Sunday 20 September 2015

Tips Menggalakkan Anak Kemas Bilik Tidur Sendiri

Lumrah alam..melihat sesuatu yang kemas dan cantik akan membuat hati kita rasa aman, damai dan tenang. Terutama sekali tempat tidur. Cuba bayangkan...balik kerja dalam keadaan yang letih terus ke bilik air untuk mandi. Lepas mandi dengan harapan mahu terus terbongkang tidur atas katil. Tetapi patah hati sebab katil tidak berkemas. Lagi satu bilik yang kemas dan bersih dapat membantu sistem pengudaraan yang baik.

Sebab itu, sedari awal lagi memang kita kene ajar anak-anak kita mngemas sendiri bilik tidur mereka. Supaya bila besar nanti mereka dah terbiasa kemas katil sebelum pergi kerja. Tetapi bagaimana dan apakah tips yang kita perlu ada untuk ajari mereka?

Haaa meh k.wana kongsikan sedikit info/tips nya.

1. Jangan Mengharapkan Kesempurnaan
2. Jadikan Rutin Harian.
3. Ajar Mereka Perkara Asas & Latihan.
4. Gunakan Bekas & Labelkan
5. Sediakan Ruang dan Hadkan Barangan

1. Jangan Mengharapkan Kesempurnaan

Normal bila si kecil tidak boleh melakukannya dengan 100% sempurna. Beri ruang mereka mempelajarinya. Very soon mereka akan jadi lebih pandai dan kreatif.



2. Jadikan Rutin Harian.

Sekiranya menunggu sehingga waktu untuk tidur baru hendak mengemas dikhuatiri lain pula jadinya. Biasalah kan anak-anak bila sudah mengantuk banyak nanti ragamnya.


3. Ajar Mereka Perkara Asas & Latihan.

Bab ini mungkin kita kena tunjukkan aturannya beberapa kali sehingga mereka faham dan ingat. Parents please keep on courage them okey.



4. Gunakan Bekas & Labelkan

Yang bagusnya dan seeloknya cari bekas lutsinar dan punya roda. Labelkan siap-siap supaya senang mereka menyimpan. Roda tu pentingnya mudah untuk mereka membersihkan di bahagian bawah bekas tersebut.


5. Sediakan Ruang dan Hadkan Barangan

Macam anak-anak k.wana, diorang memang aktif. Semua boy, bila bermain dan bergurau memang perlukan ruang yang luas. Sekurang-kurangnya bila bilik mereka kurang barang maknanya kurang la "hazard" yang boleh menyebabkan mereka jatuh atau luka.




Tahukah Anda?

Bilik kanak-kanak yang kemas dapat membantu perkembangan positif terhadap psikologi dan juga mental mereka. Selain itu, secara tidak langsung dapat mendidik mereka tentang kebersihan, tanggungjawab dan disiplin.

Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. Stay tuned sebab tips seterusnya akan dikongsikan lagi kemudian.

No comments:

Post a Comment