Wednesday, 7 October 2015

Jenis Kulit Wajah Dan Petua Penjagaannya Semoga Kekal Berseri Suami Semakin Sayang

Jujurnya kan...hari ini baru k.wana tahu jenis kulit k.wana. Anda semua sudah tahu jenis kulit sendiri? Sebenarnya bila kita sudah faham jenis kulit, masalah yang dihadapi dan punca.. secara tidak langsung akan memudahkan kita untuk memilih jenis produk dan mengenalpasti cara penjagaan yang terbaik untuk wajah kita.

Macam entry k.wana sebelum ni tentang Set Asas Seri Wajah tidak sesuai untuk kulit yang sangat bermasalah ye. Contoh kulit bermasalah sangat adalah jenis yang terlalu berminya, terlalu banyak jerawat, jerawat batu, dll. Untuk kulit yang bermasalah begitu nanti k.wana bagitahu produk yang sesuai untuk anda okay...

Tengok gambar ini dan rasa-rasa kulit muka anda yang mana satu?

kulit bermasalah
So, kita ada 4 jenis kulit ;

1. Normal
2. Kering
3. Berminyak
4. Kombinasi
5. Sensitif (Dikatakan sebenarnya ini bukan jenis kulit tapi ia lebih kepada jenis masalah akibat reaksi alergi).

KULIT NORMAL

Kulit normal ni kebiasaannya tiada banyak masalah. Kulit mereka lembut, licin dan halus. Kering dan lembap yang biasa-biasa sahaja. Kebiasaannya kulit normal ini untuk putih adalah mudah.

Penjagaan kulit normal : Cucian seperti biasa dan masker semulajadi yang sesuai adalah dari timun dan kentang.

KULIT KERING

Kebiasaannya kulit ini kurang berminyak dan kurang lembap. Muka kering dan sedikit kusam tanpa penjagaan yang betul. Whitehead, blackhead dan jeragat sering memberikan masalah. Kedut dan garis halus juga senang nampak.

Penjagaan kulit kering : Elakkan duduk di bawah air-cond terlalu lama, elakkan pencuci muka beralkali tinggi dan lebihkan pengambilan air. Gunakan masker dari buahan avocado dan pisang. Penggunaan toner juga digalakkan.

KULIT BERMINYAK

Wajah berminyak ni selalunya akan kelihatan berkilat tapi kelebihannya proses penuaan jadi lambat. Kedut dan garis halus pun tidak mudah kelihatan. Ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang aktif dan berlebihan. Jadi bila pakai make-up tu mudah pudar/hilang. Masalah pori-pori terbuka memudahkan lagi jerawat tumbuh, whitehead dan parut akan mudah tinggal.

Penjagaan kulit berminyak : Kerapkan mencuci muka, gunakan facial foam cleanser dan masker dari limau nipis, nenas atau putih telur. Sekiranya anda bermake-up, gunakan make up remover sebelum mencuci muka.

KULIT KOMBINASI

Kulit jenis ini adalah kombinasi kulit kering dan berminyak. Kulit biasanya licin, lembap dan lembut. Tetapi bergantunglah kepada cara penjagaan, pemakanan, kualiti udara dan hormon. Masalah untuk kulit kombinasi ni lebih kurang macam kulit berminyak dan kering juga. Kelenjar minyak jadi tidak sekata.

Penjagaan kulit kombinasi adalah lebih kurang dengan kulit berminyak dan kering. Berhati-hati dalam pemilihan produk. Penjagaan perlu lebih kerap diamalkan.

KULIT SENSITIF

Kulit sensitif ni ia akan mudah memberikan reaksi pada penggunaan produk baru, salah mengambil pemakanan, air berklorin, sabun cuci baju, terdedah kepada bahan kimia dan stress. Biasanya kulit akan menjadi merah, mengelupas, pedih dan rasa seperti terbakar.

Elakkan pencuci muka yang mengandungi sodium lauryl sulfate dan formaldehyde based.

Oraitss...dah check and dah faham kehidupan kulit ni so semoga cantik semua kulit lepas ni. Memandangkan kulit adalah organ paling luas dan besar so take care.

menaikkan seri wajah

Amalan membaca ayat 35-38 Surah Al-Waqiah, Al-Fatihah dan Ayat Qursi kemudian tiupkan kedalam air dan minum. Niatkan kedalam hati untuk menaikkan seri diri, keyakinan dan menghindari dari sebarang perkara yang tidak diingini. Biasanya selesai solat isya. 

Selain itu membaca Surah Yusuf (ayat 4) dan Surah Thaaha (Ayat 39), amalkan setiap hari selesai solat. Baca sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke wajah anda. Yang dah bersuami niatkanlah juga untuk kebahagiaan rumahtangga.

Kepada Bakal Pengantin Atau yang dah terlebih bakal lah...boleh je cuba petua ini ye :-

1) Cuci muka dengan air rebusan daun sireh. Daun sireh memang banyak khasiat. Tengok Sini untuk ketahui kehebatan daun sireh. Ia merupakan antiseptik juga taw so elok utk jerawat.

2) Ambil kelapa tua, pecahkan dan ambil airnya untuk dibuat cuci muka. buat lah beberapa kali sampai abis air kelapa tu. Kemudian bilas dengan air sejuk yang gedik-gedik. Kompom terasa msegar wajah. Rasa lembap-lembap dan moist gitu.

3) Yang ni macam biasa yang kita dah tahu. Tidur 6jam adalah terbaik. Amalkan tidur awal dan bangun awal.

4) Amalkan minum air masak 8gelas sehari..atau 2liter atau 1liter/25kg berat badan anda.

Alhamdulillah..cukup dulu perkongsian hari ini....nanti kita sambung lagi ek...
Selamat mencuba dan selamat beramal... 
tata titi tutu....




1 comment:

  1. Best Casinos in Phoenix, AZ 2021 - Mapyro
    Find the best Casinos in Phoenix, AZ 2021 진주 출장마사지 with Mapyro. Phoenix is 여수 출장안마 home 경산 출장마사지 to a number of gaming 고양 출장마사지 options 영주 출장샵 and casino-style entertainment options.

    ReplyDelete