Monday 30 November 2015

Petua Dan Rawatan Secara Alami Bagi Masalah Kecantikan Dan Kesihatan Diri Agar Sentiasa Kekal Menawan

Assalamualaikum... ;)

Hari ini nak cerita tentang kisah mengamalkan pengambilan dari sumber alam sebagai bahan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit. Tidak dinafikan bahawa sekarang ini terdapat pelbagai produk yang dikatakan 100% bahan asli semulajadi. Sejauh mana kebenarannya kita tidak pasti. Melainkan kita mengikuti pembuatannya sendiri.

Ada yang mahal ada yang murah namum bergantung kepada isikandungan bahan didalamnya. Sebagai pengguna harus bijak memilih yang harga berpatutan. Oraits hari ni taknak cerita tentang produk dipasaran yang boleh dikatakan banyak amat. Hari ini kita back to the nature...

Walaupun ada antara kita yang suka nampak perubahan cepat. Guna hari ini, esok nak hasilkan debaboom....jangan macam itu adik kakak. Gunakan bahan natural, hasil memang agak lambat sikit..at least seminggu dua. Lambat sikit tidak mengapa asalkan selamat dan tidak berbahaya jangka panjang.

Tengok petua di bawah ni, jika ada yang bermasalah berkaitan boleh lah mencuba....








Nanti if ada lagi ku jumpa petua, ku share lagi ek.... Selamat Mencuba!!!!

www.facebook.com/wonderfulibu
www.facebook.com/kedaivitaminpontianjohor
Imstagram : @wonderfulibu_boutique
whatsapp 0173567078

Thursday 26 November 2015

Awas! Penyakit Gout Bukan Hanya Menyerang Kaum Adam Tetapi Juga Kaum Hawa

Assalamualaikum...

Teringat ada seorang makcik yang datang ke satu majlis jalan terhincut dan terpaksa dipegang. Duduk di kerusi, tidak boleh bersila atau duduk atas lantai. Kadang bila tidak di papah dia berjalan terhincut-hincut kadangkala menggunakan tongkat. Pada mulanya hanya terfikir mungkin dia sakit lutut atau kakinya terseliuh. Tetiba satu hari terdengar dia berbual dengan kawan dia, katanya dia sakit GOUT.

Masa itu ku terkulat-kulat berfikir gout tu apa? Macamana boleh kene gout? Adakah penyakit urat/sendi? Maka dengan pantas tangan capai phone and google. Oooooo...baru ku tahu yang penyakit gout ni walaupun kebanyakannya lelaki yang mengalami, namun wanita juga mengalaminya. Tapi biasanya lelaki, wanita dilindungi oleh hormon estrogen, jadi wanita yang sudah menopaus yang punyai kebarangkalian tinggi.

Dan gout bukannya penyakit sendi yang boleh settle hanya dengan ubat tahan sakit atau suntikan. Ia boleh diwarisi tau. Ia berkait rapat dengan buah pinggang. Dan faktor pemakanan juga adalah salah satu faktor penyumbang penyakit ini. Punca utama penyakit gout adalah disebabkan oleh gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga menyebabkan radang pada bahagian sendi.

Bahagian tubuh yang memang tempat gout adalah ibu jari, tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut. Ianya disebabkan oleh asid urik dalam tubuh yang tinggi iaitu protein purina yang diuraikan menjadi asid amino dan lebihan asid amino yang tidak digunakan akan diurai kepada asid urik.

"Makanan yang tinggi kandungan purina adalah sumber makanan laut, kekacang dan daging merah. Dan kekurangan air dalam badan juga salah satu punca utama paras asid urik semakin tinggi. Paras normal asid urik adalah 0.21-0.42 mmol/L."

Simptom  & Rawatan

Lazimnya gout menyerang ibu jari kaki hingga menjadi bengkak, Sakitnya berulang-ulang, kemerahan, panas dan sangat sakit. Biasanya akan rasa sakit itu lebih kurang seminggu atau lebih. Biasanya after few weeks sakit tu akan datang semula.

Apabila gout menyerang, cuba rehatkan sendi ketika ia menyerang. Ubat-ubatan anti radang boleh diambil walaupun mungkin mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Suntikan cecair steroid akan disuntik terus ke sendi. Bagaimanapun ia tidak digalakkan mengambil secara berterusan.

Pekalah kepada tanda awal gout. Serangan awal yang dapat dikenalpasti boleh membantu pesakit supaya ia tidak terus melarat. Elakkanlah pengambilan seafood dan kekacang bagi mengurangkan kandungan asid urik dalam badan.

Elakkan ini juga ;
Hati, paru, ikan bilis, ikan kembung, sardin, daging cincang, ragi, ekstrak daging, rebusan daging, ketam, udang dan kerang.
Sayuran pula boleh elakkan asparagus, kobis bunga, cendawan, bayam,kekacang, roti jagung dan bijirin.

5 Langkah Kurangkan Gout. Jom tengok...



elakkan gout


sakit gout

Jika ada sedara mara atau ahli keluarga yang mengalami gout, bolehlah berikan sedikit tips ini kepada mereka. Mana tahu dengan tips ini dapat mengurangkan sakit mereka.

Jangan lupa dapatkan lagi info terkini di page dan insta kami.
FB : Kedai Vitamin Pontian Johor
Insta : @wonderfulibu_boutique
Whatsapp : 0173567078



Friday 20 November 2015

Ketahui Usia Dan Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi Anda Supaya Lengkap Nutrisinya

Assalamualaikum...

Bayi yang berumur di bawah enam bulan adalah tidak sesuai diberikan makanan atau minuman selain dari susu ibu. Ini kerana organ dalaman mereka yang masih baru dan dalam keadaan penyesuaian. Seeloknya hanya diberikan susu ibu. Jangan bimbang kerana dalam susu ibu memang dipenuhi dengan zat dan khasiat yang lengkap untuk anak. Zat dan Nutrisi di dalam susu ibu akan sejajar dengan kadar pertumbuhan anak. Ajaib kan susu ibu...ciptaan Allah.

Untuk anak yang sudah berumur 6bulan, tentunya parent sudah tak sabar nak berikan makanan untuk mereka. Rasa seronok sangat bila dapat melihat anak makan dengan gembiranya. Namun, adakah kita ketahui apakah makanan yang sesuai mengikut usia anak kita? Cuba teliti Jadual Makanan ini.

makanan baby
Jadual Makanan Anak Usia 6 bulan hingga 3 tahun

Minuman berkafein adalah tidak berapa sesuai dengan mereka ini. Minuman berkarbonat juga harus dielakkan untuk mereka. Hadkan juga pengambilan jus buah-buahan kerana ia akan memberikan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan. Tentang supplement makanan pula boleh dapatkan nasihat dari doktor/pegawai perubatan.

Bagaimana Cara Untuk Memberikan Makanan Kepada Baby?

** Berikan makanan kepada baby anda selepas anda menyusukannya.

** Pastikan jumlah mengikut sukatan iaitu dalam jumlah yang kecil. Ini untuk memastikan anak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tersebut.

** Kuantiti makanan tu boleh ditambah mengikut umur baby.

** Beri dia masa yang cukup untuk makan. Maknanya ibu dah setting masa yang betul supaya tidak mengganggu masa kerja ibu dan anak dapat masa makan yang berkualiti.

** Semasa beri baby makan tu, parent digalakkan berinteraksi dengan anak. Jadi, moment makan tu akan jadi seronok untuk baby dan bila dia rasa seronok next time kita pun tidak susah nak beri dia makanan dan kenalkan makanan baru untuk baby.

** Bila anak dah pandai duduk, seeloknya kita dah boleh ajar mereka untuk pegang sudu dan cuba makan sendiri. Tapi dalam perhatian kita lah tau... Selain untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, kita boleh pantau kuantiti makanan yang masuk ke mulut. Jadi, kuranglah yang bersepah di lantai.

** Elakkan menggunakan botol susu ye untuk berikan makanan ke anak.

** Anak yang kurang menyusus atau kurang makan, perlu diberikan makanan dengan lebih kerap.


Contoh Hidangan Untuk Anak Dari Usia 6-8bulan. 9-11bulan dan 1-3tahun.

6-8 Bulan
@_@ Bubur nasi yang ditambah minyak, lobak merah rebus (dilenyek) dan isi ikan (dilecek).
@_@ Bubur nasi ditambah marjerin, bayam (dilecek) dan isi ayam/daging (kisar).
@_@ Kentang lenyek/putar atau labu lenyek, nak sedap tambah susu.
@_@ Selain dari isi ayam atau daging, ikan dan ikan bilis juga boleh.
@_@ Sayur tu yang berdaun hijau atau tomato, brokoli.

9-11 Bulan 
@_@ Bubur nasi tu boleh dipekatkan sikit, tambah telur rebus lenyek, bayam dan minyak masak.
@_@ Bubur nasi pekat boleh tambah marjerin, isi ikan atau ayam.
@_@ Mi/bihun pun dah boleh dikenalkan kepada mereka. campurkan sayuran.
@_@ Roti rendam dengan susu.
@_@ Kentang putar+susu+ikan bilis.

1-3 Tahun
@_@ Nasi dengan ayam/daging/ikan. Sayur pula boleh tumis dengan minyak zaitun.
@_@ Nasi dengan ikan masak masam manis, tauhu dan sup sayur.
@_@ Mi goreng campur dengan sayuran dan telur. Boleh juga tambah daging/ayam.
@_@ Sandwich, bubur kacang hijau, jagung rebus, cekodok dan puding.

Pandai-pandailah ibu pelbagaikan makanan untuk mereka okey.... Asalkan bersesuaian ikut usia mereka.

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia...

Wana Othman
Fb Page : Wonderful ibu
Insta : wonderfulibu_boutique


Wednesday 11 November 2015

Tips Menghilangkan Kembung Perut Baby Supaya Baby Dan Ibu Dapat Tidur Lena

Assalamualaikum...selepas share mandikan baby dengan air paip atau suam tempoh hari, terpanggil untuk share tips menghadapi baby yang mengalami kembung perut. Ada beberapa tips wana nak share cara untuk kita ketahui samada baby kita mengalami masalah kembung perut atau bukan. Apabila kita dah ketahui masalah/punca baby meragam danmenangis barulah kita tahu cara bagaimana untuk menanganinya kan...

baby meragam dalam pantang

Biasanya bila ada masalah yang buatkan baby tidak selesa dan terganggu tidurnya, baby akan jadi meragam. Samada merengek, menangis atau tidur tidak lena. Dia akan jadi kerap nak menyusu, ketika ini cuba anda sentuh perutnya. Adakah sedikitg tegang dari biasa atau tidak lembut seperti biasa? Cuba letakkan tapak tangan kiri anda di atas perut baby, kemudian tepuk belakang tapak tangan anda dengan dua jari (jari telunjuk&hantu). Dengarkan bunyinya. Jika bunyi macam tin kosong, maknanya kembung ler tu...

Kebiasaannya kembung perut baby dalam pantang ni berpunca dari ;

1~ Pengambilan makanan oleh ibu.

Ibu jika tidak pasti makanan itu boleh menyebabkan baby kembung atau tidak, make sure ia dari jenis makanan yang bagaimana..selalunya yang orang tua selalu pesa jangan makan yang sejuk-sejuk. Tapi wana pernah buat macam ni (please jangan tiru jika anda tidak confident tau). Wana akan rasa sikit makanan tu, niat untuk ubat dan doa moga tidak mudaratkan anak. Pastu ku sapu minyak kat anak dan ku balut kasi umphh tidur dia. Alhamdulillah. Diulangi jangan tiru jika anda tidak yakin.

2~ Baby anda alah pada laktosa.

Ada baby yang alah pada laktosa. Ianya disebabkan ketidakmatangan usus menyebabkan proses pencernaan karbohidrat jadi tidak sempurna. Ada seorang anak kepada kawan wana ketika kecilnya memang alah laktosa, jadi si ibu berikan dia susu soya (brand apa sorry tak ingat). Alhamdulillah dah besar dengan comel sekarang umur dah 5tahun dah girl tu.

Okay..nak share sikit Tips Membantu Baby kembung Tidur Dengan Lena.

1 ** Tepuk Manja Belakang Baby.

Letakkan baby di atas tulang bahu kita. Kemudian urut atau tepuk manja belakang dia (diantara bahagian pinggang dan bahu. Ingat!! tepuk manja aje. Kemudian jika tak berjaya, letak baby secara meniarap di atas riba . Bahagian perut baby agak-agak atas lutut anda dan lakukan tepuk dan usap lagi. 

2 ** Tekap Daun Sireh.

Yang ini memang my MIL ada ajar. Ambil daun sireh, sapu minyak gamat di daun kemudian layurkan atas api lilin. Sebelum tekap di perut baby anda, sila letak dulu di belakang tapak tangan, rasa samada panas tu sesuai atau tidak. Pastikan tahap panas tu takat suam-suam air mandi dia aje taw. Atau jika tiada lilin, amik sterika (iron) dan tungku baby tu. Panaskan tungku baby di sterika tu dan letak di belakang tangan untuk rasa tahap panas tu.

3 ** Sapukan Minyak.

Sapukan minyak kayu putih atau telon atau gamat di bahagian perut, belakang peha, betis, keting dan tapak kaki baby. Sambil lakukan urutan I Love U. Lakukan dengan manja dan lembut kerana perut mereka masih lembut.


4 ** Tekan Ibu Jari Kaki.

Sekiranya petua/tips di atas tadi tidak berjaya, cuba tekan ibu jari kaki baby sedikit kuat. Bacakan Ayat Kursi 11x, Alfatihah 11x dan 3Qul 11x. Sambil minta suami atau bapa baca yasin dan azan dalam rumah.

5 ** Senaman Kayuh Basikal

Yang ini wana suka buat juga bila baby dah tidak berak dalam 3-4 hari. Mudah sahaja. Baringkan baby terlentang. Ambil kedua belah kakinya dan lakukan kayuhan dalam kiraan sepuluh sebanyak 3 pun dah mencukupi. Oppsss jangan lupa sebelum buat senaman ni, sapu minyak dari keting ke betis sambil lakukan urutan menaik dari keting ke betis. InsyaAllah selang beberapa jam baby akan kentut/berak.

Okay nanti bila dapat tips baru, wana share lagi ye...rerajin singgah sini untuk info-info dan tips terkini untuk anda. Tips di atas tadi tu memang wana praktikkan pada 4 orang hero ni dan alhamdulillah.

Saturday 7 November 2015

Kepentingan Menghadiri Kelas Antenatal Untuk Kebaikan Pasangan Ketika Di Labour Room

Assalamualaikum...

Sedang memikirkan kelas antenatal di mana untuk di hadiri?
Mahu hadir bersama suami atau seorang diri?
Perlukah hadir kelas antenatal ni?



Apa Itu Kelas Antenatal?

Kelas antenatal adalah kelas yang mengajar bakal ibu dan bapa berkaitan cara/teknik mengahdapi bersalin dan cara penjagaan baby di awal kelahiran. Kelas antenatal sekarang boleh dikatakan semua tempat ada. Wana cadangkan hadiri kelas yang dianjurkan oleh hospital yang anda mahu bersalin. Walaubagaimanapun ambil kelas di tempat berlainan juga boleh. Biasanya modul tidak banyak kelainan.

Tajuk Yang Biasanya di Ajar

Kebiasaannya subjek yang diajar berkaitan ;
* Proses melahirkan dan selepas kelahiran.
* Prosedur perubatan.
* Teknik breastfeeding.
* Cara melegakan kesakitan semasa melahirkan.
* Tips praktikal untuk teknik ketenangan.
* Bersalin normal atau caesarean.

Sekiranya anda tiada masa untuk hadiir kelas ini, sebaiknya anda hadirlah juga. Ia sangat penting dan baik untuk anda dan bayi terutamanya. Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama anda hamil.

Antara kebaikan dan pelajaran yang akan anda perolehi, lebih kurang macam ni ;

1. Peringkat kesakitan ketika hendak bersalin (kontraksi).
2. Bius yang boleh diambil.
3. Teknik pernafasan.
4. Teknik push yang betul (okay ini yang paaaaling penting, sebab pengalaman bersalinkan anak sulong tanpa ketahui teknik yang betul menyebabkan wana mengalami koyak yang teruk dan pendarahan).
5. Senaman Kegel (Kemut). Ini best. Ia menguatkan otot vagina dan bantu kurangkan risiko koyak.



6. Suami akan lebih tenang dan tahu cara memberi bantuan/dorongan emosi kepada isteri ketika hendak push.
7. Checklist barangan untuk ke hospital dan masuk ke labour room.
8. Proses memberikan susu terbaik kepada baby (Breastfeeding technique and needs).
9. Cara penjagaan sepanjang berpantang.

p/s : Suami, anda adalah manusia terpenting mesti bawa isteri hadir kelas antenatal ini.

Okay...bawah ni antara kelas antenatal dan pakej bersalin di hospital pakar annur...wana bagi sebab wana pernah bersalin anak dua orang disini dengan doc khamsiah...saya suka and happy...tapi itu kisah dua dan tiga tahun lepas lah..


oppsssss ada lagi...di bawah ni antar yang wana dapat tangkap untuk bantu korang..selebihnya try google k...








Alhamdulillah...harap dapat membantu adik-adik yang sedang tercari-cari kelas antenatal yang berdekatan anda. Atau boleh click cari di sini.

Sweetie Pie,
Wana Othman
0173567078
ID 889837
insta : @wonderfulibu_boutique










Thursday 5 November 2015

Ketahui Proses Yang Berlaku Sepanjang Kehamilan Supaya Dapat Membantu Dalam Proses Melahirkan Nanti

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selama 40minggu 10hari anda hamil, atau akan anda lalui adalah waktu yang sangat lain dari yang lain. Anda dan baby akan melalui satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan. Satu permulaan perubahan yang akan ibu lalui sepanjang hayat. Bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa hinggalah menikah dengan seorang lelaki. Adalah fasa kedua dalam hidup kita sebagai seorang wanita. Dan title kekal hingga bila-bila.

Ketahui proses yang berlaku sepanjang kehamilan supaya dapat membantu anda dalam proses melahirkan. Untuk merasai flow dan lebih tenang mengahadapi saat kritikal dalam hidup anda samada hidup atau mati. Macam suspend je ek.... Jangan risau..anda akan rindu bilik dan katil labour room tu nanti.

Trimester 1

Minggu 0-4 : Waktu ini placenta mula membentuk bersama janin. Semasa minggu ketiga, organ dan jantung mula membentuk. Pada hujung minggu ke-4 baby akan nampak mula nampak bentuk. Ada kemungkinan anda tidak sedar yang anda sedang hamil tapi anda pasti mula merasa simptom ini.

Minggu 5-8 : Bahagian muka mula nampak lebih jelas. Mata, hidung, bibir dan telinga. Tangan dan kaki mula membentuk. Seawal minggu ke-6, jantung mula berdegup. Payudara anda akanmula terasa berat, kulit terasa kering dan akan mudah penat, pening lalat dan muntah.

Minggu 9-12 : Waktu ini tulang mula membentuk. Pada hujung minggu 12 organ dalaman sudah fully terbentuk dan mula berfungsi. Jantina baby juga sudah boleh dilihat waktu ini. Pigmentasi kulit pada ibu juga mula berlaku. A brown line di tengah-tengah perut mula kelihatan (ok..baru realised..patutla after bersalin anak sulong, line ni ada). Jaga-jaga mood anda waktu ini okey.

ibu hamil morning sickness



Trimester 2

set hamil shaklee
Minggu 13-18 : Jari kaki dan tangan mula terbentuk. Organ lain juga mula terbentuk dan berfungsi. Perut anda mula nampak membuncit (yeaayyyyyyy). Katanya waktu ini, anda akan mula dah merasa bertenaga dari sebelumnya. Minggu ini juga anda akan merasa sedikit pergerakan.

Minggu 19-24 : Waktu ini baby akan mula pandai mendengar bunyi jantung anda, suara anda dan perut anda yang kadang lapar kadang kenyang. Baby mula menunjukkan reaksi kepada bunyi bising dan alunan suara. Baby mula belajar meregang (mungkin macam menggeliat) otot dan tulang. Sekiranya ia lahir pada waktu ini, kebarangkalian untuk dia survive adalah kurang. Stretch mark pada perut anda akan mula kelihatan. Perut semakin membesar. Pergerakan baby semakin aktif. Feel it okay.

Minggu 25-28 : Baby semakin membesar dan pada waktu ini akan mula hadir cecair yang akan cover kulitnya. Saat ini berjaga-jaga dengan simpul biawak. Orang putih kata leg cramp. Braxton Hicks pun mula dah wujud. Memandangkan perut semakin membesar, anda akan mula terasa sakit di bahagian belakang, pinggul dan sukar untuk dapat posisi tidur yang selesa.

" Pada usia kandungan 26 minggu, anda sudah mula memperdengarkan ayat-ayat suci alquran, bercerita, bernyanyi dengan baby. He/She is listening and learning now."

Trimester 3

Minggu 29-32 : Tahukah anda waktu ini kepala baby sudah begerak ke bawah?  Ready to deliver. Lemat juga mula mengambil tempat di bahagian bawah kulitnya. Rambut juga mula banyak. Comel tak? ada baby yang dahmula pandai menghisap jari diorang okey. Pergerakan baby semakin terasa as he/she is become bigger. Anda kekadang akan merasa sukar untuk bernafas especially kalau makan overdose. Jalan pun semakin sukar dan tidak larat sebab perut semakin membesar dan anda pun semakin bertambah berat badan.
tips bersalin

Minggu 33-36 : Baby sudah bersedia dan bila-bila masa akan minta untuk dikeluarkan. Sistem imunisasi dia belum fully terbentuk. Dia masih bergantung kepada sistem imun tubuh anda yang disalurkan memalui placenta. Selepas dilahirkan baby perlu disusukan dengan susu ibu untuk meneruskan mendapat lindungan sistem imun dari tubuh anda. Waktu ini anda akan mula merasa sedikit selesa sebab kepala baby dah ke bahagian bawah cuma anda akan mula kerap membuang air kecil. 

Minggu 37-40 : Perkembangan baby mula perlahan. Baby sudah mula kurang bergerak sangat kerana ruang sudah mula terasa sempit. Tidur anda semakin tidak punya posisi yang sesuai dan kurang selesa. Rehatlah secukupnya sebagai simpanan tenaga untuk proses melahirkan nanti. Semoga Allah permudahkan urusan ibu dalam labour room nanti.

Alhamdulillah.


Sweetie Pie,
Wana Othman
0173567078
ID 889837

insta : @wonderfulibu_boutique

Wednesday 4 November 2015

Perubahan Isteri Anda Di Awal Kehamilan Yang Patut Anda Ambil Tahu Wahai Suami

Assalamualaikum...

Ibu-ibu yang pernah hamil mesti korang masih ingat kan keadaan di awal kehamilan tempoh hari. Bagaimana kita handle situasi bila badan kita mula belajar memahami dan menerima orang baru atau sesuatu di dalam rahim kita.

Antara kenangan yang kebanyakan ibu lalui ;
*Morning sickness
*Pening lalat
*Kurang selera makan/Susah menerima makanan
*Badan terutama perut rasa berangin
*Emosi tidak stabil
*Nyeri di bahagian punggung
*Tidak selesa untuk bersama suami

Bagaimana Mahu Mengatasi Keadaan Begini?

Apabila mengalami morning sickness, langkah terbaik adalah istirehat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan makan makanan yang banyak lemak. Makanlah dengan kerap. ye wana tahu memang susah nak telan makanan but you have no choice. Fikirkan the fetus. Makan sedikit tapi kerap..that is better. Jangan lupa pengambilan vitamin bagi membantu anda dan baby.

Ketika pening lalat melanda, elakkan memandu. Pasti terbau bauan yang tidak boleh diterima oleh hidung dan otak. Okay ini pengalaman wana sendiri, tidak boleh bau pelapik kaki yang getah tu yang dalam kereta. Siksanya dulu masa tu nak balik kampung dari KL-Jitra-KL dan KL-Johor-KL. Berhenti tepi jalan entah berapa kali..berhenti untuk muntah dan sedut udara fresh. Waktu cenggini cari benda yang agak masam la untuk maintain.

Bila perut rasa berangin, lagilah siksa... Pedih cik kak ooiii... Rasa berasid sokmo dalam perut nih. Memang menguji kesabaran. So, have no choice...carilah makanan yang rasa boleh makan..simpan stock sesiap. Asal rasa macam lain aje..capai lah cepat makanan tu. Minda bawah sedar memang kena sentiasa positif. Memang kita akan rasa tidak lalu nak makan, susah nak telan...Tapi kalau tahan menahan rasa pedih perut tu...okla...

Memang waktu hamil ni especially early trimester 1 memang emosi akan tidak stabil. Mudah berubah-ubah mood tu. Ia disebabkan perubahan hormon dalam badan kita...ada hormon bertambah ada yang berkurang. Jadi suami kena peka lah okay. Jangan pula bila wife sedang moody, korang pun moody dan naik hangin. Bila isteri moody itu sekadar perubahan kecil..badan dia baru nak mengadaptasi dengan kehadiran insan kecil dalam rahim tu. Sabar okey..

Nyeri di bahagian punggung tu, my husband selalu kata, ala sayang..normal tu pinggul nak mula kembang nak bagi baby jalan untuk keluar nanti. Okay laa nasihat dia at least kita rasa tenang la sikit. Suami, bila isteri menolak ajakan kamu, jangan pula berkecil hati. Kesan perkembangan baby dalam rahim memang mengundang rasa tidak selesa di bahagian tertentu. Jadi bersabarlah lagi...

"IBU-IBU PADA TRIMESTER 1 KEHAMILAN MEMERLUKAN 2200 KALORI SETIAP HARI SEPANJANG 13 MINGGU KEHAMILAN. PADA TRIMESTER 2 DAN 3, IBU-IBU MEMERLUKAN LAGI PENAMBAHAN 300 KALORI SETIAP HARI. INI BERMAKNA 2500 KALORI SEHINGGA MEREKA MELAHIRKAN"
Hindari makanan yang boleh mengganggu perkembangan fetus. Makanlah makanan yang bernutrisi dan hindari makanan berikut ;

# Makanan yang mengandungi Vitamin A yang Tinggi
# Makanan yang kurang atau separuh masak.
# Telur separuh masak juga elok hindari.
# Kafein tentunya.
# Susu yang tidak dipasteurkan.
# Hindari junk food.


Ketahui Jumlah Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil



Semasa mengandung kali pertama tahun 2008 dulu, wana tidak kenal lagi apa itu supplement atau makanan kesihatan. Memang tiada kesedaran langsung waktu itu, Jadi memang pulun ubat klinik. Mitos yang mengatakan makan ubat klinik buatkan baby jadi besar pun wana dengar dah waktu tu. Tapi kita fikirkan kesihatan anak aje la waktu tu so makan je vitamin dari klinik kesihatan tu.

Tetapi jika waktu itu, wana kenal dengan produk Shaklee ni..rasa memang  tidak pilih lain la. Sebab produk Shaklee ni dijamin halal, selamat dan berkesan, Yang best ia bukan Vitamin sintetik. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi.



Mealshake tu optional. Letak sedikit dalam bancuhan ESP akan buatkan rasa lebih sedap. Ada teknik tau untuk kasi ESP tu sedap diminum walaupun minum begitu saja. Mealshake mengandungi 19vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Jadi jika anda selalu sukar untuk makan, tiada selera maka boleh lah add on ye.

ESP tu memang soya. Non Genetic Modified. Natural, memang soya yang ditanam dan dituai mengikut hukum alam. Tiada cucuk bagai bagi cepat besar. Mampu memberikan tenaga segera dan boleh memberikan rasa kenyang. Jadi ibu-ibu hamil yang aktif selalu skip makan, bolehlah cuba ESP. Membantu badan dan perut baik-baik sahaja. Selain itu ia membantu menstimulasi susu ibu.

Bcomplex pula merupakan penyumbang B12 dan asid folik untuk perkembangan janin dan mengelakkan kecacatan tiub neutral ibu hamil. Selain itu, Bcomplex juga membantu mencantikkan lagi salur darah dan mengurangkan simptom stress dan kelesuan.

Ostematrix merupakan sumber kalsium untuk ibu hamil yang kurang mengamalkan minum susu atau kurang memakan makanan yang menyumbangkan kalsium. Selain itu, ia membantu mengurangkan simptom simpul biawak atau krem kaki. Kalsium yang cukup sangat penting buat ibu mengandung bagi mengelakkan osteoporosis dan membantu membina tulang dan otot fetus.

Peppermint membantu membuang angin-angin badan. Buat badan rasa lebih segar dan kurang lesu, lemah dan keletihan. Melegakan dan menyamankan perut. Ia memelihara sistem penghadaman. 

Vitalea. Yang ini wajiblah ambil ye sebab ini adalah multivitamin semulajadi yang telah dihasilkan 100 tahun dahulu dan merupakan pioneer untuk sebarang multivitamin di luar sana. Ia membekalkan zat besi dan membantu pembentukan sel darah merah. Mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu-ibu yang kurang selera makan dan kerap muntah.

Ramai Yang Berpuashati Dengan Set Kehamilan Trimester 1 Ini.

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3



 TESTIMONI 4

TESTIMONI 5



Semua testimoni di atas tu betul. wana sendiri dah merasa perbezaan mengandung 4 orang anak dan memang bertenaga dari awal hinggalah di labour room. Hitam-hitam dicelah atau stretchmark langsung takde masa preggy anak ke-4 tu. Morning sicknes pun hampir tiada..kalau lelebih tu pun sebab saje nak ngengada dengan incik somi..ngehngehngeh....


Harga Yang Pasti Anda Mampu Miliki

Mealshake          RM120.58
ESP                    RM159
Bcomplex          RM56.98
Ostematrix         RM64.66
Peppermint        RM47.70
Vitalea               RM94.08

Total :   RM543

OOppsss...itu harga retail. Untuk harga lebih jimat pastinya harga ahli. Bayangkan, pembelian pada harga ahli dan yuran untuk join ahli adalah lagi jimat berbanding total harga retail. Jangan risau sebab tidak semestinya join ahli anda kena berjual. Makan sendiri pun dah banyak keuntungannya. Jadi mengapa mahu ambil jalan lain sedangkan yang dah lagi jimat ada depan mata.

Pastikan anda dan baby sentiasa sihat dan selamat. Berusaha menjadi ibu dan ayah yang terbaik dalam menjaga kesihatan bayi dalan kandungan. Mereka adalah harta kita dunia dan akhirat. InsyaAllah bertambah murah rezeki anda semua...dikurniakan baby yang sihat dan gebu.

"BEFORE YOU WERE CONCEIVED I WANTED YOU, BEFORE YOU WERE BORN I LOVED YOU BEFORE YOU WERE HERE AN HOUR I WOULD DIE FOR YOU. THIS THE MIRACLE OF MOTHER'S LOVE."

" A BABY IS SOMETHING YOU CARRY INSIDE YOU FOR NINE MONTHS, IN YOUR ARMS FOR THREE YEARS, AND IN YOUR HEART TILL THE DAY YOU DIE."
Have a wonderful moment :)

Sweetie Pie,
Wana Othman
www.facebook.com/wonderfulibu
insta @wonderfulibu_boutique
Whatsapp 0127056850
Sms 0173567078

Tuesday 3 November 2015

Ketahui Tanda-Tanda Awal Kehamilan Supaya Dapat Buat Persediaan Awal Menghadapi Trimester Pertama

Assalamualaikum....

Sudah baca belom entry wana tentang cara-cara mudah untuk hamil tu... Jangan lupa click tentang posisi ketika bersama suami tu juga tau...moga-moga dapat membantu... Hari ni wana nak kongsi pulak ciri-ciri yang menandakan anda telah berjaya hamil.


Sebenarnya bila mengandung ini, orang yang akan paling happy adalah suami dan yang paling nervous adalah isteri..atau sebaliknya? Terpulang...tapi bagi k,wana..walaupun mengandung kali ke-empat tetap nervous...risau..takut... Tapi percayalah...once je baby keluar nanti...semuanya hilang tanpa meninggalkan kesan.

Untuk anda yang tiada masalah period (period teratur and setiap bulan memang datang), tiada masalah untuk mengetahui anda sudah pregnant atau belum. Tetapi yang bermasalah adalah anda yang period tidak tetap. yes anda memerlukan kit ujian kehamilan. Okay, wana nak share antara tanda-tanda anda hamil.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI YANG ANDA MUNGKIN HAMIL?

1* Tidak Datang Haid

Biasanya bila tidak datang haid, adalah tanda awal yang ketara yang boleh mebuatkan jantung macam gugur gitu. Surprise!!! Ini Kebiasaannya terjadi kepada ibu-ibu yang haidnya memang datang setiap bulan.

Kepada ibu yang haid tidak teratur mesti macam relax aje...paling tidak pergi farmasi dan dapatkan kit ujian kehamilan. Paling murah wana pernah beli dalam rm6-12 dekat 7eleven. Sekarang akibat gst mungkin harga dah berubah.

2* Light Bleeding

Okay light bleeding wana alami semasa mengandung anak ke-empat. Masa tu dah lewat period dalam seminggu. Suddenly ada spotted macam darah tapi very light and warna agak coklat. Hari kedua keluar lagi dan very light warna merah sikit. Hari ketiga..tiada. Okay..Confius!!! Maka, pergi 7eleven dan beli kit ujian kehamilan tu.

3* Pening Lalat & Muntah Orang Putih Kata Morning Sickness

Ini memang tragik. Ada orang sampai usia kandungan 9 bulan masih hadapi morning sickness ni. Wana hadapi morning sickness ni..ye..dari awal sampai usia 9 bulan masa anak sulong. Bayangkan...lapar tapi tidak boleh telan makanan. Asal telan..muntah..asal muntah..menelan la tu....memang tidak larat buat kerja rumah langsung..masak pun taidak boleh...

Jadinya, wana cadangkan anda dapatkanlah makanan tambahan atau vitamin yang dapat menampung keprluan ibu dan anak. Sebabnya, bila ibu tidak makan sampailah saat nak bersalin nanti..parah tau...nak meneran tu you need energy. Bukan setakat energy untuk meneran tapi energy untuk mengawal nafas, menahan sakit. ok ni next entry.

4* Breast Tenderness

Ini berlaku kerana peningkatan hormon semasa hamil. Sebab tu ada orang (hakakk ler tu) akan jadi sensitif lebih (especially to husband laaa). So, breast pun akan jadi lebih sikit sensitif dari biasa. Jangan terkejut pulak tau...sebab tu bila kita bersalin tetiba kita rasa lain macam. Gejala meroyan tu kalau di layan akan jadi teruk. Sebab tu ibu berpantang jangan dibiarkan sendirian. Makku la yang pesan.

Jadi, bila sudah ada tanda-tanda ketara begini, Silalah berjumpa doktor segera... Terus buat Buku Pink kat Klinik Kesihatan berdekatan.



Kenapa dan Mengapa Mesti Berjumpa Doktor Segera?? 

~ Untuk memastikan baby dan ibu sihat. Tiada masalah. At least, jika ada masalah pun ia dapat diketahui awal dan dapat treatment awal. So, dapatlah mengurangkan risiko yang tidak diingini.

~ Doktor akan buat bebrapa ujian la macam blood test, diebetic test, ultrasound..jadi, relakan aje lah ye..untuk kebaikan kamu dan baby juga.

~ Paling penting adalah nasihat pengambilan makanan seimbang untuk ibu supaya dapat membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu dan baby.

~ Jangan tidak tahu ada klinik yang menyediakan kelas antenatal. Pergi tau...pergi dengan suami lagi bagus. Ia sangat membantu anda dan suami mengahdapi detik cemas untuk bersalin.

Jadi... Tahniah kepada bakal ibu dan JANGAN PUTUS ASA  buat yang masih belum berjaya. Sabar... ALLAH tu lebih tahu dari kita. Kadang DIA nak bagi tapi kita belum bersedia. Walau kita rasa kita dah sedia. ALLAH sebaik-baik perancang. KIPIDAP!!!!

--------------------------
Sweetie Pie,
Wana Othman
Insta @wonderfulibu_boutique
0127056850 whatsapp
0173567078 sms

Sunday 1 November 2015

Hamil Dengan Cara Lebih Mudah Dan Selamat Adalah Lebih Baik Dan Mengujakan

Assalamualaikum....

Suami isteri apabila diduga dengan belum mempunyai zuriat setelah bertahun mendirikan rumahtangga, jangan bersalah faham taw...jangan mula cari lain...jangan mula salahkan isteri..kesian isteri, selalunya yang kene tembak memang si isteri..dah la kene tembak..suami pula mula menyisih.

Kita yang jadi orang sekeliling pula janganlah menambah resah hati mereka. Jadikan amalan cakap yang baik-baik sahaja untuk mereka, berikan semangat dan support mereka. Rezeki anak urusan Allah, kita usaha dan teruskan usaha jangan henti berdoa. Sebagai sahabat atau ahli keluarga kita berikan sokongan moral.

Sebenarnya ada punca dan faktor dari pihak lelaki dan wanita sendiri. Untuk mengetahui, ada ujian tertentu yang harus dijalankan. Sebab itu sokongan suami kepada isteri dan isteri kepada suami mesti padu. Kasih sayang sangat-sangat penting dan mesti erat kukuh. Sebenarnya ada antara kawan-kawan wana yang mengalami masalah ini. Alhamdulillah masih ada yang bertahan dan berusaha dan tidak kurang juga yang sudah membawa haluan masing-masing.

Masalah Dari Wanita

* Ovulasi  ~   Akibat ketidakseimbangan hormon, haid akan jadi tidak keruan. Ada yang dua bulan
                      tidak datang haid, ada yang tiga bulan, yang enam bulan pon ada. Badan tidak dapat
                      menghasilkan hormon tertentu yang cukup  atau gagal melepaskan hormon pada masa
                      yang tepat.

* Berat Badan ~ Pertambahan berat badan yang mendadak/ketara juga merupakan punca lambat
                           mendapat zuriat. Ia menunjukkan hormon estrogen tidak seimbang. Terlalu kurus
                           juga menjadi punca kitaran haid tidak sempurna. 

* Tekanan ~ Sebab itu kita disarankan untuk mengelakkan bercakap perkara yang boleh menambah
                     tekanan si isteri. Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormon (GnRH) yang
                     boleh mempengaruhi ovulasi.

Masalah Dari Lelaki

* Sperma ~ Sperma yang tidak normal, jangkahayat terlalu singkat dan masalah ejakulasi. Selain itu
                    kemungkinan sperma tidak dapat berenang jauh ke dalam rahim dan tidak kuat akibat
                    jangkahayat yang pendek.

* Testis ~ Kemungkinan saluran testis membengkak, tersumbat akibat jangkitan kuman, pengambilan
                alkohol dan aktiviti merokok yang banyak, hormon menjadi tidak normal, kemungkinan
                terdedah sangat kepada bahan kimia beracun dan pemakaian seluar yang ketat juga
                mempengaruhi.


Okay...disini wana nak kongsikan tips dari sahabat-sahabat yang telah berjaya mendapatkan cahaya mata. Untuk tips Posisi Terbaik Yang Dapat Membantu Suami Isteri Mendapatkan Zuriat boleh klik situ okay... Untuk tips seterusnya..kat bawah ni taw...

Tips Meningkatkan Kesuburan Dan Mendapatkan Zuriat

1# Doa.

2# Setiap pagi amalkan makan bcomplex. Makanan yang mengandungi Bcomplex adalah gandum.
     kekacang, ikan, daging.

3# Selalulah bersedekah kepada anak-anak kecil. Ada kawan wana, everyday balik kerja dia akan
     belikan something untuk sesape je budak kecik yang dia jumpa. atau dia sedekahkan la 50sen ke
     seringgit ke.

4# Makan makanan yang mengandungi asid folic, vitamin c dan vitamin e.

5# Amalkan gaya hidup sihat dan aktif. Lakukan senaman secara berkala dan kawal berat badan.

6# Pastikan rehat yang cukup dan hindari stress.

7# Jauhi alkohol, rokok, junk food dan kafein.

8# Selepas bersama, jangan pula isteri bergegas ke bilik air. Sebaliknya baring dulu sebentar dan
     lapikkan bantal di bahagian pinggul. Support the sperma untuk terus berenang.

9# Elakkan terdedah kepada bahan kimia. Ada sesetengahnya yang berbahaya dan mampu
     mempengaruhi kualiti sperma, ovum dan perkembangan embrio.

10# Elakkan penyembur faraj atau paid yang berbau wangi. Ia boleh menyebabkan
       ketidakseimbangan pH di vagina.

11# Suami bolehlah cuba petua ni juga : mandi air sejuk 30minit sebelum bersama isteri. Dikatakan
       ia mampu membantu melancarkan pengaliran darah dan sperma.

12# Jika mengambil sebarang ubatan atau antibiotik mesti berhati-hati kerana ia boleh mempengaruhi
       tahap kesuburan anda.

13# Lakukan pemeriksaan rahim. Kerana penyakit endometriosis, cyst, pcos boleh menjadi penghalang anda untuk hamil. Tanda tu seperti senggugut teruk, tidak period dan sakit perut sangat atau darah haid yang banyak.

14# Amalan minum air masak at least 1/25kg berat badan anda.


Testimoni Pasangan Yang Sudah Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Okay ni testimoni mereka yang sudah succes dengan Set Kesuburan Shaklee... Jom tengok.. Sebab mungkin ada antara anda mahu cara yang mudah selamat dan berkesan selain pengambilan makanan berasaskan vitamin e, c, asid folic dan bcomplex. Dan lagi best BComplex Shaklee sudah pun ada asid folic. Produk Shaklee based on Natural Ingredient so mudah diterima dan diserap oleh badan.

                                                             TESTIMONI 1



 TESTIMONI 2

TESTIMONI 3



TESTIMONI 4


TESTIMONI 5



Ketahui Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Mampu Membantu Anda

Alhamdulillah .....inilah dia SET KESUBURAN SHAKLE tu... Untuk suami dan isteri.. Boleh amik berasingan juga..cuma adalah lebih efektif jika dapat amalkan pengambilan kesemuanya.


Set kesuburan ini terdiri dari ESP, Vitamin E, Bcomplex, Zinc dan GLA. 

Ia membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

Haid lebih teratur, kestabilan hormon, mematangkan ovum, lebih servikal mukus dan nutrisi lengkap. 

Selain itu ia juga meningkatkan kualiti sperma dan membentuk hormon testosteron. 

Dan yang baiknya disebalik semua itu set kesuburan ini juga membantu mengatasi tekanan dan menambah tenaga suami dan isteri.

Menyemarakkan lagi hubungan anda berdua.

Yang pasti lebih murah dari kos rawatan di hospital.

Harga yang pasti anda berdua mampu. Dan yang lagi best, bukan untuk sebulan taw..set kesuburan shaklee ni adalah untuk 2-4bulan.

Harga Set Kesuburan Shaklee Ini Adalah Seperti Berikut ;

ESP ~ RM159 (OPTION/PILIHAN)
ZINC ~ RM35.78
VITAMIN E ~ RM98.05
GLA ~ RM96.73
BCOMPLEX ~ RM56.98

Total Tanpa ESP (RM287.54)
Total Dengan ESP (RM446.54)
*penggunaan adalah untuk 2-4bulan. jimatkan tidak perlu beli setiap bulan.

Harga tidak termasuk postage.
Postage Semenanjung RM10.
Postage Sabah/Sarawak RM20.

Pembelian lebih jimat adalah sekiranya anda mendaftar menjadi ahli. Jangan risau jadi ahli tidak perlu menjual. Makan sendiri pun sudah berbaloi keuntungannya, selain khasiat yang diperolehi kami akan memberikan khidmat terbaik untuk membantu anda hamil. Walaupun wana bukan doktor tapi dari pengalaman rakan-rakan sedikit sebanyak boleh membantu...sammmppaaiii anda success.

Alhamdulillah...sekiranya anda mengalami masalah sengugut, period tidak teratur, masalah hormon dan yang berkaitan kesuburan, bolehlah menghubungi wana di sini ye....wana akan konsult tentang produk dan masalah serta cara pengambilan yang betul. 

Jangan tunggu lama, bertindak cepat okeh. Semoga lagi cepat bertindak lagi cepat dapat hasil.

Sweetie Pie,
Wana Othman
0127056850 Whatsapp
0173567078 Sms
Like Page kami di FB : www.facebook.com/wonderfulibu
Follow kami di Instagram : wonderfulibu_boutique
COD sekitar daerah Pontian, Johor