Friday 30 October 2015

Mandikan Anak Dengan Air Paip Atau Air Suam Lebih Baik?

Assalamualaikum...

Untuk Ibu yang baru memang agak keliru sebenarnya. Nak mandikan anak dengan air suam atau air paip? Nurse klinik kata mandikan air paip bantu tulang menjadi kuat. Hmmm..my mil and sil pon pernah bagitahu begitu. Ooopss ini bukan untuk baby yang baru lahir tau. Untuk baby yang baru lahir sehingga usia 3bulan better mandikan dengan air suam. Pastikan tidak terlalu panas atau sejuk.

Hipotermia adalah suatu keadaan dimana teras suhu badan turun dai bawah yang diperlukan oleh metabolisme tubuh. Gejala atau simptom dia adalah shivering dan kebingungan mental. Cara mudah faham dia macam ni, hipotermia adalah lawan kepada hipetermia. Dan bahasa lagi mudah , suhu badan sedang panas dan tetiba terkena air sejuk dan badan terkejut lalu mengalami kejutan suhu badan yang mendadak. 

Pengalaman k.wana mandikan 4orang anak ni (boy semua), orang kata boy lagi jangan selalu sejuk jadi memang agak-agakla bila nak mandikan dia biasanya k.wana akan buat tips ni dulu. Tapi ini tips untuk anak yang berusia dari umur 3 bulan ke atas tau. Below 3bulan memang k.wana mandikan air suam.



Tips Mandikan Anak.
1) Pastikan keadaan cuaca dan badan anak.
Sekiranya hari hujan, dan cuaca sejuk dan anak pun nampak sejuk...maka air suamlah jawabnya. Cuma pastikan tidak terlalu panas. Jika hari itu cuaca terlalu panas dan baby pun berpeluh sahaja, maka air paiplah jawabnya.

2) Mandikan dari kaki.
Ini petua dari makcik kepada suami saya, mandikan anak dari bahagian kakinya. Mesej ni saya dapat semasa mengandungkan anak sulong. Maka dari anak sulong sampai ke hari ini memang mandikan dari kaki. yang k.wana faham, bila mandikan dari kaki, kita akan buat dia tidak terkejut. DO IT SLOWLY...and GENTLE. Slow dari kaki, ke betis, ke peha dan seterusnya hingga bahu. Di bahu..lama sikit dalam 30saat barulah naik ke muka dia.

3) Urut gently.
Masa mandikan tu untuk tambah lebih bonding kan, urut atau gosok manja di betis, lengan, bahu baby.

4) Jangan rendam anak lama sangat.
K.wana tidak suka rendam lama sangat, sebab takut dada dia rasa over sejuk. tidak elok untuk paru-paru dia. Jadi, agak-agak je la..dalam kiraan 5-10saat. buat dalam 2kali camtu. Tapi lain ibu mungkin lain ye..ini pengalaman k.wana la tau.

5) Celup siku sebelum mandikan.
Sebelum memasukkan anak ke dalam besen mandian yang dah berisi air, masukkan dulu siku anda untuk mengetahui suhu air itu samada panas sangat atau sejuk sangat. Pastikan tuang dulu air sejuk, kemudian barulah air panas.

6) Suhu bilik.
Jika mandikan anak anda dengan air suam, pastikan balut kepala hingga kaki dengan towel. patikan juga suhu bilik adalah so-so dengan air suam tadi. lap dari kepala hingga kaki.

7) Tinggi air.
Paras air dalam besen hendaklah tidak melebihi paras yang sesuai dengan baby. Sekadar muat rendam dia hingga ke bahu je sudah memadai.

8) Lap sahaja.
Sekiranya hari tersebut menyebabkan baby tidak boleh mandi, mungkin gas habis, mungkin elektrik tiada atau mungkin cuaca terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk mandikan baby, maka lap sahaja lah.. itu sudah memadai. baby dah cukup bersih dan wangi.

9) Sabun Mandi.
Gunakan sabun mandi yang ph Neutral. Percaya tidak..k.wana semasa baby umur bawah 3bulan, k.wana tidak pernah gunakan sabun untuk mandikan dia. Entahlah kolot atau apa tapi mungkin sebab k.wana takut licin dan baby terlepas atau sayangkan kulit dia yang super soft natural tu. Tapi and carilah mandian yang pH neutral okeh.

10) Tinggalkan baby.
This is a WARNING. Jangan sesekali tinggalkan baby dalam besen mandi sendirian.

Alhamdulillah semoga dengan sedikit perkongsian ni dapat guide adik-adik untuk mandikan anak cara yang terbaik mengikut fakta dan logik anda. yang penting kita buat yang terbaik untuk anak-anak membesar dengan sihat dan gembira.

InsyaAllah next entry akan bertambah lagi maklumat tentang cara pengendalian baby yang perlu anda ketahui. Alfatihah untuk arwah makcik suami k.wana yang telah memberikan petua berguna tentang cara memandikan anak. Jika tidak, tentu ku bantai mandikan dari kepala terus. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment