Saturday 24 October 2015

Pengalaman Survey Hospital Untuk Bersalin Terus Melekat di Hati - Hospital Pakar Annur

Hari ini tergerak hati nak share dua kali pengalaman melahirkan di Pusat Perubatan Annur Bangi. Sebenarnya pernah menulis pengalaman ni di blog wonderful ibu last two years, tapi oleh kerana blog tersebut terdapat masalah (tak boleh buka)..jadi k.wana buat blog baru ni dan nak abadikan pengalaman ini di sini. Harap dapat membantu anda untuk memilih hospital swasta mana untuk bersalin.

Tahun 2012
Bermula dari January 2012, k.wana sudah mula buat survey untuk bersalin di hospital swasta terdekat. Ini kerana k.wana punya bad experience dengan hospital kerajaan di kampung k.wana semasa melahirkan anak pertama dan kedua.

Antara hospital yang k.wana survey masa tu yang terdekat adalah Hospital Putrajaya, Hospital Azzahrah, Annur dan Hospital Serdang. Memandangkan waktu tu kerja dan perlu berulang dari seri Kembangan-Klang-Seri Kembangan, so memang niat nak ambil cuti awal. Kebetulan seminggu sebelum due date untuk bercuti k.wana terpaksa menjalani small operation gigi. Jadi kebetulan doktor beri cuti seminggu. Dinasihatkan minumlah susu dan makanlah sumber kalsium semasa mengandung, kalau tidak nanti jadi macam k.wana terpaksa buang dua gigi sekaligus.

Balik pada survey hospital bersalin, mulakan dari Hospital Serdang. Adalah yang paling dekat dengan rumah. Lega. Cuma selang dua bulan sebelum due date kakak depan umah ni bersalin di hospital serdang. Pengalaman dia bersalin di sana buat rasa seriau pulak. Katanya pesakit ramai dan terpaksa menunggu katil kosong di atas kerusi roda. Mungkin 2015 ni mereka sudah buat pelbagai penambahbaikan.

Hospital Putrajaya, paling jauh. Sebab k.wana duduk di area taman equine. Berjalan dari blog ke blog mencari info tentang Hospital Putrajaya dan pengalaman mereka yang bersalin di sana. Ada juga yang terpaksa di transfer ke hospital lain sebab penuh...hmm risiko juga.

Hospital Azzahrah. Pengalaman melawat rakan bersalin secara pembedahan masa tahun sebelumnya buat rasa 50-50. Ruang katil yang sempit. Pergerakan terbatas. Wallahualam kalo wad lain sebab masa tu 2012 so Hospital Azzahrah ni belum buat renovation and besar macam sekarang.

Hospital Annur. Hasil berjalan di blog-blog kawan-kawan yang pernah bersalin di sana buat rasa teringin bersalin di sana. Dengan Dr.Khamsiah (memang nak doktor perempuan pun untuk sambut kelahiran). So, walk in buat temujanji. Risau juga tidak boleh sebab at least kene buat check up sebanyak 3 kali di sana baru boleh bersalin di sana.



Tentang kos untuk check up bulanan tu dalam rm120 to rm150.  Alhamdulillah, Mission accomplished for year 2012.

Tahun 2013
Unexpected, ter mengandung. Anak ke-4. So, memang tak buat survey dah sebab dah selesa dengan Dr.Khamsiah. Lembut, penerangan jelas, friendly dan pengalaman dia menyambut baby Muhammad Azfar Aufa tahun 2012 buat k.wana rasa yakin. Bills? Alhamdulillah, bersalin normal, dua hari satu malam, makanan sedap, nurse best, doc best dan harga dalam lingkungan rm14xx (2012) dan rm16xx (2013). Oh ya bills untuk check up bulanan reduce sebab masa ni k.wana mengambil Set Mengandung Shaklee so bills sekitar rm50-80 je masa tu.

Nasihat k.wana jika adik masih tercari-cari hospital mana mahu melahirkan maka ringan-ringankan mulut untuk bertanya dengan kawan-kawan semasa check up sama-sama tu kan. Siapa tahu mereka sudah ada pengalaman bersalin di situ. Atau blogwalking macam yang korang tengah buat ni. Sekiranya ada hospital kerajaan di sekitar anda yang memberikan layanan dan persekitaran yang baik....Tahniah!! Jimat bill tak sampai rm50 bersalin di hospital kerajaan.... untuk bersalin normal la.

Tapi jika kemampuan dan nak merasa bersalin dengan doktor swasta, carilah yang berbaloi dengan apa yang kamu bayar. Sakit bersalin tetap sama cuma keadaan persekitaran akan mempengaruhi cara kita menghadapi detik-detik bersalin tu akan mempengaruhi emosi kita dan jadi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Baby Muhammad Azfar Aufa (29.03.2012)

Baby Muhammad Syaheer Rafiuddin (03.09.2013) yang paling kecik tu...
Muhammad Azfar Aufa yang belakang skali tu baju biru gelap seluar krim.


*Minta maaf sebab takde gambar bersalin sebab semua dah transfer ke blog wonderfulibu, handphone pon dah rosak dan bertukar dua kali. nanti kalau jumpa k.wana tepek sini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang dah menetap di kampung halaman...
sekiranya termengandung anak ke-5 hmmmm...
kemungkinan akan bersalin di Hospital Pakar Annur juga... kihkihkih.... 
Orang Johor please suggest....HSI tu ok tak?


kalau taknak komen dalam blog ni...wassap k.wana ye..kita sesembang tentang HSI nih...
0127056850

4 comments:

  1. Hi dh 4 anak ko Wana...aku ingat 3.hero2 semuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puji ni.saja letak nama Jessica...glamer ckit hihii Jessica Alba LA kununnya...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. hahahah....jessica alba aku ingat tadi..hahaha 4 hero la puji..bunga takde lagik...

      Delete