Thursday, 8 October 2015

Khasiat Air Masak Dan Air Detox Punca Kurus Dengan Pantas

Perasan atau tidak jika kita tidak minum selang beberapa jam pun kita dah rasa dahaga tidak terkira. Tapi jika kita tidak makan seharian pun tidak mengapa asalkan minum air. Ini disebabkan air merupakan komposisi terbesar dalam badan kita. Kejap lagi k.wana kongsikan cara pengambilan air bagi melancarkan lagi kecerdasan tubuh kita.
       

khasiat air detox

Sukar mahu tentukan antara air detox dengan air masak mana satu yang lebih baik. Kerana keduanya punyai kelebihan tersendiri. Secara mudahnya, air detox ada rasa sedap dan air masak rasa kosong je kan. Tapi disebalik semua itu mereka ini punyai kelebihan dan kebaikan tersendiri.

KELEBIHAN AIR DETOX

Air detox seperti yang kita tahu ia bertujuan untuk mengeluarkan kotoran dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Apabila badan sudah bersih, maka proses tubuh akan berjalan lebih baik. seperti baru dan mantap...ehh macam kereta pulak ye k,.wana gambarkan.

Selain mampu membersihkan kotoran dari dalam badan ia juga mampu membakar lemak dan melicinkan kulit. Yang paling best boleh kempiskan perut. Jika mahu lagi cepat boleh la buat sit up tiap pagi kan...5minit pun ok what...

Antara bahan-bahan untuk buat air detox ni ;
* Raspberry + Lemon
* Apple + Lemon
* Nenas + Mint Leave
* Strawberry + Limau Nipis
* Watermelon + Rosemarry
and banyak lagi lah...hehehe..

Caranya mudah sahaja : Hiris-hiris bahan tersebut, masukkan dalam bekas, lenyek sedikit dan masukkan air masak. Biarkan beberapa jam dan boleh minum. If nak sedap masukkanlah ais or letak dalam peti ais....nyumm...nyummm...nyummm...

tips buat air detox
SELAMAT MENCUBA !!!!!

KELEBIHAN AIR MASAK


1) Melancarkan sistem pencernaan.
Ini kerana air masak, mane ada lemak, gula bagai kan...so eloklah untuk anda yang sedang berdiet tu.

2) Tubuh lebih cerdas dan segar.
Ini kerana komposisi air dalam badan sangat besar. Sebab tu impak haus lebih cepat dari impak lapar. Tidak makan sehari boleh tahan lagi tapi jika tidak dapat minum sejam pun sudah tidak keruan kan.

3) Menguruskan badan kerana melancarkan metabolisma.
Bila badan dapat sumber air yang mencukupi (8gelas sehari), proses pencernaan akan berjalan lancar tanpa sembelit. Kalori pon ikut terbakar sama...hihibaibai..

4) Meningkatkan kesuburan.
Haaa yang ni mesti tidak pernah dengar kan? Air masak berupaya menghasilkan hormon estrogen untuk wanita dan testosteron untuk lelaki. Chaiyokk....

5) Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.
Selain itu memelihara hati dan ginjal seterusnya dapat menghindari dari penyakit hati dan ginjal.

6) Rawatan kecantikan.
Bila badan cukup air, kulit pun lembap dan awet muda je okeh...ni yang teruja nak pulun air masak nih..

7) Menyihatkan jantung.
Iyelah kan dah minum air masak, bendalir badan cukup jadi peredaran darah jadi lebih baik.

8) Ubat strok.
Air mampu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah n sistem pernafasan.

Cara Pengambilan Air Masak Dalam Sehari Yang Digalakkan.



Jom tengok ni berapa berat anda dengan keperluan gelas sehari.





Alhamdulillah....
Semoga perkongsian hari ini dapat membantu anda dalam mendapat kesihatan yang lebih baik. 
Jadi sudah jelas bahawa air detox dan air masak banyak kelebihannya yang tersendiri. Semoga selepas ini kita dapat pastikan pengambilan cecair yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan supayua sentiasa kekal stamina dan sihat.


No comments:

Post a Comment