Thursday 26 November 2015

Awas! Penyakit Gout Bukan Hanya Menyerang Kaum Adam Tetapi Juga Kaum Hawa

Assalamualaikum...

Teringat ada seorang makcik yang datang ke satu majlis jalan terhincut dan terpaksa dipegang. Duduk di kerusi, tidak boleh bersila atau duduk atas lantai. Kadang bila tidak di papah dia berjalan terhincut-hincut kadangkala menggunakan tongkat. Pada mulanya hanya terfikir mungkin dia sakit lutut atau kakinya terseliuh. Tetiba satu hari terdengar dia berbual dengan kawan dia, katanya dia sakit GOUT.

Masa itu ku terkulat-kulat berfikir gout tu apa? Macamana boleh kene gout? Adakah penyakit urat/sendi? Maka dengan pantas tangan capai phone and google. Oooooo...baru ku tahu yang penyakit gout ni walaupun kebanyakannya lelaki yang mengalami, namun wanita juga mengalaminya. Tapi biasanya lelaki, wanita dilindungi oleh hormon estrogen, jadi wanita yang sudah menopaus yang punyai kebarangkalian tinggi.

Dan gout bukannya penyakit sendi yang boleh settle hanya dengan ubat tahan sakit atau suntikan. Ia boleh diwarisi tau. Ia berkait rapat dengan buah pinggang. Dan faktor pemakanan juga adalah salah satu faktor penyumbang penyakit ini. Punca utama penyakit gout adalah disebabkan oleh gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga menyebabkan radang pada bahagian sendi.

Bahagian tubuh yang memang tempat gout adalah ibu jari, tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut. Ianya disebabkan oleh asid urik dalam tubuh yang tinggi iaitu protein purina yang diuraikan menjadi asid amino dan lebihan asid amino yang tidak digunakan akan diurai kepada asid urik.

"Makanan yang tinggi kandungan purina adalah sumber makanan laut, kekacang dan daging merah. Dan kekurangan air dalam badan juga salah satu punca utama paras asid urik semakin tinggi. Paras normal asid urik adalah 0.21-0.42 mmol/L."

Simptom  & Rawatan

Lazimnya gout menyerang ibu jari kaki hingga menjadi bengkak, Sakitnya berulang-ulang, kemerahan, panas dan sangat sakit. Biasanya akan rasa sakit itu lebih kurang seminggu atau lebih. Biasanya after few weeks sakit tu akan datang semula.

Apabila gout menyerang, cuba rehatkan sendi ketika ia menyerang. Ubat-ubatan anti radang boleh diambil walaupun mungkin mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Suntikan cecair steroid akan disuntik terus ke sendi. Bagaimanapun ia tidak digalakkan mengambil secara berterusan.

Pekalah kepada tanda awal gout. Serangan awal yang dapat dikenalpasti boleh membantu pesakit supaya ia tidak terus melarat. Elakkanlah pengambilan seafood dan kekacang bagi mengurangkan kandungan asid urik dalam badan.

Elakkan ini juga ;
Hati, paru, ikan bilis, ikan kembung, sardin, daging cincang, ragi, ekstrak daging, rebusan daging, ketam, udang dan kerang.
Sayuran pula boleh elakkan asparagus, kobis bunga, cendawan, bayam,kekacang, roti jagung dan bijirin.

5 Langkah Kurangkan Gout. Jom tengok...



elakkan gout


sakit gout

Jika ada sedara mara atau ahli keluarga yang mengalami gout, bolehlah berikan sedikit tips ini kepada mereka. Mana tahu dengan tips ini dapat mengurangkan sakit mereka.

Jangan lupa dapatkan lagi info terkini di page dan insta kami.
FB : Kedai Vitamin Pontian Johor
Insta : @wonderfulibu_boutique
Whatsapp : 0173567078



No comments:

Post a Comment