Friday 16 October 2015

Kenali Jenis Dan Simptom Cyst Sebelum Terlambat Mendapatkan Rawatan


Assalamualaikum...

Minggu lepas ada seorang dari kawan baik saya mengalami masalah tidak datang haid selama dua bulan, bila check UPT (ujian kehamilan) dia tidak hamil. Beliau mula rasa bimbang dan menjalani ujian PAP Smear. Dan alhamdulillah hari ini result keluar, syukur alhamdulillah dia bebas dari masalah cyst ini. Sesiapa pun jika berhadapan masalah cyst ke fibroid ke pcos ke mesti rasa cemas dan panik. Wanita anugerah Allah yang terindah.

Cyst?
Sebenarnya cyst boleh ada di mana-mana tetapi selalunya yang mencemaskan apabila cyst di bahagian peranakan kita. Cyst sebenarnya adalah gelembung berisi air/lendir di dalam ovari, ianya akan matang dan pecah. tetapi cyst yang memberikan masalah ialah apabila ia membesar dan tidak pecah. Sehingga ada lebih 5 jenis cyst yang telah di kenalpasti oleh dunia perubatan dewasa ini.




Adakah Ini Punca Ketidaksuburan?
Cyst bukan punca ketidaksuburan kerana ia tidak mengganggu proses ovulasi dan persenyawaan. Biasanya PCOS atau Endo yang berkemungkinan penyebab ketidaksuburan.



Ada Simptom Atau Tanda Pengenalan Lain Ke?
Simptom hampir tiada. Melainkan jika ia sudah membesar. Antara simptom yang biasa berlaku ialah seperti berikut :-
# Perut buncit dari biasa dan terdapat ketulan di bahagian bawah perut dan terasa sengal-sengal.
# Loya & Muntah.
# Sakit ketika 'Bersama' suami.
# Perut rasa penuh dan tidak selesa.
# Rasa berat pada ari-ari.
# Masalah buang air kecil yang tidak lawas.
# Sakit semasa haid.
# Pendarahan abnormal.
# Pertambahan berat mendadak.
# Sakit di payudara.
# Tidak selesa di bahagian belakang dan peha.

Apakah Pemeriksaan Yang Boleh Dijalankan?
1) Ultrabunyi/Ultrasonogram.
2) Ujian Kehamilan.
3) Ujian Tahap Hormon.
4) Ujian Darah.
5) Imbasan MRI,CT, POSITRON.

Punca atau Faktor
* Pemakanan tidak seimbang.
* Genetik.
* Ketidakstabilan Hormon.

Ketahui Jenis Cyst.
1)Dermoid
Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage,gigi/tulang. Perlu dibedah.

2) Follicle (Corpus/Luteal)
Mengandungi air sahaja dan kebiasaannya akan pecah sendiri.

3) Endometriosis
Mengandungi darah kotor, merosak ovari, tiub fallopio dan rahim. Perlu dibedah.

4) Ruptured
Sakit dan perlu dibedah segera.

5) Hemorrhagic
Mengandungi darah. Sekiranya berlaku pendarahan iaitu apabila cyst pecah, darah akan melimpah ke bahagian abdomen menyebabkan sakit yang kuat. Perlukan pembedahan cemas.


Mengerikan tetapi inilah hakikatnya.....

Rawatan Yang Boleh Dilakukan.
1) Laparoskopi



2) Pembedahan



3) Pengambilan supplement yang seperti GLA.




Oraits alhamdulillah moga-moga dapat membantu anda yang sedang tercari-cari permasalahan berkaitan cyst.




No comments:

Post a Comment