Monday 28 September 2015

Menghadapi Anak Yang Lambat Bercakap Memang Membimbangkan Hati Seorang Ibu

Pengalaman dua tahun lepas ketika Muhammad Azfar Aufa berusia satu tahun membuatkan kami mula tidak senang duduk. Di tambah pula apabila ada sahabat suami datang bersama anak mereka yang sama usia dengannya sudah pandai menyebut "mama" dan "papa' serta beberapa perkataan lain walaupun sekadar bunyi hujung. Yes kami takut ketika itu....

speech delay


Bermulalah episod kak wana bertanya pada kawan-kawan, mencari idea-idea mahukan dia bercakap dan mencari petua-petua untuk pandu dia bercakap.
Antara petua yang k.wana dapat ;
1. Berikan dia buah yang telah dimakan burung. Cucilah dulu dan buang yang bahagian burung dah makan tu.
2. Berikan dia makan ikan lidah atau ikan sebelah nama dia.
3. Bacakan doa ini dan tiup ke mulutnya. Ibu berdoalah moga anak cepat bercakap.


4. Bacalah surah Insyirah ni.


5. Solat hajat dan tahajjud.

(Jika anda ada petua lain bolehla kongsikan di ruangan komen ye...semoga dapat bantu ibu-ibu lain seperti kami)

Jadi selain dari petua-petua tu k.wana memang akan rangsang dia bercakap. Contohnya, buka satu gambar dan tanya dia ini apa itu apa. Selalunya abang dia yang dua orang akan membantu. Mereka akan ajak adik diorang yang bertuah ni bercakap. Dan selepas setahun dia masih menggunakan bahasa isyarat. Jika mahu susu pun dia hanya akan tarik kita dan tunjuk susu. Perkataan yang dia boleh cakap waktu tu hanya "no" "nak" "yah" "bu".

Jadi ketika usia dia dua tahun lebih tu memang ramai yang cadangkan kami bawa dia berjumpa doktor pakar kanak-kanak. Jadi k.wana mencarilah doktor pakar kanak-kanak. Kami bercadang selepas hari lahir dia yang ke-3 tahun kalau ayat yang dia mampu cakap tidak bertambah, kami akan bawak ke doktor. Jadi masa hari lahir dia yang ke-3 tu, sehari selepas tetiba dia bercakap "bu, ngok ni (sambil dia buat aksi lawak)" dan hari seterusnya dia mula bercakap perkataan baru..walaupun ada yang hanya hujung perkataaan. kami gembiralahhhhh tak terkira... Syukur alhamdulillah.

Walaupun ada perkataan yang dia cakap dengan kami ada yang tidak jelas tapi kami yakin soon dia akan lebih mahir menyebutnya. Yang pasti dia dah suka mengikut apa yang kami sebut. Sekarang usianya dah hampir 3 tahun setengah.

Sebenarnya, anak lambat bercakap ni ada 5 faktor yang mempengaruhi ;
1) Genetik
2) Pergaulan yang terhad
3) Tiada pengalaman baru
4) Televisyen, Tablet, Handphone
5) Campuran bahasa

Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan yang betul untuk merangsang mereka.

1) Ikut minat anak dalam topik yang dia mahu bualkan. Kita biarkan dia bercerita walau kita tidak faham butir kata. tapi kita layan dengan berkata "oh yeke" "haaa macam tu ke" "ooo ok ok ibu faham" "whoaaaa bestnya" "pandainyaaaa anak ibu ni".

Dan..yes its helped!!

2) Kongsi topik, minat dan hobi. Jadi mereka akan merasa punya kawan yang sama minat dan memahami. Mereka akan merasa lebih selesa dan akan mudah mengikut apa kita sebut.

3) Jika kita bertanya soalan atau berbual dengan mereka, jangan potong percakapan mereka. Juz relax dan tunggu dia balas percakapan kita. Matlamatnya adalah untuk mereka bercakap dan faham apa yang mereka cakapkan.

4) Ketika kita berbual dengan mereka, hadkan soalan kita. 20% je at least. Ini kerana hasil dari soalan yang bertalu-talu mereka akan jadi bosan dan mula pergi buat aktiviti lain.

5) Rendahkan badan kita, pandang mata dia dan rapat dengan mereka..touch with love. Ini akan membantu merangsang mereka memberikan respon yang baik. Respon itu tidak semestinya dalam perkataan, ia mungkin dalam bentuk memek muka atau bahasa tubuh dia.

6) Sekiranya anak belum mahukan bantuan, jangan sesekali hulurkan bantuan. Jangan suka mudahkan anak. Ia tidak akan merangsang anak untuk berkomunikasi.

Alhamdulillah sekarang bila adik dia sudah mula pandai bermain dengan dia, adik dia pun dah pandai cakap macam abang dia cakap. Dan hasil komunikasi mereka berdua, masing-masing dah bertambah ayat dan bahasa tubuh yang mampu dituturkan. 
Sudah pandai cakap ;
"bu, nak air" = ibu na air
"yah, jom nek tas" =  ayah, jom naik atas
"bu, pat yaaaa' = ibu, cepatlaaaa (biasanya kalau waktu nak mandi)
"yah, nok ni" = ayah tengok ni 

Alhamdulillah dah mula pandai mahu belajar mengenal warna.

Ibu-ibu yang mempunyai masalah macam k.wana, jangan putus asa. Dalam  kita buat tips dan cara tadi, sambil kita mencuci beras tu doakan anak itu cepat bercakap, jika ada kesempatan buatlah solat dhuha dan mohon Allah ringankan mulut anak untuk bercakap. Jangan takut untuk bawa berjumpa doktor, itu lebih baik. Dapatkan panduan dari doktor pakar.

Semoga berjaya ibu-ibu.......


Sunday 20 September 2015

Tips Menggalakkan Anak Kemas Bilik Tidur Sendiri

Lumrah alam..melihat sesuatu yang kemas dan cantik akan membuat hati kita rasa aman, damai dan tenang. Terutama sekali tempat tidur. Cuba bayangkan...balik kerja dalam keadaan yang letih terus ke bilik air untuk mandi. Lepas mandi dengan harapan mahu terus terbongkang tidur atas katil. Tetapi patah hati sebab katil tidak berkemas. Lagi satu bilik yang kemas dan bersih dapat membantu sistem pengudaraan yang baik.

Sebab itu, sedari awal lagi memang kita kene ajar anak-anak kita mngemas sendiri bilik tidur mereka. Supaya bila besar nanti mereka dah terbiasa kemas katil sebelum pergi kerja. Tetapi bagaimana dan apakah tips yang kita perlu ada untuk ajari mereka?

Haaa meh k.wana kongsikan sedikit info/tips nya.

1. Jangan Mengharapkan Kesempurnaan
2. Jadikan Rutin Harian.
3. Ajar Mereka Perkara Asas & Latihan.
4. Gunakan Bekas & Labelkan
5. Sediakan Ruang dan Hadkan Barangan

1. Jangan Mengharapkan Kesempurnaan

Normal bila si kecil tidak boleh melakukannya dengan 100% sempurna. Beri ruang mereka mempelajarinya. Very soon mereka akan jadi lebih pandai dan kreatif.



2. Jadikan Rutin Harian.

Sekiranya menunggu sehingga waktu untuk tidur baru hendak mengemas dikhuatiri lain pula jadinya. Biasalah kan anak-anak bila sudah mengantuk banyak nanti ragamnya.


3. Ajar Mereka Perkara Asas & Latihan.

Bab ini mungkin kita kena tunjukkan aturannya beberapa kali sehingga mereka faham dan ingat. Parents please keep on courage them okey.



4. Gunakan Bekas & Labelkan

Yang bagusnya dan seeloknya cari bekas lutsinar dan punya roda. Labelkan siap-siap supaya senang mereka menyimpan. Roda tu pentingnya mudah untuk mereka membersihkan di bahagian bawah bekas tersebut.


5. Sediakan Ruang dan Hadkan Barangan

Macam anak-anak k.wana, diorang memang aktif. Semua boy, bila bermain dan bergurau memang perlukan ruang yang luas. Sekurang-kurangnya bila bilik mereka kurang barang maknanya kurang la "hazard" yang boleh menyebabkan mereka jatuh atau luka.




Tahukah Anda?

Bilik kanak-kanak yang kemas dapat membantu perkembangan positif terhadap psikologi dan juga mental mereka. Selain itu, secara tidak langsung dapat mendidik mereka tentang kebersihan, tanggungjawab dan disiplin.

Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. Stay tuned sebab tips seterusnya akan dikongsikan lagi kemudian.

Saturday 19 September 2015

Tips Baby Tidur Lena Tanpa Ganggu Waktu Rehat Anda

Masa zaman anak seorang dulu, memang rasa stress sangat sebab dah biasa 28 tahun tido malam tanpa gangguan..jadi bila ada baby waktu kita dah berubah. Malah badan pon jadi cepat penat. Masa tu ilmu breastfeeding dan parenting memang kurang. Jadi memang terbaiklah korang yang membaca tips-tips berkaitan parenting dan breastfeeding dari awal ni.

Alhamdulillah hari ini k.wana nak kongsikan beberapa tips untuk bagi anak kita tidur dengan lena. Semoga dapat bantu anak kita tidur lena tanpa gangguan dan ibunya pun dapat tidur lena tanpa gangguan juga.


tips anak sukar lena


elakkan anak susah tidur


elakkan anak berjaga malam


elakkan anak berjaga malam


elakkan anak berjaga malam


elakkan anak berjaga malam

Mula-mula mungkin ada ibu yang kena berperang dengan keadaan tapi In Shaa Allah jika konsisten buat hasilnya adalah terbaik. Untuk kebaikan dua-dua pihak juga.
Alhamdulillah...Semoga SUCCESS dengan tips ini.


Friday 18 September 2015

Cara Paling Enak Untuk Hilangkan Stress Dan Menaikkan Seri Kulit

Hidup sebagai anak, isteri dan ibu memang penuh dengan cabaran. Kadangkala mahu settle down waktu kerja dan waktu untuk family memang rasa susah. Penat, letih, rasa tidak cukup masa, sakit kepala...pendek kata exhausted. Di tambah pula bila kita adalah fully breastfeed mother.

Oleh itu ibu-ibu mesti memastikan mereka sentiasa fit dan sihat untuk menjalani kehidupan harian yang penuh cabaran. Jadi apa kata ibu-ibu cuba aktiviti membuat juice ini bagi memastikan ibu-ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan cerdas untuk melakukan aktiviti harian.

K.wana ada nak perkenalkan dua jenis juice, iaitu;

1) JUICE UNTUK MENAIKKAN SERI KULIT

2) JUICE UNTUK MENGURANGKAN STRESS

Okay jangan lupa salin resepi istimewa ini...

1) JUICE UNTUK MENAIKKAN SERI KULIT


Bahan-bahan ;
2 biji lobak merah
1 biji tomato
1/4 biji buah nenas

Caranya ;
Blend tomato kemudian masukkan nenas dan akhir sekali lobak. Kemudian tapis..kalau tidak mahu tapis pun boleh..tetap sedap.

Mengapa Tomato? 
Kerana khasiat tomato memberikan sensasi nyaman, memutih dan menganjalkan kulit.

Mengapa Nenas? 
Kerana khasiat nenas membantu menganjalkan dan menjadikan kulit flexible. Selain itu ia membantu menghalang garisan halus terjadi dengan lebih cepat.

Mengapa Lobak? 
Kerana khasiat lobak mampu memperbaiki tekstur kulit.

*Pengambilan yang berterusan dan konsisten akan memberikan hasil yang kita inginkan. Kekal muda dan sihat.

2) JUICE UNTUK MENGURANGKAN STRESS

Kita biasanya bila stress bermakna emosi dan fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang baik. Kita akan mudah marah. Selalu merasa tidak selesa. Malah bila kita penat, kita akan jadi cepat penat dan tertekan. Benda kecil pun akan jadi sebab suami isteri bergaduh. Marah anak tak tentu pasal.

Percaya atau tidak bahawa penurunan nutrisi dalam badan akan menyebabkan tekanan pada badan. Oleh itu, pemakanan seimbang membantu badan kita melawan stress dan tekanan. 


Bahan-bahan ;
3 batang saderi
2 biji apple
1/2 beetroot

Caranya ;
Potong bahan-bahan tadi kemudian blend. 



Khasiat Saderi : Kandungan potassium yang tinggi, Vitamin (C.B,E), fitonutrient aka fitalidos yang memberikan kesan nyaman/relax kepada nervous system.

Khasiat Apple : Mengandungi fosforus dan zat besi yang membantu mengurangkan stress. Selain itu, ia membantu penghasilan semula sel. Sel akan menjadi lebih sihat dan bertahan.

Khasiat Beetroot : Kenali Beetroot.

Alhamdulillah boleh cuba okey... Vitamin Bcomplex memang membantu mencegah stress, kelesuan dan kemurungan. Dan juga membantu kelancaran urat saraf membawa info.

SELAMAT MENCUBA ;) ;) ;)




Thursday 17 September 2015

Penjagaan Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kekal Cantik Walau Berusia 40tahun

Kita percaya majoriti wanita sukakan kecantikan dan kekemasan. Dari kecantikan luar dan dalam akan lahir perasaan yakin diri. Namun, masih ada yang tidak kisah tentang cantik sebab sudah yakin kulit mereka tiada masalah. Sampai bila kita boleh yakin kulit kita akan tiada masalah. Memang bila tua kulit muka akan berkedut tapi mahukah ia berkedut sebelum usianya. Mestilah mahu sentiasa kelihatan cantik dan kekal muda kan.

Inilah dia produk penjagaan untuk kekal kulit cantik. Dari alam semulajadi hasil kajian oleh saintis dan PAKAR KESIHATAN KULIT DI JEPUN DAN US. Hasil 3 tahun penyelidikan maka terciptalah SET NUTRIWHITE ini. Mengandungi formula WhiteN-16 dengan 16 nutrien dari herbal terpilih dari 16 negara yang berbeza (5 benua).


Produk penjagaan muka ni bertindak melalui 5 cara, iaitu ;

1) Mencegah
~ Mencegah kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan udara persekitaran yang kurang bersih
   sekarang.
~ Mencegah kulit menjadi gelap kerana sinar UV dan cahaya matahari.

2) Mengurangkan
~ Mengurangkan pidmen gelap dari kelihatan dan menyebabkan tona kulit tidak sekata.

3) Menghalang
~ Menghalang pigmen gelap dari lapisan bawah kulit muncul di lapisan atas kulit, sekaligus
   menghalang pembentukan tompok-tompok hitam.

4) Mencerah
~ Kulit menjadi lebih sekata dan tona kulit juga semakin cerah.

5) Memperbaharui
~ Memperbaharui kulit dengan menyingkirkan sel-sel mati dan menyebabkan kulit kelihatan lebih
   berseri.



1) Make Up Remover 
Menjadikan kulit kita licin dan lembut. 
Menghilangkan sel kulit mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan hasil kandungan Tunas Pokok Bic.
Kandungan aloe vera yang menyegarkan & menegangkan kulit.
Lembut dan tidak berminyak.

2) Foaming Cleanser
Memberikan sensasi segar dan bersih.
Kandungan rumpai laut yang membuang kekotoran, sel-sel kulit mati dan menegangkan.
Alga hijau yang menyahtoksin dan melembapkan.
Strawberi Begonia mencerah dan mengimbangkan pigmen.

3) Toner
Mengandungi kudzu yang berfungsi menegangkan dan mencerahkan.
Kulit kembali ke pH yang seimbang dan licin.
Kulit akan merasa lebih segar dan tegang hasil ekstrak rosemary.

4) Essence
Formulasi Bearberry untuk mencerah dan menegangkan kulit.
Strawberry begonia untuk mengimbangkan pigmen.
Kacang soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok.
Mulberri untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.
Vitamin C aktif adalah untuk memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah.
Molekul yang sangat kecil mampu diserap dengan lebih mudah oleh kulit.

5) Spot Whitening
Memperbaiki kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat.
Pati liquoris dan peony mampu mencerahkan kulit, melindungi dan menghilangkan radang kulit.
Vitamin C aktif ini mencerah dan menghaluskan kulit.

6) Ultimate Protection
Mengandungi pati botani iaitu mulberi untuk mencegah kerosakan kulit.
Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit.
Membantu membina daya ketahanan kulit dari dirosakkan oleh persekitaran.

7) Overnite Renewal
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur.
Kandungan linden yang membantu melembapkan kulit sambil mencerahkan dan menghilangkan radang kulit.
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam dan mengembalikan keserian wajah.
Pasti bangun esok pagi anda teruja sebab kulit akan terasa lembut, bersih dan berseri.


Sekiranya anda mahukan hanya pengambilan Produk Nutriwhite yang asas, ada tiga yang utama. 
* Foaming Cleanser
* Toner
* Ultimate Protection



Kita jumpa next entry tentang Set Penjagaan Kulit ni okeh.... Stay tuned... 

WHATSAPP ~ 0127056850
 CALL ~ 0173567078
EMAIL ~ freshlycarnation@gmail.com

FB Page : www.facebook.com/kucantekkusehat
Instagram : @kucantekkusehat
FOLLOW TAW !!!!!


Energizing Soy Protein Glamour Sebagai ESP

Mengenang kembali saat kenal ESP, memang best. Pertama kali minum ESP lagi best. Mendapat hasilnya memang mengujakan dan sangat best. K.wana amik ESP bukan untuk kulit. K.wana amik ESP untuk jadikan makanan tambahan untuk meningkatkan produktiviti susu untuk Syaheer (anak no.4). Tapi apa k.wana dapat? Selain susu yang pekat, tumit kaki yang pecah teruk sampai pedih dulu..dah menghilang...

Pernah tengok ESP?






Kenapa ESP?

Bila orang tanya kenapa amik ESP yang mahal tu sedangkan air soya melambak-lambak kat kedai tu. Ringkas je jawapannya. Sebab soya ESP semulajadi, selamat dan berkesan. Maknanya tidak disuntik dengan hormon untuk bagi soya tu cepat besar/masak/tua untuk dipetik. Malah ESP ini mempunyai kandungan Index Glisemik yang rendah. Perasan tak air soya lain bila diminum sangat manis rasanya? jadi renung-renungkan.



Banyak kelebihan ESP yang kita perlu tahu.

1) Mengawal paras gula darah yang sihat.
2) Menyokong paras LDL kolesterol yang sihat.
3) Membina kulit yang sihat dan berseri.
4) Menjaga sistem reproduktif bagi lelaki dan wanita. (Menguatkan rahim dan bina otot prostat)
5) Menyokong perkembangan bayi.
6) Menjana tenaga segera dan tahan lama.
7) Menghasilkan kulit baru.
8) Membantu melegakan gastrik.
9) Menganjalkan kulit dan payudara.
10) Sesuai untuk diet harian.

Siapa yang biasanya perlukan ESP?

1) Anda yang ada gastrik
2) Anda yang rajin berpuasa sunat.
3) Anda yang mengandung.
4) Anda yang sedang menyusukan anak.
5) Anda yang sedang mengalami diabetes.
6) Anda yang baru melahirkan anak.
7) Anda yang bakal berkahwin tak lama lagi.
8) Anda yang mahu menggemukkan badan.
9) Anda yang mahu menguruskan badan.
10) Anda pelajar yang aktif.
11) Anda baru menjalani pembedahan.

Harga ESP~Energizing Soy Protein = Soya Tanpa Suntikan Genetik

Harga Retail : RM159
Harga Ahli : RM128.26 
Pendaftaran menjadi ahli : RM68.90

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh direct hubungi saya di talian ini, update terkini juga boleh didapati di fb dan insta. Urusan pembelian juga boleh direct ke whatsapp saya di nombor tertera. Sekiranya mahu terus membuat belian di branch dan mendapat harga ahli, boleh gunakan id saya itu. Selepas pembelian. pastikan anda menghubungi saya untuk mendapat khidmat konsultasi berkaitan cara pengambilan dan healing crisis anda (jika ada).




Tuesday 15 September 2015

Penjagaan Vagina Anda Ketika Haid Dan Mengenali Keputihan

Suatu masa dulu kita ditakutkan dengan satu polemik yang mengatakan punca kanser serviks adalah melalui pemakaian tuala wanita aka pad. Walaubagaimanapun hingga sekarang masih tiada bukti kukuh yang menyokong pernyataan tersebut. K.wana tahu ramai yang mengambil berat tentang penjagaan vagina terutama sekali ketika haid melanda.

Pad yang kita gunakan haruslah selesa dan berfungsi dengan baik (sistem pengudaraan). Pad yang sesuai adalah yang tidak mengganggu pergerakan. mampu menyerap dengan baik dan yang paling penting tidak menyebabkan alergi. Penggunaan pad yang berjam-jam ketika heavy flow juga tidak disarankan. Ketika haid penjagaan vagina mesti 200%.

masalah vagina


Jangkitan kebiasaannya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berikut ;

  1. Tempoh penggunaan pad yang lama.
  2. Amalan kebersihan.
  3. Lemah sistem imun.
  4. Alergi.
  5. Obesiti
  6. Luka di bahagian faraj.


Tahukah Anda?

* Gel Selulosa yang banyak didapati didalam pad dan pampers didapati selamat untuk kegunaan selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.

* Virus Papiloma adalah datang dari aktiviti seksual. Tiada kaitan dengan tuala wanita.

* Tempoh penggunaan pad seharusnya maksimum hingga 4 jam sahaja.

* Pad yang telah berbau setelah beberapa jam digunakan, jika mengeluarkan bau itu tandanya sudah ada kuman membiak di dalam darah kita pada pad tersebut.

* Dalam islam adalah dituntut untuk membersihkan darah pada pad kita dengan terhormat. Cuci dengan air sehingga bersih kemudian barulah dibuang ke dalam tong sampah.

* Pad yang mengandungi herba dan pewangi juga sebenarnya kebanyakan kajian yang mereka lakukan hanyalah self claim testimoni yang bertujuan untuk meningkatkan penjualan mereka (Prof Dr.Latiffa, dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM).
Menurut beliau lagi... Mungkin ia boleh mendatangkan reaksi kepada kulit dan kesan sampingan kerana kita tidak pasti kebersihan mahupun kandungan atau bahan kimia yang digunakan.

* Kesedaran kita tentang kandungan bahan yang terkandung dalam pad itu yang perlu diambilkira. Pilihlah yang berkualaiti, kos minima dan selamat.

* Menurut Dr. Chamim Sp.OG dari hospital wanita dan kanak-kanak Brawijaya, penggunaan pad biasa adalah lebih disyorkan berbanding tampon.

* Pastikan pad yang hendak digunakan adalah bersih dan belum dibuka.


Masalah Keputihan Yang Selalunya Menjadi Igauan Ngeri Buat Wanita

punca keputihan


Keputihan ada dua jenis iaitu keputihan Fisiologis dan Patologis.

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk

Lendir yang cair dan tidak melekat

Lendir yang kental dan melekat

Warna

Berwarna putih atau krim

Berwarna kuning atau kelabu atau hijau

Bau

Tiada bau

Berbau busuk

Jumlah yang dikeluarkan

Sedikit

Banyak

Kekerapan

Semasa subur dan sebelum haid

Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj

Petanda lain

Tidak gatal

Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang

RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera


Ada 4 faktor utama yang menyumbang kepada masalah keputihan ini.
  1. Amalan kebersihan ~  Wanita digalakkan untuk sentiasa mencuci vagina dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan aktiviti seksual. Faraj yang lembap akan mengundang jangkitan kulat dan bakteria.
  2. Ketidakseimbangan hormon ~ Rembesan hormon estrogen boleh memudahkan kulat melekat. Antibiotik yang berlebihan pada jangkamasa panjang. Gangguan emosi juga salah satu punca dan pengambilan pil perancang turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.
  3. Gaya hidup ~ Elakkan hubungan seks rambang.
  4. Faktor kesihatan ~ Pesakit Kencing manis, kanser, leukimia dan AIDS lebih terdedah kepada masalah ini.

Alhamdulillah semoga sedikit info ini dapat memberi panduan dan manfaat untuk adik-adik dalam menghadapi masalah keputihan dan penjagaan vagina. Penjagaan vagina yang baik akan dapat mengelakkan  permasalahan berkaitan vagina. 

Monday 14 September 2015

Shaklee Star Asia Trip Bangkok 2016

Percutian percuma yang ditaja sepenuhnya.
4 hari 3 malam.
Hotel terbaik percuma.
Flight tiket pergi dan balik percuma.
Duit shopping minimum rm6 ribu hasil titik peluh anda sendiri.

Siapa yang percaya? Merepek.
Yang paling gila, yang layak pergi mengikuti percutian berprestij ni hanya yang berpangkat supervisor. FULLY SPONSORRED. Syarikat lain selalunya hanya hanya menghantar pangkat tertinggi untuk aktiviti PERCUMA.

Mampukah Shaklee? Mengapa tidak.
Over 50 years in Malaysia. Supplement pertama mereka sahaja Vitalea berusia 100tahun. Syarikat kukuh.

Syarat Kelayakan;
1. Telah mendaftar sebagai ahli.
2. Berada di pangkat supervisor dan efektif selama 4 bulan (tidak berturut pun tidak mengapa, still layak).

Ituuuuu aje? Yes. Itu aje.

Dare to push yourself?

Dare to walk out from your comfort area?

Dare to register as member only RM68?
WATCH THIS!!!!!!!





ALREADY WATCH?

Ready to register and TAKE THE CHALLENGE?

Hubungi K.wana TODAY!!
JANGAN BERTANGGUH.


Just do it. Impossible is nothing.

0127056850 (whatsapp only)
0173567078 (call only)
freshlycarnation@gmail.com

We go to BANGKOK together!!!!

Sunday 13 September 2015

5 Keperluan Yang Anda Perlu Ada Untuk Menjayakan Proses Penyusuan

Membuat keputusan untuk fully breastfeed baby kita memang satu keputusan yang sangat mengujakan dan sangat excited untuk dilaksanakan. Ada 5 benda utama yang kita perlu tahu untuk menjayakan proses ini.

Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu mantap. Mindset juga satu perkara yang harus kita ambil berat dan berhati-hati. Mindset fail, boleh menjejaskan produktiviti pengeluaran susu. Okeh ni kita cerita next entry.

Hari ini nak kongsikan 5 benda asas yang ibu-ibu perlu ada untuk menjayakan proses penyusuan ini.

1. Breastpump.
Pilihlah breastpump yang mudah diselenggara. Tak perlu tanggal banyak parts akan jimatkan masa. Breastpump single atau double itu terpulang kepada gaya hidup dan workload ibu-ibu. Harga pula ikutlah kemampuan, jika perlu boleh menabung dari awal preggy.


pam susu murah

2. Bekas simpan susu.
Ada dua jenis pilihan. Iaitu botol plastik with bpa free dan plastik bpa free. Bagi k.wana dedua easy handling cuma jika dikira dari segi ruang simpan susu, penggunaan plastik lebih jimat ruang.


plastik simpan susu

3. Beg simpan susu dan cooler bag.
Jika ibu-ibu tak punya breastpump spare di rumah, lebih baik beli beg yang boleh simpan pam dan susu perahan. Jika ibu-ibu punya dua pam, then lebih jimat beli cooler sahaja.


cooler bag

4. Ice pack/Ice brick.
Mana-mana satu pun boleh. Biasanya jika guna botol simpan susu lebih sesuai guna ice brick cuma ruang agak terhad sikit tapi lebih tahan lama dan tidak mudah pecah. Jika guna plastik simpan susu k.wana suka gunakan icepack. Icepack ni jimat ruang cuma jangka hayat dia berbanding ice brick kurang.


icebrick

5. Warmer and Steamer (Pilihan)
Warmer adalah pemanas susu. Steamer ini salah satu cara hygenic utk keringkan botol and breastpump. Yang k.wana kata adalah pilihan itu kerana ada sesetengah babysitter/ibu itu sendiri lebih selesa menggunakan air suam untuk menghangatkan susu. So...it is your choice.



Okay...k.wana harap dapat membantu adik-adik dalam persediaan untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu dengan adanya 5 benda untuk menjayakan proses penyusuan. Untuk doa-doa menambahkan susu boleh la klik link Doa Tambah Susu ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan adik semua sehingga usia anak sewajarnya. Aamiin.

Wednesday 9 September 2015

Amalan ayat-ayat Al-Quran Semoga Susu Ibu Sentiasa Cukup

Alhamdulillah jom amalkan ayat-ayat Al-Quran ini, semoga dipermudahkan urusan kita menyusukan anak kita sehingga usia yang di syariatkan.

Disamping itu, kita berdoalah semoga anak-anak kita termasuklah diri kita sentiasa dalam rahmat Allah dan keberkatan-Nya sentiasa.

Secara ringkasnya ada 5 yang utama yang kita boleh amalkan.


1. BERDOA




2. BERSELAWAT



3. MENGAMALKAN BACAAN SURAH ALHIJR


4. MENGAMALKAN JUGA SURAH SAAD



5. SURAH AL-HUJURAT DAN AL-KAUTHAR

Bacalah dan amalkan surah ini seharian dalam tempoh nmenyusukan bayi.


#Semoga anak yang kita susukan ini menjadi 
anak yang soleh, berjaya, kaya 
dan bahagia di dunia dan akhirat..... 
aamiin...#

Thursday 3 September 2015

11 tips mengatasi perut dan peha menggeleber sekaligus mengekalkan kecergasan tubuh selepas bersalin

Ada sesetengah dari kita suka makan sewaktu hamil dan tanpa disedari terlebih dos untuk pengambilan kalori. Dilanjutkan lagi selepas bersalin, dengan alasan menyusukan mesti makan banyak sebab cepat lapar. Pengambilan makanan di antara  waktu makan (macam cikedis la...orang Johor kata jajan) makin menambah potensi ini.



MARI ELAKKAN PERKARA INI.

1. Tidak tahu kadar kalori yang diperlukan tubuh. Makan ikut sedap mulut. Bak kata kawan kami... "ei....hujan pun tahu berhenti ooii"....hahahahaha....

2. Balun kek, fast food, makanan ringan....lagi-lagi bila makan kacang dengan seronoknya depan televisyen. BAHAYA OKEH!!!

3. Faktor jiwa...lebih kurang macam perasaan. terutamanya ketika hamil dan selepas  bersalin. Yang paling top bila tengah stress atau sedih...ada juga bila gembira tidak sedar makan macam tiada esok.

4. Pengambilan gula dan lemak berlebihan. Pertumbuhan sel-sel lemak ini akan terjadi ketika hamil dan bersalin kerana mengambil kadar makanan yang tinggi kalori berbanding keperluan tubuhnya.

5. Kurang melakukan aktiviti riadah atau bersenam.

KAEDAH MENGATASI GELEBER DAN BADAN KEKAL CERGAS.

1. Ambil makanan seimbang. Jangan berlebihan. Bukan maksudnya tidak mengambil langsung. Setiap makanan mempunyai faedah, kepentingan dan rasa yang istimewa. Pelbagaikan makanan anda secara seimbang.

2. Makan dengan cara boleh mengekalkan kekuatan suhu tubuh dengan kadar 15% protein, 30% lemak, 55% gula yang wujud dalam makanan. 

3. Lakukan konsisten selama seminggu. 

4. Pakar-pakar pemakanan telah menyarankan  tiga kali waktu makan utama dalam sehari. Pagi, tengaari dan malam. Makan dengan kerap tetapi sedikit-sedikit akan membant melancarkan metabolisme badan.

5. Bersarapan dengan makanan berat/utama. Ini bagi mengelakkan keletihan dan rasa lapar sekitar pukul 10-11 pagi. Maka, tidakla perlu kita menyimpan biskut atau coklat untuk habuan waktu itu.

6. Hindarkan diet berat kerana ia hanya akan memudaratkan anda. 

7. 70% tubuh kita terdiri dari cecair/air. Kurangkan minuman manis. Minum at least 1-2 liter sehari atau 8 gelas air masak.

8. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum buntal kekenyangan. 

9. Amalkan pemakanan yang direbus, bakar, kukus dan celur. Bila membakar tu pastikan tidak terlebih bakar kerana protein akan berbah menadi karbolin yang memudaratkan kesihatan umum. Sama juga kaedahnya untuk cara masakan yang lain.

10. Mencuba jenis-jenis makanan yang baru dapat memperbaiki tabiat pemakanan kita menjadi lebih baik dan menjauhi kegemukan selepas hamil dan berpantang.

11. Lakukan senaman ringan yang sesuai semasa hamil.



ANTARA VITAMIN YANG DAPAT MEMBANTU MELEBUR LEMAK DAN MENJANA TENAGA ANDA.




                                                           OMEGA GUARD



                                                                CINCH TEA




                                                                         ESP




K.Wana

0127056850

Shaklee ID : 889837

COD : Johor Bahru, Bangi, Semenyih, Nilai, Semarak