Tuesday 15 September 2015

Penjagaan Vagina Anda Ketika Haid Dan Mengenali Keputihan

Suatu masa dulu kita ditakutkan dengan satu polemik yang mengatakan punca kanser serviks adalah melalui pemakaian tuala wanita aka pad. Walaubagaimanapun hingga sekarang masih tiada bukti kukuh yang menyokong pernyataan tersebut. K.wana tahu ramai yang mengambil berat tentang penjagaan vagina terutama sekali ketika haid melanda.

Pad yang kita gunakan haruslah selesa dan berfungsi dengan baik (sistem pengudaraan). Pad yang sesuai adalah yang tidak mengganggu pergerakan. mampu menyerap dengan baik dan yang paling penting tidak menyebabkan alergi. Penggunaan pad yang berjam-jam ketika heavy flow juga tidak disarankan. Ketika haid penjagaan vagina mesti 200%.

masalah vagina


Jangkitan kebiasaannya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berikut ;

  1. Tempoh penggunaan pad yang lama.
  2. Amalan kebersihan.
  3. Lemah sistem imun.
  4. Alergi.
  5. Obesiti
  6. Luka di bahagian faraj.


Tahukah Anda?

* Gel Selulosa yang banyak didapati didalam pad dan pampers didapati selamat untuk kegunaan selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.

* Virus Papiloma adalah datang dari aktiviti seksual. Tiada kaitan dengan tuala wanita.

* Tempoh penggunaan pad seharusnya maksimum hingga 4 jam sahaja.

* Pad yang telah berbau setelah beberapa jam digunakan, jika mengeluarkan bau itu tandanya sudah ada kuman membiak di dalam darah kita pada pad tersebut.

* Dalam islam adalah dituntut untuk membersihkan darah pada pad kita dengan terhormat. Cuci dengan air sehingga bersih kemudian barulah dibuang ke dalam tong sampah.

* Pad yang mengandungi herba dan pewangi juga sebenarnya kebanyakan kajian yang mereka lakukan hanyalah self claim testimoni yang bertujuan untuk meningkatkan penjualan mereka (Prof Dr.Latiffa, dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM).
Menurut beliau lagi... Mungkin ia boleh mendatangkan reaksi kepada kulit dan kesan sampingan kerana kita tidak pasti kebersihan mahupun kandungan atau bahan kimia yang digunakan.

* Kesedaran kita tentang kandungan bahan yang terkandung dalam pad itu yang perlu diambilkira. Pilihlah yang berkualaiti, kos minima dan selamat.

* Menurut Dr. Chamim Sp.OG dari hospital wanita dan kanak-kanak Brawijaya, penggunaan pad biasa adalah lebih disyorkan berbanding tampon.

* Pastikan pad yang hendak digunakan adalah bersih dan belum dibuka.


Masalah Keputihan Yang Selalunya Menjadi Igauan Ngeri Buat Wanita

punca keputihan


Keputihan ada dua jenis iaitu keputihan Fisiologis dan Patologis.

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk

Lendir yang cair dan tidak melekat

Lendir yang kental dan melekat

Warna

Berwarna putih atau krim

Berwarna kuning atau kelabu atau hijau

Bau

Tiada bau

Berbau busuk

Jumlah yang dikeluarkan

Sedikit

Banyak

Kekerapan

Semasa subur dan sebelum haid

Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj

Petanda lain

Tidak gatal

Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang

RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera


Ada 4 faktor utama yang menyumbang kepada masalah keputihan ini.
  1. Amalan kebersihan ~  Wanita digalakkan untuk sentiasa mencuci vagina dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan aktiviti seksual. Faraj yang lembap akan mengundang jangkitan kulat dan bakteria.
  2. Ketidakseimbangan hormon ~ Rembesan hormon estrogen boleh memudahkan kulat melekat. Antibiotik yang berlebihan pada jangkamasa panjang. Gangguan emosi juga salah satu punca dan pengambilan pil perancang turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.
  3. Gaya hidup ~ Elakkan hubungan seks rambang.
  4. Faktor kesihatan ~ Pesakit Kencing manis, kanser, leukimia dan AIDS lebih terdedah kepada masalah ini.

Alhamdulillah semoga sedikit info ini dapat memberi panduan dan manfaat untuk adik-adik dalam menghadapi masalah keputihan dan penjagaan vagina. Penjagaan vagina yang baik akan dapat mengelakkan  permasalahan berkaitan vagina. 

No comments:

Post a Comment