Saturday 7 November 2015

Kepentingan Menghadiri Kelas Antenatal Untuk Kebaikan Pasangan Ketika Di Labour Room

Assalamualaikum...

Sedang memikirkan kelas antenatal di mana untuk di hadiri?
Mahu hadir bersama suami atau seorang diri?
Perlukah hadir kelas antenatal ni?



Apa Itu Kelas Antenatal?

Kelas antenatal adalah kelas yang mengajar bakal ibu dan bapa berkaitan cara/teknik mengahdapi bersalin dan cara penjagaan baby di awal kelahiran. Kelas antenatal sekarang boleh dikatakan semua tempat ada. Wana cadangkan hadiri kelas yang dianjurkan oleh hospital yang anda mahu bersalin. Walaubagaimanapun ambil kelas di tempat berlainan juga boleh. Biasanya modul tidak banyak kelainan.

Tajuk Yang Biasanya di Ajar

Kebiasaannya subjek yang diajar berkaitan ;
* Proses melahirkan dan selepas kelahiran.
* Prosedur perubatan.
* Teknik breastfeeding.
* Cara melegakan kesakitan semasa melahirkan.
* Tips praktikal untuk teknik ketenangan.
* Bersalin normal atau caesarean.

Sekiranya anda tiada masa untuk hadiir kelas ini, sebaiknya anda hadirlah juga. Ia sangat penting dan baik untuk anda dan bayi terutamanya. Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama anda hamil.

Antara kebaikan dan pelajaran yang akan anda perolehi, lebih kurang macam ni ;

1. Peringkat kesakitan ketika hendak bersalin (kontraksi).
2. Bius yang boleh diambil.
3. Teknik pernafasan.
4. Teknik push yang betul (okay ini yang paaaaling penting, sebab pengalaman bersalinkan anak sulong tanpa ketahui teknik yang betul menyebabkan wana mengalami koyak yang teruk dan pendarahan).
5. Senaman Kegel (Kemut). Ini best. Ia menguatkan otot vagina dan bantu kurangkan risiko koyak.



6. Suami akan lebih tenang dan tahu cara memberi bantuan/dorongan emosi kepada isteri ketika hendak push.
7. Checklist barangan untuk ke hospital dan masuk ke labour room.
8. Proses memberikan susu terbaik kepada baby (Breastfeeding technique and needs).
9. Cara penjagaan sepanjang berpantang.

p/s : Suami, anda adalah manusia terpenting mesti bawa isteri hadir kelas antenatal ini.

Okay...bawah ni antara kelas antenatal dan pakej bersalin di hospital pakar annur...wana bagi sebab wana pernah bersalin anak dua orang disini dengan doc khamsiah...saya suka and happy...tapi itu kisah dua dan tiga tahun lepas lah..


oppsssss ada lagi...di bawah ni antar yang wana dapat tangkap untuk bantu korang..selebihnya try google k...








Alhamdulillah...harap dapat membantu adik-adik yang sedang tercari-cari kelas antenatal yang berdekatan anda. Atau boleh click cari di sini.

Sweetie Pie,
Wana Othman
0173567078
ID 889837
insta : @wonderfulibu_boutique










No comments:

Post a Comment