiap hari tau semoga nampak hasil yang umphhh..

"Jujurnya kulit k.wana ni memang sensitif. Pernah cuba bermacam produk dari murah hingga mahal cuma tak sempat beli skII dah terjumpa produk Nutriwhite ni"

"Sebenarnya Nutriwhite ni memang Shaklee buat khas kulit wanita asia macam kita-kita ni tau. Ye lah kulit kita orang melayu ni kan unik, lembut, comel, ayu..eh melebih kan..tapi betul kan kan kan..."

"Tumbuhan botanic yang Shaklee gunakan adalah hasil pencarian dari 16 benua. Susah jumpa dan penuh khasiat untuk kulit muka kita"

Sedikit Tips ;

1) Elakkan makanan banyak minyak. Atau kurangkan. Lebih-lebih lagi jika anda jenis kulit berminyak. Amalkan makanan bebas minyak.
2) Amalkan detox. Samada boleh amik alfalfa untuk ibu yang menyusukan anak. Atau DTX untuk anda yang tidak menyusukan anak. Atau jika mahu jimat buat air detox sendiri di rumah.
3) Amalkan mencuci muka at least 3 kali sehari. Untuk anda yang kulit berjerawat better 4 kali sehari. Kulit bersih bebas bakteria dan dapat menjaga liang pori.
4) Lepas cuci muka sapu je Ultimate protection. Nagi membantu kulit menentang sinar UV yang menjadi punca jeragat.
5) Gunakan jari hantu dan manis ketika mencuci muka atau melakukan sapuan di muka.
6) Lakukan urutan dari bawah ke atas. Ini bagi menambah keawetan kemudaan kita.


Nak order? Nak penjimatan up to 25%? Hubungi K.Wana

Whatsapp 0127056850
SMS 0173567078

================================================

TESTIMONI (Korang mesti suka....)



pencuci muka kulit kering


pencuci muka bahan semulajadi




Nak order? Nak penjimatan up to 25%? Hubungi K.Wana

Whatsapp 0127056850
SMS 0173567078