Kepada ibu-bapa yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat atau terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk memantau keadaan anak, harap dapat bersabar dan tabah. Allah memberi peringatan buat kita. Mudah-mudahan dengan kepayahan ini Allah melipatgandakan ganjaran buat kita sekeluarga.
Komponen JEREBU akibat kesan kebakaran hutan yang berpanjang.
Jerebu yang terhasil akibat kebakaran adalah dari partikulat yang terampai di atmosfera. Ia akan menyebabkan peningkatan masalah paru-paru dan jantung. Melemahkan sistem imun tubuh. Merosakkan lagi tisu paru-paru terutama kepada yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Kesan dan akibat JEREBU.
1) Menjejaskan penglihatan. Mengganggu perjalanan kapal-kapal laut, udara dan darat.
2) Menjejaskan kehidupan akuatik.
3) Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengganggu sektor pertanian.
4) Hujan asid.
5) Mengelakkan bahang matahari kembali ke atmosfera.
6) Menjadikan peningkatan suhu.
Apakah langkah terbaik yang boleh diambil?
Kebiasaannya individu yang paling kritikal adalah anak-anak kecil yang punya asthma atau semput. dan ini tidak bererti kanak-kanak yang sihat tidak akan sakit. Ibu-bapa perlu memainkan peranan utama. Pastikan anak-anak mengikut plan tindakan ketika jerebu.
Selain penjagaan dan pengawasan aktiviti, bukan sahaja kita tetapi anak-anak kita juga perlu mengamalkan pengambilan nutrisi yang dapat menambah baik sistem imunisasi tubuh kita dan anak-anak. Ini kita jelaskan di entry akan datang tentang set kesihatan yang baik untuk menghadapi jerebu yang entah bila akan berakhir ini.
Bumi kita yang sudah semakin tua tidak kemampuan lagi untuk menyedut pencemaran demi pencemaran saban tahun malah saban hari. Aduh..semasa menulis ni pun dada terasa sesak. Di Pontian petang ini jerebu boleh tahan juga. Jadi anda di luar sana terutama yang berada di Negeri Sembilan terus ke utara semoga anda sentiasa mengikut saranan yang diberikan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jerebu Yang Membingungkan
Semoga kamu cepat berlalu
Dan jangan kembali lagi
Semoga Udara kami kembali sihat
Dan kami kembali menjalani hidup dengan tenang dan aman
Aaamiinn.....
No comments:
Post a Comment