Assalamualaikum....
Pagi ni hari Selasa 13.10.2015. Kami masih mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang ke kampung. Pulang ke kampung halaman untuk satu jangkamasa yang tidak diketahui berapa lama.
Ada yang memandang kami dengan pandangan negatif ( orang yang hidup di bandar apabila pindah kampung disebabkan miskin). Kami senyum je lah... Kerana masih ramai yg memandang secara positif dan memberi kata semangat dan impian baru.
Terima kasih semua....
Pagi ni terbaca ini dari satu group wassap yg sentiasa positif....buatku merasa lebih yakin ini Rahmat Allah SWT.
SABAR ATAS MUSIBAH
Sabar atas Musibah; "Perlu untuk seseorang manusia itu berasa risau sekiranya diri mereka tidak sakit dalam jangka masa yang lama. Dalam hal ini digariskan bahwasanya sakit itu penghapus dosa dan hapusnya dosa seorang manusia itu adalah satu Rahmat kasih sayang daripada Allah سبحانه وتعالى."
"Saidina Ali bin Abi Thalib رضيه الله عنه berkata; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah سبحانه وتعالى. Kerana aku takut Allah سبحانه وتعالى lupa dan murka ke atas aku. Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yang lama, maka dikhuatiri Allah سبحانه وتعالى murka ke atas mereka."
"Musibah adalah penghapus dosa. Ada satu kisah, satu hari sewaktu Rasulullah ﷺ di dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, Baginda ditemani oleh seorang lelaki. Di dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba lelaki itu berterusan menceritakan perihal anak perempuannya kepada Rasulullah ﷺ."
"Rasulullah ﷺ hanya mendengar sambil tersenyum. Kata lelaki tersebut; "Ya Rasulullah, tidak lama lagi anak perempuan ku ini akan aku kahwinkan dengan seorang pemuda. Anak perempuan ku ini hebat wahai Rasulullah. Amalannya semua hebat belaka. Dan yang paling hebat sekali adalah anak perempuanku ini sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sakit."
"Setelah mendengar cerita daripada lelaki tersebut bahwa anaknya tidak pernah sakit, Rasulullah ﷺ berhenti daripada berjalan dan berubah muka baginda. Lalu Rasulullah berkata; "Apa betul anak kamu tidak pernah sakit?"
"Lelaki itu menjawab; "Benar ya Rasulullah. Hebat sungguh." Lalu Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya, sekiranya seorang manusia itu tidak dikurniakan kesakitan ke atasnya, itu bukanlah satu kehebatan, bahkan ianya adalah satu perkara yg harus ditakuti."
"Perkara yang ditakuti kerana Takut takut ianya adalah musibah dan murka daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas anakmu. Maka tidak ada kebaikkan didalam nilai kehidupan anakmu itu. Dan apabila kita ditimpa musibah atau penyakit hendaklah kita bersabar menghadapinya."
"Ada satu kisah sahabat Rasulullah ﷺ yang bernama Saidina Amran Bin Hussein r.a yang mana mempunyai hubungan yang pelik dengan Al-Quran. Dimana beliau setiap kali membaca Al-Quran matanya akan dibuka hijab oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dapat melihat Malaikat."
"Dan ianya berlaku setiap kali membaca Al-Quran akan terzahirnya dihadapannya Malaikat tetapi bersama dengan kenikmatan yang dikurniakan sebenarnya Saidina Amran Bin Hussein mempunyai pelbagai penyakit pada dirinya."
"Antara penyakit yang dihidapi oleh Saidina Amran adalah penyakit buasir. Sehingga ianya memberikan kepayahan kepada Saidina Amran Bin Hussein sehingga beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ untuk mengadu akan penyakitnya."
"Maka Nabi ﷺ mengatakan; "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu maka ianya adalah lebih baik bagi kamu." Maka Saidina Amran mengatakan "Ya Rasulullah tolong doakan kepada Allah untuk ku supaya Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit ini daripada ku."
"Lantas sejurus Nabi Muhammad ﷺ berdoa kepada Allah serta merta Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit yang berada pada Saidina Amran Bin Hussein.Maka beliau pulang ke rumah dan seperti biasa melakukan aktiviti kebiasaannya membaca Al-Quran."
"Tetapi apabila beliau membaca Al-Quran tidak lagi dapat melihat Malaikat dihadapannya maka ketika itu juga Saidina Amran Bin Hussein menjerit dan pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ dan mewawarkan apa yang terjadi kepadanya maka Rasulullah ﷺ."
"Rasulullah ﷺ mengatakan; "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu itu sudah tentu Allah akan teruskan penglihatan kamu kepada Malaikat dihadapan kamu. Apabila kamu sedang menghidapi penyakit maka ketika itu kedudukan dan martabat kamu disisi Allah سبحانه وتعالى setiap saat dan detik meninggi dan meningkat disisi Allah."
"Apabila Allah سبحانه وتعالى ingin meninggikan darjat seseorang maka Allah akan memberikan ujian musibah dan penyakit kepadanya. Moga-moga kita dapat bersabar dan redha dengan ujian ataupon musibah yang Allah سبحانه وتعالى keatas kita."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
-----------------------------------------------------------
😇😇😇😇😇😇😇😇😇
I am blessed. So kawan-kawan, chill okey... Sakit tu tanda Allah sayang kita...
No comments:
Post a Comment