Wednesday 11 November 2015

Tips Menghilangkan Kembung Perut Baby Supaya Baby Dan Ibu Dapat Tidur Lena

Assalamualaikum...selepas share mandikan baby dengan air paip atau suam tempoh hari, terpanggil untuk share tips menghadapi baby yang mengalami kembung perut. Ada beberapa tips wana nak share cara untuk kita ketahui samada baby kita mengalami masalah kembung perut atau bukan. Apabila kita dah ketahui masalah/punca baby meragam danmenangis barulah kita tahu cara bagaimana untuk menanganinya kan...

baby meragam dalam pantang

Biasanya bila ada masalah yang buatkan baby tidak selesa dan terganggu tidurnya, baby akan jadi meragam. Samada merengek, menangis atau tidur tidak lena. Dia akan jadi kerap nak menyusu, ketika ini cuba anda sentuh perutnya. Adakah sedikitg tegang dari biasa atau tidak lembut seperti biasa? Cuba letakkan tapak tangan kiri anda di atas perut baby, kemudian tepuk belakang tapak tangan anda dengan dua jari (jari telunjuk&hantu). Dengarkan bunyinya. Jika bunyi macam tin kosong, maknanya kembung ler tu...

Kebiasaannya kembung perut baby dalam pantang ni berpunca dari ;

1~ Pengambilan makanan oleh ibu.

Ibu jika tidak pasti makanan itu boleh menyebabkan baby kembung atau tidak, make sure ia dari jenis makanan yang bagaimana..selalunya yang orang tua selalu pesa jangan makan yang sejuk-sejuk. Tapi wana pernah buat macam ni (please jangan tiru jika anda tidak confident tau). Wana akan rasa sikit makanan tu, niat untuk ubat dan doa moga tidak mudaratkan anak. Pastu ku sapu minyak kat anak dan ku balut kasi umphh tidur dia. Alhamdulillah. Diulangi jangan tiru jika anda tidak yakin.

2~ Baby anda alah pada laktosa.

Ada baby yang alah pada laktosa. Ianya disebabkan ketidakmatangan usus menyebabkan proses pencernaan karbohidrat jadi tidak sempurna. Ada seorang anak kepada kawan wana ketika kecilnya memang alah laktosa, jadi si ibu berikan dia susu soya (brand apa sorry tak ingat). Alhamdulillah dah besar dengan comel sekarang umur dah 5tahun dah girl tu.

Okay..nak share sikit Tips Membantu Baby kembung Tidur Dengan Lena.

1 ** Tepuk Manja Belakang Baby.

Letakkan baby di atas tulang bahu kita. Kemudian urut atau tepuk manja belakang dia (diantara bahagian pinggang dan bahu. Ingat!! tepuk manja aje. Kemudian jika tak berjaya, letak baby secara meniarap di atas riba . Bahagian perut baby agak-agak atas lutut anda dan lakukan tepuk dan usap lagi. 

2 ** Tekap Daun Sireh.

Yang ini memang my MIL ada ajar. Ambil daun sireh, sapu minyak gamat di daun kemudian layurkan atas api lilin. Sebelum tekap di perut baby anda, sila letak dulu di belakang tapak tangan, rasa samada panas tu sesuai atau tidak. Pastikan tahap panas tu takat suam-suam air mandi dia aje taw. Atau jika tiada lilin, amik sterika (iron) dan tungku baby tu. Panaskan tungku baby di sterika tu dan letak di belakang tangan untuk rasa tahap panas tu.

3 ** Sapukan Minyak.

Sapukan minyak kayu putih atau telon atau gamat di bahagian perut, belakang peha, betis, keting dan tapak kaki baby. Sambil lakukan urutan I Love U. Lakukan dengan manja dan lembut kerana perut mereka masih lembut.


4 ** Tekan Ibu Jari Kaki.

Sekiranya petua/tips di atas tadi tidak berjaya, cuba tekan ibu jari kaki baby sedikit kuat. Bacakan Ayat Kursi 11x, Alfatihah 11x dan 3Qul 11x. Sambil minta suami atau bapa baca yasin dan azan dalam rumah.

5 ** Senaman Kayuh Basikal

Yang ini wana suka buat juga bila baby dah tidak berak dalam 3-4 hari. Mudah sahaja. Baringkan baby terlentang. Ambil kedua belah kakinya dan lakukan kayuhan dalam kiraan sepuluh sebanyak 3 pun dah mencukupi. Oppsss jangan lupa sebelum buat senaman ni, sapu minyak dari keting ke betis sambil lakukan urutan menaik dari keting ke betis. InsyaAllah selang beberapa jam baby akan kentut/berak.

Okay nanti bila dapat tips baru, wana share lagi ye...rerajin singgah sini untuk info-info dan tips terkini untuk anda. Tips di atas tadi tu memang wana praktikkan pada 4 orang hero ni dan alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment